Himpunan tempat menarik di Daerah Tenom, Sabah untuk panduan percutian!
Anda perlukan panduan percutian tempat menarik di sekitar daerah Tenom?
Kami sediakan senarai lengkap untuk anda!
Lokasi tempat menarik lengkap dengan pautan laman web, facebook page dan nombor dihubungi!
Jom lihat destinasi menarik lengkap berikut!
1. Taman Pertanian Sabah
Merupakan taman seluas 200 hektar pelbagai spesis tumbuhan dengan landskap yang menarik!
Tersangat luas sehinggakan anda tidak larat untuk menerokai semua keindahan kehijauan seperti bunga-bungaan, pokok-pokok buah, pelbagai spesis kayu-kayan yang ada!
Sangat sesuai untuk anda yang ingin “membakar lemak” sambil menikmati kehijauan flora fauna di sini!
Mungkin anda perlukan informasi berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Taman Pertanian Sabah
- Facebook page: Taman Pertanian Sabah
- Hubungi: 087-737 952
2. Yong Farmstay
Ramai yang merungut tempat ini disebabkan tiket masuk yang “agak mahal”.
Namun bagi kami di xploresabah, ianya sangat berbaloi kerana kepelbagaian tarikan yang ada di sini!
Jambatan kaca, mungkin jambatan kaca pertama yang ada di Sabah? Tidak digalakkan untuk anda yang mudah berasa gayat.
Rekreasi untuk kanak-kanak juga disediakan dengan penampilan dan rekaan yang lebih unik!
Berkonsepkan alam sekitar.
Jambatan gantung, sesuai untuk berikan pengalaman baru kepada anak anda. Mungkin pengalaman pertama bagi mereka meniti jambatan ini?
Terdapat juga mini zoo, monyet, buaya, rusa, landak dan beberapa spesis binatang lain.
Mini muzium sepeti peralatan tradisional untuk membuat tepung, alat pengisar padi..
Rumah diperbuat daripada buluh, meja dan kerusi serta katil diperbuat daripada buluh!
kesimpulannya, tempat ini agak luas dengan banyak benda yang menarik!
Jika anda datang dari jauh, ada penginapan khas yang selesa disediakan di sini dengan kadar yang berpatutan.
Maklumat penting:
- Lokasi: Yong Farmstay
- Hubungi: 010-95222690, 014-3809339
3. Muzium Antanom Tenom
Kenali sejarah Tenom dengan mengunjungi muzium ini!
Tempat yang sesuai untuk anda mempelajari sejarah masyarakat tenom, tradisi suku kaum yang ada di tenom!
Untuk pergi ke sini, informasi berikut mungkin anda perlukan.
Maklumat penting:
- Lokasi: Muzium Antanom Tenom
- Waktu operasi: 09:00am-05:00pm
- Yuran masuk: Percuma
4. Kopi@Yit Foh Tenom
Apa yang menarik di sini?
Anda boleh merasa kopi secara percuma dan membeli pelbagai produk kopi jenapa Yit Foh.
Landskap Yit Foh Tenom juga agak menarik!
Terdapat restoran di sini dengan pelbagai menu yang menarik dan pastinya sedap.
Jangan lupa mencuba kopo “O” ais di Restoran Yit Foh. “Fuh” sememangnya kopi terbaik yang admin pernah rasa!
Landskap menarik sesuai untuk “selfie” dan kemudahan penginapan selesa berhawa dingin!
Maklumat penting:
- Lokasi: Kopi@Yit Foh
- Facebook page: Kopi@Yit Foh
- Hubungi: 087-735 657
5. Fatt Choi Coffee Cabin
Merupakan tempat menarik yang agak popular di Tenom.
Terletak di puncak bukit, menjadikan tempat ini merupakan destinasi yang strategik dengan pemandangan yang menarik!
Tempat yang agak meriah dengan restoran, gerai dan taman permainan!
Untuk memaksimakan anda merasai semua keindahan di sini, pihak pengurusan juga menyediakan Kabin yang selesa untuk penginapan anda!
Bayangkan anda tinggal di kabin, tempat tinggi dengan pemandangan Sungai Padas dan Pekan Tenom!
Maklumat penting:
- Lokasi: Fatt Choi Coffee Cabin
- Facebook page: Fatt Choi Coffee Cabin
- Hubungi: 087-735 230
- Waktu operasi: 08:00am-05:00pm
6. Tenom Coffee Valley
Luangkan sedikit masa anda dengan mencuba menu makanan di Tenom Coffee Valley.
Pelbagai minuman “coffee” dan menu makanan yang membuatkan anda rasa “nak makan lagi” di tempat ini!
Kek, western food dan banyak lagi!
Maklumat penting:
- Lokasi: Tenom Coffee Valley
- Facebook page: Tenom Coffee Valley
- Hubungi: 087-733 508
- Waktu operasi: 10:30am-06:00pm
7. Padas View Recreation Centre
Lokasi penginapan menarik yang mungkin anda boleh pertimbangkan jika ingin bermalam di sekitar Tenom, Sabah.
Nun jauh disana, Sungai Padas, Tenom.
Untuk tempahan dan panduan lokasi yang tepat, sila hubungi nombor yang kami sertakan berikut.
Maklumat penting:
- Facebook page: Padas View Recreation Centre
- Hubungi: 011-2533 2799
- Waktu operasi: 09:00am-05:00pm
8. Pusat Kebudayaan Murut
Pusat Kebudayaan Murut Sabah, Melalap Tenom adalah salah satu destinasi menarik untuk dikunjungi di daerah ini.
Bangunan di sini digelar The Biggest Belian Building of Borneo yang dibina menggunakan kayu belian asli.
Aktiviti menarik diadakan d pusat kebudayaan murut ini ialah pameran pakaian tradisi, lansaran, jualan kraftangan serta persembahan tarian yang dipersembahankan oleh artis pusat kebudayan murut pada setiap hujung minggu.
Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk maklumat berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Pusat Kebudayaan Murut
- Facebook page: Pusat Kebudayaan Murut
- Hubungi: 087-302421, 013-8547381
- Waktu operasi: 08:30am-04:30pm
9. Padas Farmstay
Merupakan tempat penginapan di Tenom yang agak selesa dan menyediakan pakej aktiviti kepada pengunjung yang datang dan menginap di sini.
Antara aktiviti di Padas Farmstay ialah, pengunjung berpeluang memberi makan kepada kambing di ladang, aktiviti mini trekking dan memahami & mempelajari kaedah penanaman tumbuhan.
Untuk rujukan lanjut anda boleh klik pada pautan yang kami sertakan berikut atau hubungi sahaja pihak pengurusan.
Maklumat penting:
- Lokasi:Padas Farmstay
- Facebook page: Padas Farmstay
- Hubungi: 016-827 6370
10. Pammos View
Pammos View adalah destinasi rekreasi hujung minggu terbaik bersama keluarga dan rakan-rakan.
Di sini, anda boleh bermandi-manda, barbeku dan berkelah!
Anda bercadang untuk menginap di sini? Tiada masalah, penginapan disediakan.
Namun anda perlu menempah terlebih dahulu disebabkan tempat penginapan yang terhad!
Maklumat penting:
- Lokasi: Pammos View
- Facebook page: Pammos View
- Hubungi: 019-534 1000
11. Taman Rekreasi Sokid Oloson
Taman Rekreasi sokid Oloson merupakan tempat rekreasi tepi sungai dan sememangnya adalah salah satu destinasi santai terbaik hujung minggu.
Mungkin anda boleh menghabiskan masa di sini dengan mandi sungai atau kolam, sambil menikmati makan tengahari?
Atau anda boleh sahaja barbeku di tempat ini!
Jangan lupa bawa bersama peralatan barbeku, daging, ayam, makanan laut yang hendak dipanggang!
Maklumat penting:
- Lokasi: Taman Rekreasi Sokid Oloson
- Facebook page: Taman Rekreasi Sokid Oloson
- Hubungi: 011-3144 7210
- Masa operasi: 08:00am-05:00pm
12. Rundum Highlands
Rundum Highland Kemabong, merupakan satu lagi tarikan tanah tinggi dengan landskap yang mengagumkan di Tenom, Sabah.
Tempat yang agak sejuk 16.0 darjah celcius, agak sejuk tetapi segar terutamanya menjelang senja.
Dengan panorama senja yang indah!
Pelbagai aktiviti yang ditawarkan dengan pakej tertentu di sini seperti:
- Hiking ke kubu lama inggeris
- Jungle trekking ke Air Terjun Umit
- Aktiviti berkuda
- Unggun api dan persembahan kebudayaan
Sila hubungi pihak pengurusan melalui talian yang kami sertakan dibawah untuk tempahan dan sebelum datang ke tempat ini.
Maklumat penting:
- Lokasi: Rundum Highlands
- Facebook page: Rundum Highlands
- Hubungi: En. Rosli (013-8516498) & Cik.Lainah (011-56493068)
13. Keretapi Tenom
Mungkin anda belum pernah menaiki kereta api?
Bagaimana jika anda merancang percutian ke Beaufort dengan menaiki keretapi ini?
Ataupun anda menaiki keretapi sehingga ke Kota Kinabalu, Sabah?
Alami pengalaman menarik menaiki keretapi daripada Pekan Tenom ke Beaufort, Papar atau Kota Kinabalu.
Namun anda perlu membeli tiket seawal pukul 6.30am di Stesen Keretapi Tenom.
Pihak kami cadangkan anda menaiki keretapi daripada Tenom ke Beaufort, kemudian berjalan-jalan dan bermalam di Beaufort, kemudian kembali ke Tenom dengan menaiki keretapi daripada Beaufort ke Tenom pula
Maklumat penting:
- Lokasi: Stesen Keretapi Tenom
- Hubungi: 087-735514
14. Muaya Waterfall
Merupakan salah satu tempat menarik dibawah pengurusan pihak Sabah Forest Industri (SFI).
Walaubagaimanapun buat masa ini, tempat ini terpaksa ditutup untuk sementara waktu kerana penyelengaraan sedang dijalankan.
Pihak kami belum mendapat informasi dan tarikh yang pasti bilakah tempat menarik ini akan dibuka semula kepada pengunjung.
Walaubagaimanapun, anda boleh berhubung dengan pihak SFI dari semasa ke semasa untuk mengetahui informasi selanjutnya.
Informasi daripada pengunjung yang pernah datang ke sini:
- Terdapat 2 bukit untuk hiking iaitu bukit Lumaku dan Maligan
- Flora dan fauna yang mengasyikkan
- Terdapat rumah rehat dengan kapasiti terhad
- Tandas, surau dan dapur disediakan
- Boleh berkhemah di pelantar rumah rehat
Maklumat penting:
- Hubungi Sabah Forest Industries: 087-801017, 013-8607980
15. Tenom Valley
Tenom Valley merupakan satu lagi tempat menarik yang baharu dibuka di Tenom.
Merupakan lokasi penginapan mewah dengan binaan yang agak unik dan menarik!
Satu-satunya penginapan di Sabah, dengan balkoni yang diperbuat daripada kaca!
Terletak di atas bukit, Tenom Valley mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan panorama menarik alam semulajadi!
Bagaimana jika anda menginap di sini?
Maklumat penting:
- Lokasi: Tenom Valley
- Facebook page: Tenom Valley
- Tempahan: Reservation Tenom Valley
- Hubungi: 010-951 3073
16. Bukit Rukud
Tempat mendaki atau hiking dengan panorama mengagumkan, Bukit Rukud Kampung Kalibatang Baru, Tenom!
Pendakian sejauh 350 meter yang agak singkat namun pasti memberikan kepuasan yang tersendiri.
Agak berbaloi untuk anda habiskan rekreasi petang anda dengan mendaki secara santai di bukit ini.
Nikmati keindahan dan udara nyaman dari puncak Bukit Rukud!
Untuk maklumat lanjut serta panduan lokasi, rujuk informasi berikut:
Maklumat penting:
- Facebook page: Bukit Rukud
- Lokasi: Bukit Rukud
- Hubungi: 011-5166 3650 (whatapps)
Ada lagi tempat menarik di Tenom yang kami belum senaraikan? sila hubungi kami atau nyatakan tempat tersebut di ruangan komen!
17. Naluyan Jungle Lodge
Terletak di Kg. Ulu Naluyan Tenom, satu tempat menarik baharu yang perlu anda cuba.
Suasana sejuk, penginapan berkonsepkan tradisi dan moden.
Restoran dengan makanan lazat.
Aktiviti:
- Berjalan-jalan menikmati alam sekitar
- Mandi-mana di kolam renang
- Makan bersama keluarga
- Penginapan suasana flora fauna.
Maklumat penting:
- Lokasi: Naluyan Jungle Lodge
- Facebook page: Naluyan Jungle Lodge
- Tempahan (hubungi): 019-821 0484
- Tiktok: naluyanjunglelodge