Mengadakan trip ke Pulau Mantanani Kota Belud, Sabah? Ini panduan terbaik untuk anda!
“Bagaimana cara nak ke Pulau Mantanani Kota Belud, Sabah?”
“Ada ke agen pelancongan yang menawarkan pakej ke pulau ini yang berbaloi dan murah?”
“Best ke pulau ini?”
Antara soalan yang mungkin bermain di benak fikiran anda.
Kami sedaya-upaya mudahkan perjalanan anda ke Pulau Mantanani Kota Belud, Sabah.
Xploresabah akan rungkaikan persoalan anda sebentar lagi!
Pengenalan
Siapa yang tak kenal dengan Mantanani Island?
Antara pulau yang indah, mempersona dan sering dikunjungi oleh pelancong luar negara!
Sentiasa dipuji disebabkan panorama dan keindahannya dalam semua aspek!
Pulau Mantanani, terletak di Kota Belud, Sabah.
Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Mantanani Besar dan Mantanani Kecil.
Tempat yang sering menjadi buah mulut pengunjung sudah pasti Pulau Mantanani Besar.
Lokasi
Lokasi tepat adalah sepeti berikut:
Lokasi : Pulau Mantanani, Kota Belud
Cara Ke Pulau Mantanani
Ada dua cara untuk ke Pulau ini iaitu:
- Daripada Kota Kinabalu-Jeti Kota Belud-Mantanani
- Daripada Jeti Kota Belud-Mantanani
Jika anda bertolak daripada Kota Kinabalu, biasanya pihak pengurusan pakej pelancongan yang anda pilih akan menjemput anda di hotel penginapan seawal jam 7.00 pagi.
Jika anda bertolak daripada Jeti Kota Belud, anda perlu memandu sendiri ke jeti ataupun menaiki grab car!
Usah risau, banyak sangat grab car di Sekitar Kota Kinabalu.
Kemudian, anda perlu menaiki bot daripada jeti di Kota Belud dengan anggaran perjalanan selama 1 jam.
Terdapat beberapa jeti di Kota Belud:
- Habib Waterfront
- Tadzmahal Travel
- Jetty To Pulau Mantanani
- Rampayan Jetty
- RS Mantanani & Kawa Rampayan
- Jetty Turong
Lokasi jetty bergantung kepada pengurus pakej pelancongan yang anda pilih.
Anda perlulah berhubung dengan pengurus perlancongan anda terlebih dahulu.
Saya Tak Nak Guna Pakej!
Disebabkan ingin berjimat anda mungkin terfikir untuk urus perjalanan sendiri.
Anda boleh sahaja memandu sendiri ke jeti Kota Belud dan menaiki mana-mana bot penumpang ke pulau ini namun anda pasti akan mengalami masalah berikut:
- Mencari bot penumpang yang sesuai
- Bot yang kurang selamat, kecil
- Keselamatan anda, jika datang secara solo
- Tiada pemandu pelancongan
- Aktiviti yang terbatas
- Perlu menyewa peralatan
- Mencari tempat makan..
Melainkan anda mempunyai rakan yang mempunyai bot dan biasa dengan perjalanan pergi balik ke pulau ini.
Oleh itu, untuk keselamatan dan keselesaan anda, trip ke Pulau Mantanani menggunakan ejen pelancongan tempatan adalah yang terbaik!
Segalanya diuruskan untuk anda.
Sila baca maklumat selanjutnya….
Pakej Murah Pulau Mantanani
Berikut merupakan senarai pakej terbaik yang kami sarankan untuk trip percutian anda di Mantanani Island.
Pakej biasanya terdiri daripada 3 pakej iaitu:
- Pakej Harian
- Pakej 2 Hari 1 Malam
- Pakej 3 Hari 2 Malam
Pakej yang ditawarkan adalah berbeza untuk setiap pengurus pelancongan yang anda pilih.
Biasanya pakej pelancongan menyediakan:
- Peralatan untuk snokerling
- Makan dan minum anda
- Bot pergi dan balik
- Pegangkutan pergi dan balik dari jeti ke hotel
- Penginapan
- Tour guide sepanjang perjalanan
- Menyediakan peti pertolongan cemas
Harga mungkin berubah-ubah mengikut keadaan.
Kadangkala terdapat “promosi” yang ditawarkan pada masa-masa tertentu.
Oleh itu, adalah lebih baik anda berhubung terus dengan pihak pengurusan trip ke Pulau Mantanani yang anda pilih.
Berikut merupakan senarai ejen yang menawarkan pakej ke Pulau ini dengan harga terbaik.
1. Sutera At Mantanani
Harga pakej bermula daripada RM350 untuk seorang pengunjung.
Trip anda ke Pulau Mantanani agak selesa dengan memilih pakej ini!
- Lokasi: Sutera At Mantanani
- Facebook page: Sutera At Mantanani
- Laman web: www.suteraatmantanani.com
- Tempahan dan promosi: www.suteraatmantanani.com
- Hubungi: 088-303870, 088-317617
2. Rasa Sayang Mantanani Dive resort
Harga bermula daripada RM150 untuk seorang pengunjung untuk pakej 2 hari 1 malam!
Serta RM80 untuk daytrip daripada jeti di Kota Belud.
Untuk informasi selanjutnya, sila rujuk maklumat berikut:
- Lokasi: Rasa Sayang Mantanani Dive Resort
- Facebook page: Rasa Sayang Mantanani Dive Resort
- Hubungi: 017-811 3211
3. Pakej Pulau Mantanani Murah
Hanya RM85 (Pakej Kelip-kelip) seorang untuk dayrtip bermula daripada jeti Kota Belud.
Pakej 2 hari 1 malam (homestay) bermula daripada RM415 untuk seorang pengunjung.
Untuk keterangan lanjut sila rujuk maklumat berikut:
- Facebook page: Pakej Pulau Mantanani Murah
- Hubungi(whatsapp): 0143650408
4. Pakej Bajet Sabah
Daytrip bermula daripada RM120 seorang.
Pakej 2 hari 1 Malam (chalet) pula bermula daripada RM199 untuk family room, manakala RM299 untuk private room.
untuk informasi dan tempahan sila rujuk maklumat berikut:
- Facebook page: Pakej Bajet Sabah
- Hubungi: 014-718 9240
5. Mantanani Dream Holidays Sdn Bhd
Mantanani Dream Holiday menawarkan pakej 2 hari 1 malam terbaik iaitu RM200 untuk setiap pengunjung!
Pakej termasuk makan, penginapan, aktiviti snokerling, barbeku dan diving!
- Lokasi: Mantanani Dream Resort
- Facebook page: Mantanani Dream Holidays
- Hubungi: 016-8243731
Tips Penting:
Jika anda bercadang untuk mengunjungi tempat ini secara berkumpulan, anda mungkin boleh memperolehi diskaun!
Semakin ramai peserta, makin banyak diskaun!
Apapun jumlah maksima pengunjung dalam suatu kumpulan biasanya adalah 10 orang.
Penginapan
Penginapan biasanya dalam bentuk hotel resort, chalet dan homestay bergantung kepada agen pelancongan yang anda pilih.
Aktiviti Di Sini
Mungkin anda tertanya-tanya apa aktiviti di sini?
Biasanya aktiviti menarik yang ditawarkan oleh agen pelancongan anda ialah:
- Snorkeling
- Diving
- Melihat blue tears pada waktu malam
- Bersiar-siar di sekitar pulau
Panorama Sekitar Pulau
Jom kita lihat panorama sekitar pulau pula.
Gambar menarik berikut merupakan salah satu pantai menarik di Pulau Mantanani.
Gambar seterusnya ialah aktiviti snokerling di sekitar pulau ini.
Anda boleh lihat air laut yang agak jernih!
Gambar berikutnya pula ialah fenomena blue tears di pantai pulau ini.
Gambar berikutnya pula ialah salah satu resort yang agak popular di sini, Sutera Mantanani.
Panorama berikutnya ialah waktu senja di pulau ini.
Apa pendapat anda dengan informasi dan panduan trip ke pulau mantanani yang kami sediakan?
Jika ada pertanyaan atau kekurangan, anda boleh suarakan di bahagian komen.
Kami akan kemaskini informasi ini dari semasa ke semasa.