Tempat menarik di Kunsadang untuk memudahkan percutian anda di Sabah terkini 2023!
Anda bercadang untuk berkunjung ke Kundasang Ranau, Sabah?
Kundasang sememangnya salah satu tempat yang sangat popular disebabkan oleh daya tarikan utama, Gunung Kinabalu yang tersergam indah!
Selain itu, tempat yang tinggi serta sejuk, udara segar serta suasana persekitarannya yang menarik menjadikan Kundasang amat terkenal di serata dunia.
Semakin hari, semakin banyak tempat pelancongan & penginapan yang menarik di sini!
Anda perlukan Homestay?
Oh ya, pastinya anda juga perlukan penginapan bukan?
Bagaimana jika anda membuat tempahan melalui Agoda?
Agoda ada keistimewaan berbanding laman web penyedia penginapan yang lain iaitu:
- Tempah dulu, bayar kemudian
- Harga tawaran rata-rata lebih rendah
- Selamat dan mudah buat tempahan
Sila gunakan kemudahan berikut:
Baca juga:
Oleh itu, untuk menjadikan percutian anda lebih bermakna, sini kami senaraikan tempat-tempat menarik berserta maklumat yang mungkin anda perlukan jika berminat dengan lokasi terbaik di Kudasang!
Moga post ini dapat membuatkan percutian anda di Kundasang lebih bermakna!
1. Hounon Ridge Farm
Pusat Penginapan yang menarik, terletak di Kg. Himbaan, Bundu Tuhan, Kundasang. Tempat yang popular dan terbaik untuk menikmati matahari terbenam.
Pelbagai aktiviti menarik:
- BBQ
- Camping
- Riadah bersama keluarga
Mempunyai restoran, atau anda lebih gemar memasak sendiri?
Kemudahan dapur disediakan!
Diakui merupakan tempat menarik di kundasang yang agak popular di kalangan masyarakat Sabah.
Info penting:
- Lokasi: Hounon Ridge Farmstay.
- Tempahan Hubungi: 013-850 6463
2. Humble Hobbit Home
Apa yang menarik?
- Penginapan yang unik
- Tempat tinggi, pemandangan menarik
- Pemandangan penuh Gunung Kinabalu
- landskap yang unik dan mengujakan
- Udara sejuk dan nyaman!
Humble Hobbit Home merupakan salah satu “rumah” terbaru di B-Inspire Adobe, Kunsadang.
Kali ini pihak pengurusan B-Inspire Adobe telah berjaya membina “rumah hobbit” yang agak unik dan tampak “asli”.
Jika anda inginkan sesuatu kelainan dari segi penginapan, bagaimana jika anda mencuba menginap di rumah hobbit ini pula?
Pastinya sesuatu pengalaman baru yang menarik!
Untuk maklumat lanjut, hubungi sahaja nombor tertera berikut.
Kami juga sediakan pautan untuk tempahan!
Info penting
- Lokasi: Humble Hobbit Home
- Tempahan: Humble Hobbit
- Facebook page: Humble Hobbit Home
- Hubungi: 010-582 1050
3. Himbaan Gardenstay
Apa yang menarik?
- Pemandangan senja yang menakjubkan
- Pemandangan penuh Gunung Kinabalu
- Udara segar, sejuk dan nyaman
- Tempat tinggi, pemandangan luas
- Meja bersantai yang strategik dengan pemandangan luas
Penginapan menarik dengan harga mampu milik. Persekitaran yang sangat menarik.
Berhampiran dengan Hounon Ridge Farmstay!
Info penting:
- Lokasi: Himbaan Gardenstay
- Hubungi: 0168109816 atau 0168379816
- Tempahan penginapan: Himbaan Gardenstay
4. Sosodikon Hill
Apa yang menarik?
- Pendakian santai
- Jarak tidak terlalu jauh
- Pemandangan luas dan menarik
- Sudut bergambar dengan latarbelakang Gunung Kinabalu
Anda gemar ber”hiking”?
Bagaimana jika anda mendaki Bukit Sosodikon?
Sosodikon Hill terletak lebih kurang 5 km dari Pekan Kundasang.
Terletak di sebelah kanan simpang ke Desa Cattle Dairy Farm.
Anda perlu meletakkan kereta di tepi jalan dan berjalan kaki dalam lebih kurang 1.5km untuk sampai ke pintu masuk Bukit Sosodikon.
Kemudian, pendakian sebenar adalah lebih kurang 20 minit dengan berjalan kaki.
Yuran masuk hanyalah RM 3.00 sahaja. Apa yang menanti anda di puncak adalah bukit yang seolah-olah berbentuk piramid.
Anda pasti terhibur sepanjang perjalanan kerana kiri dan kanan anda ditumbuhi dengan tumbuh-tumbuhan menghijau dan memukau penglihatan.
Sudah pasti udaranya sejuk dan segar!
Info penting:
- Facebook page: Sosondikon Hill
- Lokasi: Sosondikon Hill Kundasang
- Hubungi: 0142836047
5. Jic Seng Nursery
Apa yang menarik?
- Pelbagai jenis bunga-bungaan
- Harga sesuai dengan jenis bunga
- Kebanyakan bunga mudah dijaga dan sesuai pada iklim Malaysia
- Anda juga bebas mengambil gambar di sini
Jangan lupa berkunjung di sini, jika anda berada di sekitar Kundasang, Sabah.
Anda minat pelbagai jenis tumbuhan hiasan yang menarik dan “rare”?
Luangkan sedikit masa anda ke sini!
Anda boleh membeli seberapa banyak bunga hidup yang anda perlukan bergantung kepada bajet anda.
Info penting:
- Lokasi: Jic Seng Nursery
- Hubungi: 016-582 7667
6. Dream World Resort
Apa yang menarik?
- Landskap premium
- Penginapan yang selesa
- Udara yang sejuk serta segar
- Pemandangan penuh Gunung Kinabalu
- Banyak tempat-tempat di sekitar yang bagus untuk dijadikan sudut untuk berswafhoto
Keselesaan, lokasi menarik dan menjanjikan pengalaman penginapan yang tak dapat dilupakan!
Bayangkan anda sedang duduk di anjung dengan secawan kopi sebagai pemanas badan, sambil menikmati keindahan persekitaran di sini!
Namun begitu, anda perlu membuat tempahan dengan lebih awal disebabkan penginapan di Dream World Resort adalah terhad terutamanya pada musim cuti sekolah.
Info penting:
- Lokasi: Dream World Resort
- Laman Web: dreamworldkundasang.com
- Hubungi: Tel: 088-888 333/334, H/P: 011-2988 9733
7. Gerai Sayur Tepi Jalan
Apa yang menarik ?
- Pelbagai pilihan sayur segar
- Pilihan buah-buahan segar seperti strawberry dan anggur
- Banyak pilihan pelbagai produk makanan mentah dan sedia dimakan.
Bila anda berada di Kundasang Sabah, luangkan masa anda untuk membeli sayur di sini, terutamanya jika anda memang tinggal di homestay.
Biasanya homestay di sekitar Kundasang menyediakan peralatan memasak yang cukup.
Pasti perbelanjaan anda akan dapat dijimatkan berbanding dengan makan di restoran berhampiran.
Atau anda boleh juga membeli sayur di hari terakhir anda berada di tempat menarik ini dan membawanya sebagai buah tangan untuk rakan atau ahli keluarga anda.
Info penting:
- Lokasi: Gerai Sayur dan Buah
8. Kinabalu National Park
Apa yang menarik?
- Banyak “trail” hiking dengan pemandangan flora fauna menakjubkan
- Trail ke kawasan air terjun
- Pondok bersantai
- Restoran
- Pusat maklumat berkaitan dengan Taman Kinabalu
- Lokasi pendaftaran untuk mendaki Gunung Kinabalu
Kinabalu National Park dilengkapi dengan penginapan, trekking untuk aktiviti sukan atau bersiar-siar, pintu utama ke puncak Gunung Kinabalu, restoran, pusat maklumat dan sebagainya.
Kinabalu National Park dikategorikan sebagai tempat yang menarik disebabkan banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini.
Antaranya ialah bersantai di pondok-pondok yang telah disediakan, berjalan kaki ke kawasan air terjun, jungle trekking, melihat atau mengunjungi pusat maklumat taman kinabalu dan sebagainya.
Tempat ini merupakan tempat yang menjadi tumpuan ramai pelancong terutamanya pada musim cuti.
Tidak hairanlah jika tempat ini sentiasa sesak dan dikunjungi oleh orang ramai dari dalam dan luar negara.
Anda wajib mengunjungi tempat ini jika berada di Kundasang kerana ianya merupakan salah satu pusat tarikan utama di Daerah Ranau khasnya.
Info penting:
- Lokasi: Kinabalu National Park
- Hubungi: 088-211 881
- Laman web rasmi: Sabah Parks
9. Strawberry Dan Rose Garden Kundasang
Apa yang menarik?
- kebun strawberi
- Pelbagai jenis bunga mawar
- Lokasi bergambari yang bagus
- Anda boleh membeli bunga dan strawberi di sini!
Jika anda berada di di Pekan Kundasang, selain dari War Memorial Park, Strawberry dan Rose Garden juga merupakan taman yang menarik untuk dilawati.
Kawasan ini betul-betul berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang, Ranau.
Kawasan kebun strawberi dan bunga di sini agak luas. Anda boleh melihat bagaimana kaedah penanaman strawberi dan melihat buah strawberi yang sedang masak ranum.
Pelbagai jenis bunga ros juga ditanam di sini. Terdapat juga bunga-bunga lain seperti bunga matahari, kaktus,lily dan sebagainya.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mengunjungi tempat ini dan bawalah kamera anda bersama-sama. Disini, anda juga boleh mendapatkan buah strawberi yang segar, anak pokok bunga dengan harga yang sangat berpatutan.
Info penting:
- Lokasi: Strawberry Rose Garden
- Hubungi: 088-888 309
10. Kinabalu Pine Resort
Apa yang menarik?
- Lokasi penginapan strategik
- berdekatan pekan kundasang
- Kemudahan restoran
- Landskap menakjubkan dengan latar pokok pine
- Pemandangan penuh gunung kinabalu
- Tempat bersantai luar penginapan strategik
Kinabalu Pine Resort dinamakan sempena dengan pokok pine yang tumbuh di sekeliling atau di sekitar kawasan penginapan ini.
Tempat ini semakin popular dan menjadi pilihan ramai pengunjung disebabkan balkoninya yang betul-betul berhadapan dengan pemandangan Gunung Kinabalu.
Suasana di tempat ini juga dijaga dengan rapi, dimana bunga-bungaan yang sesuai ditanam dan suda pasti udaranya juga sejuk dan nyaman.
Anda tidak perlu risau dengan rasa sejuk untuk mandi kerana alat pemanas telah disediakan.
Bagaimana pula dengan makanan ?
Kinabalu Pine Resort juga tersedia dengan restoran, jika anda keletihan untuk memandu ke restoran di sekitar Pekan Kundasang.
Bagaimana jika anda berjalan kaki untuk mencuba menu di restoran Kinabalu Pine Resort pula ?
Info penting:
- Website: Kinabalu Pine Resort
- Hubungi: 088-889 388
- Lokasi: Kinabalu Pine Resort Kundasang
11. Kundasang Mount Valley Recreation
Ingin mencuba sukan lasak flying fox?
Di Mount Valley Recreation, anda berpeluang untuk mencuba sukan lasak ini.
Ianya terletak lebih kurang 500 meter sebelum sampai ke simpang masuk ke Kinabalu National Park daripada Pekan Kundasang, Sabah.
Nikmatilah pemandangan sekeliling semasa anda sedang beraksi dengan “flying fox”.
Buat masa ini, bayaran yang dikenakan adalah RM 25 seorang.
Walaubagaimanapun, aktiviti ini tidak akan dijalankan jika dalam keadaan cuaca yang kurang baik seperti hujan, guruh dan berangin bagi mengutamakan keselamatan pelawat.
Info penting:
- Lokasi: Mount Valley Recreation
- Hubungi: 088-888 778
12. Kiram’s Village Cabin
Kiram Village terletak di Kampung Mesilou iaitu menggunakan jalan yang sama ke Mesilou Nature Resort.
Tempat ini merupakan salah satu pusat menginapan yang menyediakan penginapan berbentuk bilik dan chalet.
Walaupun tempat ini agak jauh dari Pekan Kundasang, tempat ini sangat menarik dimana ditumbuhi dengan pelbagai jenis bunga, jambatan kecil serta udara yang nyaman dan segar.
Restoran juga disediakan di tempat ini.
Tempat ini amat strategik kerana anda boleh mengunjungi tempat menarik yang berdekatan iaitu, Mesilou Nature Resort dan Desa Cattle Dairy Farm.
Info penting:
- Lokasi: Kiram Village
- Lama web: Kiram Village Kundasang
- Hubungi: 016-695 0057, 013-8874236 & 019-8824546
13. Midori Homestay
Terletak di Kampung Mesilou, Midori Homestay pastinya menjanjikan pengalaman penginapan yang sukar dilupakan.
Sangat sesuai untuk keluarga atau menginap secara berkumpulan.
Persekitaran homestay yang luas, cantik, landskap yang menarik dan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu merupakan daya tarikan homestay ini.
Bagi mereka yang inginkan suasana kampung, udara segar dan nyaman, ahli keluarga yang ramai serta ingin berjimat, maka Midori Homestay sesuai untuk anda.
Halaman rumah yang luas, berpagar, ditumbuhi dengan rumput menghijau, kerusi dan meja untuk bersantai serta dara yang sejuk dan nyaman adalah salah satu kelebihan tempat penginapan ini.
Anak anda pastinya gembira bermain, berlari-lari di kawasan yang memukau ini!
Info penting:
- Lokasi: Lokasi Midori Homestay
- Facebook Page: Midori Homestay Facebook Page
- Hubungi: 016-582 0181
14. Arnab Village
Terletak lebih kurang 10 kilometer dari Pekan Kundasang iaitu terletak di perantaraan jalan Kundasang-Ranau.
Simpang masuk ke taman arnab adalah di Jalan Kibaas-Mohimboyon.
Di sini, anda boleh menyentuh, mengusap dan memberikan makanan kepada arnab comel ini.
Dengan syarat, anda mesti membeli makanan yang dijual di sini.
Arnab Village Kundasang juga menyediakan homestay dengan kadar harga yang sangat berpatutan.
Hubungi terus talian berikut.
Info penting:
- Lokasi: Arnab Village Ranau
- Facebook Page: Official Facebook Page Arnab Village
- Hubungi: 010-955 0019
15. Crystal Hill
Berlatarkan Gunung Kinabalu menjadikan Crystal Hill antara tempat menarik di Kundasang, sabah dalam bentuk penginapan.
Dan pastinya tempat ini menjanjikan suasana yang memukau terutama pada waktu senja!
Mungkinkah ini tempat penginapan yang anda inginkan?
Info penting:
- Lokasi: Crystal Hill
- Hubungi: 016-584 6116
16. Kundasang War Memorial
Tempat yang sememangnya sinonim dengan Kundasang, War Memorial Park.
Tempat bersejarah yang menarik di Kundasang bertujuan memperingati jasa pahlawan yang terkorban semasa peperangan di suatu ketika dahulu.
Kundasang War Memorial terletak di puncak bukit berdekatan dan sangat hampir dengan Pekan Kundasang.
Anda hanya perlu berjalan kaki untuk mengunjungi tempat ini jika anda berada di sekitar Pekan Kundasang.
Tempat ini sememangnya cantik, dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan, tanda peringatan serta udara yang nyaman dan sejuk.
Info penting:
- Lokasi: Kundasang War Memorial
- Hubungi: 019-899 2041
- Waktu Operasi :6:55 am- 05:30 pm
17. Mesilou Nature Resort
Tempat yang agak sejuk dan agak “hampir” puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu.
Di sini juga letaknya ‘starting point” trail untuk mendaki Gunung Kinabalu.
Mesilou Nature Resort terletak berhampiran dengan Kampung Mesilou dengan jarak 10km dari Pekan Kundasang.
Explorasi alam sekitar flora dan fauna, jungle trekking dan sebagainya adalah aktiviti utama di sini.
Info penting:
- Lokasi: Mesilau Nature Resort
- Hubungi: 088-871 519
- Laman Web Rasmi: Mesilou Nature Resort
18. Nulu Tinorindak
Lokasi menarik untuk peminat hiking!
Terletak di Kampung Lembah Permai, Kundasang.
Mengambil masa kira-kira 10 minit pemanduan daripada Pekan Kundasang, Sabah.
Pastikan anda cukup bersedia kerana tempat ini agak mencabar untuk didaki dengan trek yang agak curam.
Cuaca sejuk juga menjadi halangan utama.
Namun satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila anda sampai di puncak Bukit Tinorindak.
Pastikan anda mendaki dalam keadaan cuaca baik dan cerah. Suasana pendakian menjadi agak menarik dalam cuaca yang baik!
Info penting:
- Lokasi: Nulu Tinorindak
- Hubungi: 013-874 5659
- Waktu Operasi: 07:00 am
19. Konunukan Garden & Camping
Konunukan Garden & Camping menyediakan tapak perkhemahan yang sangat strategik dengan kemudahan asas seperti air & tandas.
Juga menyediakan tempat penginapan yang cantik.
Menjanjikan suasana persekitaran yang menarik dan yang uniknya, anda boleh melihat Gunung Kinabalu dari tempat ini!
Bagaimana jika anda mencuba menginap sambil berkhemah di sini?
Info penting:
- Lokasi: Konunukan Garden & Camping
- Waktu Operasi: 7:00 am – 6:00 pm
- Hubungi: 013-850 6463
20. Mongolian Yurt
Mongolian Yurt Wind Paradise, penginapan unik dan berbeza daripada yang pernah anda alami!
Terletak lebih kurang 3.6 kilometer dari Pekan Kundasang.
Kawasan penginapan yang strategik, di lereng bukit menjadikan tempat ini cukup menarik, sesuai serta sering ditiupi angin yang nyaman dan sejuk.
Juga menyediakan pelbagai bentuk menu makanan dengan harga yang berpatutan.
Info Penting:
Lokasi: Mongolian Yurt Kundasang, Sabah
Hubungi: 019-8000201 (Tempahan Penginapan)
21. Kinabalu Private Lodges
Bagi anda yang gemarkan suasana di hutan, bunyi cengkerik dan serangga hutan serta cuaca yang sejuk dan nyaman, maka Kinabalu Private Lodges sangat sesuai untuk anda.
Pusat penginapan menarik ini terletak lebih kurang 8.6 kilometer daripada Pekan Kundasang menuju ke Kota Kinabalu.
Antaranya ialah jungle trekking dan juga berbeku bersama rakan ataupun keluarga. Kinabalu Private Lodges terletak berhampiran Kampung Bundu Tuhan, Kundasang.
Tempat yang cukup indah, berkabus serta dihiasi dengan bunga-bungaan dan pokok menghijau menambahkan lagi keindahan kawasan pusat penginapan ini.
Pasti anda akan merindui suasana malam di tempat ini kelak setelah meninggalkannya kelak.
Info Penting:
Hubungi: 014-9500545 (Tempahan)
Lokasi: Kinabalu Private Lodges
22. Timpohon Gate, National Park
Jika anda mengunjungi Kinabalu National Park, Kundasang, luangkan masa anda untuk mengunjungi Timpohon Gate, di sini lah bermulanya titik permulaan perjalanan untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu.
Mungkin anda tidak berkesempatan untuk mendaki, bolehlah mengambil “aura” mendaki di sini.
Lokasi: Timpohon Gate
23. Mesilou Highland Strawberry Farm
Terletak di Kg. Mesilou, Kundasang.
Waktu operasi seawal pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Walaubagaimanapun kadangkala ladang ini akan ditutup untuk memberi peluang kepada kerja-kerja penanaman serta penambahbaikan.
Anda bole melihat bagaimana strawberry ditanam, berbuah dan mungkin anda ingin tahu bagaimana rupabentuk pokok strawberry?
Dapatkan strawberry segar dan manis di sini dengan harga yang berpatutan!
Bagi maklumat lanjut anda boleh mengikuti perkembangan berkaitan dengan ladang strawberi di laman facebook mereka :
Pautan Penting:
- Facebook Page: Mesilou Highland Strawberry
- Hubungi: 014-5552737
- Lokasi: Mesilou Highland Strawberry
24. Little Hut Kampung Mesilou
Tempat menarik di Kunsadang, Sabah dalam bentuk homestay.
Persekitaran yang agak memukau dan bercirikan desa sememangnya mengagumkan anda!
Berlatarkan gunung kinabalu dan dengan persekitaran pokok-pokok tumbuhan menghijau “melengkapkan” lagi keindahan kawasan penginapan ini.
Percutian ke Kundasang, Sabah dilengkapi dengan penginapan yang unik pasti meninggalkan kesan yang mendalam dalam mememori anda!
Info Penting:
- Lokasi: Little Hut
- Hubungi: 016-860 1416
- Facebook Page: Little Hut, Mesilou
25. Desa Cattle Dairy Farm
Tempat yang menjadi pilihan untuk dikunjungi di Kundasang
Di sini, anda berpeluang melihat bagaimana pemprosesan susu lembu, memberi makanan kepada anak lembu dan kambing, melihat proses pemerahan susu lembu dan sebagainya.
Anda juga boleh membeli susu lembu segar, membeli makanan, menikmati aiskrim, pizza dan banyak lagi jenis makanan yang boleh anda perolehi di sini!
Selain itu, kawasan persekitaran yang mempersona dengan udara yang segar, nyaman dan sejuk menjadikan kawasan ini menjadi daya tarikan utama di Kundasang.
Yuran masuk diperlukan bagi pelawat di pintu masuk utama.
Waktu cuti, anda perlu datang lebih awal kerana ramai pengunjung datang ke tempat ini.
Info penting:
- Lokasi: Desa Dairy Farm
- Hubungi: 088-889 562
26. Mesilau Cat’s Village
Jika anda peminat tegar kucing, luangkan masa mengunjungi Mesilou Cat’s Village.
Bagi peminat kucing, tempat ini amat sesuai untuk anda. Anda berkesempatan untuk membelai, memeluk pelbagai baka kucing di tempat ini.
Waktu operasi tempat menarik ini bermula dari seawal jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Info Penting:
- Facebook Page: Mesilou Cat’s Village
- Hubungi: 016-837 0862, 019-870 2549
- Lokasi: Mesilou Cat’s Village
27. Hamster World
Terletak bersebelahan dengan Taman Arnab Ranau.
Tempat ini merupakan salah satu tempat menarik di Kundasang dan mulai beroperasi pada tahun 2017.
Untuk ke lokasi Hamster World Ranau, anda perlu memasuki simpang Jalan Kibaas Mohimboyon Kundasang. Simpang masuk Jalan Kibass Mohimboyon adalah terletak lebih kurang 5 kilometer dari pekan Ranau.
Anda bebas membelai, memegang dan mengambil gambar pelbagai spesis hamster di sini.
Info penting:
- Facebook Page: Hamster World Ranau
- Lokasi: Hamster World Ranau
28. Bw Bus Restaurant
Rasai pengalaman baru menjamu selera di Restoran Bas Terapung @ Restoran Bas Terbang. Pelbagai jenis menu disediakan dengan harga berpatutan.
Suasana restoran yang mungkin merupakan pengalaman pertama bagi anda!
Info Penting:
- Lokasi: Kampung Pinausok, Kundasang
29. Maragang Hill
Para pendaki tegar, bagaimana jika anda mencuba mendaki Bukit Maragang ? Berketinggian 2232 Meter dari paras laut, sudah pasti tempat ini menjanjikan suatu pendakian yang menarik tetapi mencabar.
Terletak di Kampung Mesilou, Kundasang dan dikendalikan oleh Mevoc (Mesilou Volanteer Club).
Untuk keterangan lanjut mengenai pakej pendakian, boleh
Info Penting:
- Hubungi (facebook): Maragang Hill
- Lokasi: Maragang Hill
30. B.E Wonderland at Kundasang Mount Valley Recreation
Tempat baharu yang agak menarik, terletak di di Kundasang Mount Valley Recreation and Resort.
Tempat ini menjanjikan 11 bahagian yang berlainan iaitu:
1.Winter Section
2.Spring Section
3.Magic Mirror
4.Sabah Kampung House
5.Sabah Custom
6.Item Collector
7.3D Picture
8.Recycle Item
9.Gallery
10.Alat Music Sabah
11.Autumn Section
Yuran masuk adalah RM 25 untuk dewasa dan RM 15 bagi kanak-kanak dibawah 12 tahun. Walaupun agak mahal, namun kunjungan anda pasti berbaloi.
Info penting:
- Facebook Page: Kundasang Mount Valley Recreation And Resort
- Panduan lokasi: Kundasang Mount Valley Recreation And Resort
- 088-888788
31. Homestay Mesilou Cliffs
Inginkan penginapan yang selesa, menarik dan santai ? bayangkan anda sedang berehat di beranda homestay ini dengan secawan kopi panas sambil menikmati udara yang nyaman.
Penginapan berbentuk homestay ini menawarkan harga serendah RM 120 untuk sebilik (standard room).
Kemudahan seperti wifi dan astro njoi juga disediakan.
Info penting:
- Facebook Page: Mesilau Cliffs
- Hubungi: 013-940 9014, +60 17-388 8664
- Lokasi: Mesilau Cliffs
32. Mountain Valley Resort
Mountain Valley Resort, satu lagi tempat penginapan dengan berlatarkan Gunung Kinabalu!
Udara nyaman, persekitaran menarik dan sejuk, kemudahan restoran… sudah pasti mencukupi untuk anda.
- Website: Mountain Valley Resort
- Hubungi: +60 177776750
- Lokasi: Mountain Valley, Jalan Tenompok Bundu Tuhan
- Tempahan: Mountain Valley Resort
33. Kundasang Selfie Garden
Kundasang Selfies Garden, satu lagi tempat menarik di Kundasang, Ranau.
Pastinya anda ingin megambil gambar kenangan terbaik, maka di sinilah tempat yang paling sesuai.
Yuran yang dikenakan agak murah:
- Dewasa: RM3
- Kanak-kanak: RM2
Lokasinya tempat menarik ini agak mudah dicari, iaitu di Pekan Kundasang sahaja!
Lokasi: Kundasang Selfie Garden Google Map
34. Umea Glam
Umea Glaming, penginapan unik berbentuk kubah yang unik.
Nikmati suasana penginapan di mana anda boleh melihat bintang berkelipan pada waktu malam di sini!
Sebuah Dome boleh memuatkan sehingga 4 orang pengunjung.
- Laman Web: Umea Glam Kundasang
- Telegram: Umea Glam Telegram
- Lokasi: Panduan Arah Ke Umea Glam
35. Tambiau Forest House
Merupakan tempat yang sesuai untuk hiking dan seterusnya berkhemah setelah sampai ke destinasi.
Tempat yang pasti menjanjikan suasana yang agak menarik terutama pada waktu senja, suasana sejuk dan cara hidup “back to basic“!
Penginapan di atas pokok merupakan tarikan utama di sini.
Pasti tempat ini merupakan suatu pengalaman yang baru dan sukar dilupakan dalam hidup anda!
Untuk maklumat lebih anda boleh mengunjungi/hubungi pautan/talian berikut:
- Facebook Page: Tambiu Forest House
- Telegram: Telegram Tambiu Forest House
- Hubungi: 012-894 9578
Untuk panduan lokasi sila kunjungi pautan berikut:
- Lokasi: Tambiu Forest House
36. Cat Nature Park
Cat Nature Park merupakan tempat menarik terbaru yang baharu dibuka pada Januari 2020!
Mungkin masih ramai yang belum tahu tempat menarik ini.
Peminat kucing, luangkan masa anda melihat kucing-kucing yang comel di sini!
Maklumat penting:
- Facebook Page: Cat Nature Park
- Lokasi: Cat Nature Park
- Hubungi: 011-36473729
37. D’mesilau Rabbit Garden
Satu lagi taman arnab yang menarik di Mesilou, Kundasang!
Lansdkap taman arnab yang cantik dan persekitaran yang indah.
Mungkin masih ramai yang belum pergi ke sini!
Maklumat penting:
- Facebook Page: D’mesilau Rabbit Garden
- Lokasi: D’mesilau Rabbit Garden
- Hubungi: 011-16507250
38. Spring Garden Kundasang
Destinasi penginapan yang “woww”!
Terletak di Mesilou, Kundasang.
Persekitaran yang dijaga rapi, cantik mempersona dan mengagumkan!
Dikelilingi dengan pokok menghijau dan bunga-bungaan berwarna-warni bagaikan anda berada di luar negara!
Yang pasti anda pasti terkejut melihat keindahan tempat ini jika datang menginap di sini.
Harga penginapan juga agak “wow”
Maklumat penting:
- Facebook Page: Spring Garden Kundasang
- Lokasi: Spring Garden Kundasang
- Hubungi: 012-8091564
- Tempahan: Spring Garden
39. D’Bayu Garden
Merupakan homestay yang menarik dikelilingi dengan bunga-bunga yang berwarna warni!
Sesuai untuk cuti bersama keluarga di hujung minggu!
Dapur yang lengkap, malah lengkap dengan tempat barbeku!
Maklumat penting:
- Facebook Page: D’Bayu Garden
- Lokasi: D’Bayu Garden
- Hubungi: 013-8154500
40. Mesilau Mountain Retreats
Penginapan dengan landskap yang indah sesuai untuk keluarga!
Lokasinya di tempat yang tinggi, sejuk dengan suasana persekitaran yang memukau pastinya menjadikan percutian keluarga di sini yang penuh makna dan sukar dilupakan.
Penginapan 3 bilik yang sangat selesa dengan berlatarkan Gunung Kinabalu.
Maklumat penting:
- Facebook Page: Mesilau Mountain Retreats
- Lokasi: Mesilau Mountain Retreats
- Hubungi: 012-8990025
- Tempahan: Mesilau Mountain Retreat
41. Culvert View
Menyediakan suasana penginapan yang agak unik dan mungkin hanya ada di negeri Sabah?
Disamping pemandangan latar yang menarik, gunung kinabalu!
Dengan menyediakan kawasan selfie point yang “osem”!
Maklumat penting:
- Facebook Page: Culvert View
- Lokasi: Culvert View
- Hubungi: 016-832 4872
42. Sulap Dahai
Living organic and eco-friendly di Sulap Dahai.
Ini antara tempat paling ideal di Kundasang jika ingin menikmati kabus gunung, dengan suasana desa agro yang permai.
Homestay ini terletak di tanah Sinteh-Dambul Dumaring Heritage (Insta: SDD.Heritage) — yang terkenal sebagai “land of wild exotic berries.”
Satu-satunya lokasi petempatan yang masih ditumbuhi lima variasi beri liar Kundasang yang semakin pupus (rogimot, mobpoloh, tandaramai, lintagu dan tinggoron)
Maklumat penting:
- Facebook Page: Sulap Dahai
- Lokasi: Sulap Dahai
- Hubungi: 012-863 1558
- Tempahan: Sulap Dahai
Sila klik butang kongsi jika anda menyukai artikel ini.
43. ATV Borneo Adventure
Menunggang ATV sambil menikamti keindahan pemandangan menarik sepanjang pengembaraan lasak anda!
Maklumat penting:
- Facebook Page: ATV Borneo Adventure
- Lokasi: ATV Borneo Adventure
- Hubungi: 011-3324 8131
- Waktu Operasi: 09:00am – 05:00pm
44. Kundasang Selfie Garden
Abadikan masa anda bergambar di lokasi khas dan strategik ini!
Dengan berlatarkan suasana Pekan Kundasang dan jika bernasib baik (cuaca cerah) pasti Gunung Kinabalu menjadi sebahagian daripada latar photo anda!
Maklumat penting:
- Lokasi: Kundasang Selfie Garden
- Harga Tiket: RM3.00 (Dewasa) & RM2.00 (Kanak-Kanak)
45. Pyramid Hill
Lokasi menarik untuk peminat hiking!
Rasai pengalaman pendakian yang agak mencabar.
Tidak sesuai jika anda membawa bersama kanak-kanak 7 tahun dan kebawah.
Maklumat penting:
- Lokasi: Pyramid Hill
- Harga Tiket: RM3.00 (Dewasa)
- Waktu Operasi: 6.00am – 6.00pm
46. Alpaca Club
Salah satu tempat menarik di Kundasang yang baharu dibuka kepada orang ramai!
Anda teringin melihat Alpaca?
Jom berkunjung ke sini!
Maklumat penting:
- Lokasi: Alpaca Club
- Facebook Page: Alpaca Club Sabah
- Hubungi: 011-5868 3622
- Waktu Operasi: 9.00am – 5.00pm
47. Magical Garden
Tempat menarik yang sangat sesuai untuk aktiviti bergambar, Magical Garden.
Lokasi yang terletak di lereng bukit yang dihiasi dengan pelbagai spesis bunga-buangaan bewarna-warni!
Kawasan menarik dan indah seluas 2 ekar ini pastinya memberikan kepuasan serta pengalaman menarik untuk anda sekeluarga atau bersama rakan!
Kunjungi tempat yang indah ini melalui maklumat berikut:
Maklumat penting:
- Facebook Page: Magical Garden
- Hubungi: 010-9550019
- Lokasi: Kg. Purakagis Kibaas, Ranau
48. Happy Garden
Lokasi peranginan menarik lengkap dengan penginapan bajet dengan harga yang agak murah untuk satu bilik!.
Anda boleh membuatr tempahan terus di Oyoroom!
Lokasi penginapan dan peranginan menarik ini hanya terletak lebih kurang 2km sahaja dari Kinabalu Park, Kundasang.
Apa yang menarik?
- Udara nyaman dan sejuk
- persekitaran dengan landskap bunga-bungaan yang cantik
- Lokasi bergambar yang dengan latar unik
- Terdapat pondok luar untuk anda bersantai
Jika anda bercadang untuk hiking atau bersiar-siar di Kinabalu Park, penginapan ini sangat sesuai untuk anda!
Juga menyediakan penginapan dalam bentuk “dorm” yang boleh memuatkan ramai pengunjung sekaligus.
Maklumat penting:
- Facebook Page: Happy Garden
- Penginapan: Happy Garden
- Hubungi: 010-912 2688
- Lokasi: Oyo 90111 Happy Garden
49. Singgah Mata Campstay
Apa yang menarik?
- Lokasi camping
- Pemandangan Gunung Kinabalu
- Udara sejuk dan segar
- Pemandangan senja yang mengagumkan
Maklumat penting:
- Facebook page: Singgah Mata Campstay
- Hubungi: 014-571 6033
- Lokasi: Singgah Mata Campstay
50. Puncak Marisini Recreation Park
Apa yang menarik?
- Lokasi berswafoto menarik
- Banyak point bergambar yang unik
- Agak sejuk
- Sangat sesuai terutamanya untuk kanak-kanak
- Bermain dengan arnab yang jinak
- Pondok unik bersantai dan berehat
Maklumat penting:
- Hubungi: 016-8064578
- Lokasi: Puncak Marisini Recreation Park