Panduan lokasi dan maklumat tempat hiking menarik di sekitar Kota Belud, Sabah!
Mencari tempat hiking di Kota Belud?
Kami senaraikan lokasi hiking yang lengkap untuk anda!
Anda hanya perlu pilih lokasi yang anda rasakan terbaik dan mampu untuk anda daki!
Jom lihat senarai tempat hiking yang popular di Kota Belud, Sabah
1. Bukit Bongol
Bukit yang agak popular di Kota Belud.
Terdapat 2 trek pilihan untuk ke bukit ini iaitu bermula daripada:
- Kg. Pirasan
- Kg. Kinasaraban.
Untuk laluan yang agak popular dan menarik, pihak kami mencadangkan agar ada menggunakan laluan Kg. Pirasan-Bukit Bongol.
Anda perlu mendaftar dan membayar yuran di D Hobbit Cafe sebanyak:
- RM 3.00 (Dewasa)
- RM 1.00 (Kanak-kanak)
Anggaran pendakian adalah 4-5 jam (pergi & balik)
Starting point adalah di “D Hobbit Cafe”
Maklumat penting:
- Lokasi: Bukit Bongol
- Lokasi starting point: “D Hobbit Cafe”
- Hubungi: 012-800 9783
- Facebook Page: Bukit Bongol
2. Mount Nungkok
Lokasi hiking di Kota Belud, Sabah yang agak mencabar dengan ketinggian 1652 Meter
Perjalanan yang agak memenatkan, mencabar dan kadangkala laluan agak curam.
Namun kepuasan yang tidak dapat digambarkan apabila berjaya sampai ke puncak gunung ini.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila rujuk maklumat berikut:
Maklumat penting:
- Lokasi: Kg. Tambatuon, Kota Belud
- Hubungi: 011-1881 6987
- Facebook Page: Mount Nungkok
3. Bukit Bogung Via Purak Ogis
Untuk sampai ke puncak Bukit Bogung, anda perlu melalui pendakian sejauh 1.9 km.
Untuk turun dari pucak bukit pula adalah sejauh 3.3 km!
Laluan berbeza, pemandangan berbeza dan cabaran perjalanan yang berbeza!
Ringkas kata, penat-lelah anda sedikit sebanyak kurang dirasakan dengan keindahan alam semuladi sepanjang perjalanan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada maklumat berikut.
Maklumat Penting:
- Lokasi: Kg, Sayap, Kota Belud
- Hubungi (Whatapps/Call): 016-8051075
4. Bukit Tinjau, Kuala Abai
Bukit tinjau merupakan tempat hiking yang sesuai untuk aktiviti berkeluarga.
Trail hiking yang dijaga rapi dan tidak begitu curam sememangnya sesuai untuk anda mendaki bersama anak-anak.
Sangat sesuai didaki pada waktu petang untuk menikmati suasana senja!
Maklumat penting:
- Lokasi: Bukit Tinjau
- Facebook Page: Bukit Tinjau, Kuala Abai
5. Bukit Tunggul
Terletak di Kulambai, Kota Belud Sabah.
Namun pihak xplorexabah tidak mempunyai lokasi tepat mengenai tempat ini.
Walaubagaimanapun, ianya terletak di Kg. Kulambai, Kota Belud.
Terdapat gerai makan dan minum di starting point pendakian.
Anda boleh singgah sebentar makan dan minum di sini selepas penat dan lapar mendaki!
Maklumat penting:
- Lokasi: Kg. Kulambai, Kota Belud
6. Bukit Singkung
Dikendalikan sepenuhnya oleh Eco Camp Bayayat Kadamaian, merupakan tempat hiking menarik di Kota Belud, Sabah.
Sepanjang perjalanan anda dihidangi dengan flora fauna yang memukau, sedikit-sebanyak menghilangkan rasa penat anda.
Maklumat penting:
- Lokasi: Eco Camp Bayayat Kadamaian
- Hubungi: 019-812 2287
- Email: ecbkadamaian@gmail.com
- Facebook Page: Eco Camp Bayayat Kadamaian
7. Bukit Kagarasan
Alami suatu pendakian yang agak mencabar untuk sampai ke puncak Nulu Kagarasan.
Disebabkan tempat ini sejuk, kehadiran pacat adalah suatu yang biasa di sini.
Sesuai untuk pendaki yang inginkan laluan pendakian mencabar!
Tempat ini dikendalikan sepenuhnya oleh NariouCraft Eco Tourism.
Anda boleh rujuk maklumat penting berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: NariouCraft and Eco Tourism
- Hubungi: 016-848 8609
- Email: ncetecotourism@gmail.com
- Facebook Page: NariouCraft and Eco Tourism
8. Gunung Nopungguk
Pendakian yang amat mencabar dengan keadaan trek yang curam dan pacat sebagai peneman setia.
Terletak di Kg. Gansurai, Kota Belud.
Jarak perjalanan adalah dalam 12km (pergi dan balik).
Untuk maklumat terperinci mengenai pakej atau lokasi tempat ini, sila lihat maklumat berikut:
Maklumat penting:
- Lokasi terdekat: Kg. Gansurai, Kota Belud
- Hubungi: 016-837 9681
- Facebook Page: Mt.Nopungguk Gansurai, Kota Belud
- Laman web: mynopungguk.blogspot.com
9. Bukit Garas
Dikelolakan sepenuhnya oleh Eko Pelancongan Kg. Terintidon.
Merupakan salah satu aktiviti melibatkan pendakian yang anda boleh lakukan di Eko Pelancongan Kampung ini.
Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti seperti jungle trekking, trekking ke gua, mandi sungai dan sebagainya.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh lihat maklumat dibawah.
Maklumat penting:
- Lokasi terdekat: Eko Pelancongan KG.Terintidon
- Hubungi: 0147842114 (johny), 0198111995 (jonathan), 0146821988 (lina), 0168340421 (joly)
- Facebook Page: Eko Pelancongan KG.Terintidon Kota Belud
- Laman web: http://eko-pelancongan-kg-terintidon-kota-belud.business.site
10. Pakis Hill
Laluan yang santai dan sangat sesuai untuk didaki oleh semua peringkat umur.
Pemandangan yang agak menarik sepanjang perjalanan ke puncak!
Maklumat penting:
- Lokasi: Pakis Hill, Kg. Lingkodon
- Hubungi: 019-304 3608
- Facebook Page: Pakis Hill, Kg. Lingkodon
11. Tonibung Doluoh Trail Minonggui Hill
Lokasi bukit ini adalah bersebelahan dengan Bukit Bongol.
Laluan adalah untuk sampai ke Bukit Minonggui adalah melalui Tonibung Doluoh Trail.
Untuk maklumat lanjut, sila lihat maklumat berikut:
Maklumat penting:
- Facebook Page: Tonibung Doluoh Trail Minonggui Hill
- Hubungi (Whatsapp): 01116992946 (Ben)
12. Mt. Minodtuhan Sub Stesen Trail
Dikendalikan ole Sayap Edu-Tourism Centre.
Merupakan salah satu kawasan hiking berbukit yang agak popular.
Untuk informasi lanjut dan tempahan sila lihat maklumat penting berikut:
Maklumat penting:
- Lokasi: Kg. Sayap, Kota Belud
- Facebook Page: Sayap Edu-Tourism Centre
- Hubungi (Whatsapp): 013-936 9980
- Laman web: sayapnatoure
13. Hiking Aura Montoria
Suasana pendakian yang agak mencabar di Aura Montoria.
Alami keindahan alam semulajadi yang menakjubkan sepanjang pendakian dan jungle trekking anda di sini!
Juga merupakan menarik yang dikelolakan oleh Sayap Edu-Tourism.
Maklumat penting:
- Lokasi: Kg. Sayap, Kota Belud
- Facebook Page: Sayap Edu-Tourism Centre
- Aura Montoria Facebook: Aura Montoria
- Hubungi (Whatsapp): 013-936 9980
- Laman web: sayapnatoure
14. Badi Tompuan Kg. Pandat
Badi-Badi Tompuan, Kota Belud Sabah, menjanjikan pengalaman pendakian yang menarik dan menakjubkan bagi anda yang cintakan flora dan fauna.
Walaupun jalan agak memenatkan dan sedikit curam, namun kepuasan pastinya terasa apabila dapat sampai ke destinasi puncak bukit.
Maklumat penting:
- Lokasi Terdekat: Eko Pelancongan Kg. Pandat
- Facebook Page: Eko Pelancongan Kg. Pandat
- Hubungi (Whatsapp): 010-589 9975
15. Bukit Pinontungan Sayap
Suatu perjalanan yang agak menarik kerana kira-kanan anda dipenuhi dengan flora fauna menghijau.
Anda juga akan melalui sungai dan air terjun yang cantik dalam perjalanan ke puncak bukit.
Bagaimana jika anda mendaki bukit ini?
Anda hanya perlu berhubung dengan talian dan informasi berikut:
Maklumat penting:
- Lokasi: Bukit Pinonuntungan Trail Kg Sayap
- Facebook Page: Bukit Pinonuntungan Trail Kg Sayap
- Hubungi (Whatsapp): 017-835 1913
16. Bukit Kowatuan Sayap
Nulu Kowatuan adalah antara lokasi hiking menarik yang juga terletak di Kg. Sayap, Kota Belud Sabah.
Perjalanan menuju ke puncak amat menyeronokkan disebabkan persekitaran sepanjang perjalanan yang menarik.
Anda akan melintasi sungai dan air terjun yang cantik!
Maklumat penting:
- Lokasi: Kg. Sayap, Kota Belud
- Facebook Page: Kowatuan ECO Edu-Tourism
- Hubungi (Whatsapp): 014-284 0822
17. Bukit Kolumpisau Sayap
Lagi lokasi hiking di Kg Sayap, Kota Belud!
Anda harus menempuh perjalanan sejauh 2.6km untuk sampai ke puncak bukit Kolumpisau.
Menjanjikan trek hiking yang menarik dan pasti mencabar!
Untuk maklumat pendakian anda boleh lihat maklumat berikut:
Maklumat Penting:
- Hubungi: 012-8253549
- Facebook Page: Nuluhon Kolumpisau Kg.sayap
18. Kuminangkad WaterFall
Hiking menuju ke Air Terjun Kuminangkad sememangnya satu perjalanan yang sangat menyeronokkan.
Merupakan salah satu pakej yang ditawarkan oleh Nariou Craft Eco Tourism, Kota Belud.
Maklumat penting:
- Lokasi: NariouCraft and Eco Tourism
- Hubungi: 016-848 8609
- Email: ncetecotourism@gmail.com
- Facebook Page: NariouCraft and Eco Tourism
19. Bukit Budu Sundu
Salah satu tempat hiking terletak di Kg. Bundu Paka, Kota Belud.
Yang menariknya, Gunung Kinabalu terlihat jelas apabila anda tiba di puncak bukit ini.
Dengan syarat, anda mendaki dalam cuaca yang baik dan cerah.
Tidak ada yuran masuk dikenakan, keselamatan diri adalah tanggungjawab pedaki sendiri.
Untuk maklumat mengenai tempat ini, anda boleh rujuk maklumat berikut.
Maklumat Penting:
- Lokasi: Kg. Bundu Paka
- Facebook Page: Budu Sundu Bundu Paka
- Hubungi: 012-872421 (Norc) 011-12665268 (Morison)
20.Rekreasi Kilabi & Batu Manggoi trails
“Kilabi nama diberi, berunsurkan seekor labi-labi berwarna putih. Batu Manggoi, satu-satunya batu terbesar, tertinggi dan terpanjang di Kampung Kilabi” -dipetik dari kilabiteritidon
Mendaki ke Bukit Lokos Kilabi, Batu Manggoi dan seterusnya ke sungai Lubuk Hijau Kilabi yang jernih!
Pastinya suatu pengalaman perjalanan yang tidak dapat dilupakan!
Untuk pergi ke tempat ini, sila rujuk maklumat berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Starting Kilabi & Batu Manggoi, Kg. Terintidon
- Facebook Page: Kilabi dan Batu Manggoi Trails
- Hubungi (Whatsapp): 010-538 9513
21. Bukit Bogung Via Bundu Tohuri Trail
Bagaimana jika anda mendaki Bukit Bogung melalui Bundu Tohuri Trail?
Dikatakan trek di sini agak mencabar tetapi agak menarik!
Anda akan melalui anak sungai jernih dan air terjun.
Untuk maklumat lanjut anda boleh pergi ke laman facebook page pihak pengurusan Bukit Bogung-Bundu Tohuri.
Maklumat penting:
- Lokasi: Bundu Tohuri Trail
- Facebook Page: Bukit Bogung – Bundu Tohuri Trail
Apa pendapat anda dengan perkongsian kami?
Jika ada lagi lokasi yang kami terlepas pandang, ataupun maklumat yang kurang tepat, kami mohon supaya anda nyatakan di ruangan komen dibawah.
Terima kasih dan selamat membaca!