Senarai pantai dengan persekitaran dan pemandangan menarik di Papar, Sabah.
Mencari lokasi pantai menarik di Papar, Sabah?
Kami ada beberapa senarai pantai dengan landskap menarik yang mungkin anda belum pernah kunjungi!
Baca juga:
Jom lihat senarai kami berikut:
1. Langkah Syabas Beach Resort
Mempunyai pantai yang cantik, terjaga dan suasana pemandangan yang mempersonakan ketika senja.
Tempat ini kerap kali ditempah untuk majlis khas seperti perkahwinan, hari keluarga dan sebagainya.
Merupakan resort yang menyediakan kemudahan penginapan terbaik dengan persekitara yang menarik!
Maklumat penting:
- Lokasi: Langkah Syabas Beach Resort
- Hubungi: 088-752 000
- Facebook Page: Langkah Syabas Beach Resort
- Laman web: www.langkahsyabas.com.my
2. Pasakon Beach Camp Site
Merupakan pantai yang menarik di Papar, Sabah dan sangat popular untuk aktiviti bersama keluarga, menikmati waktu senja, berkhemah dan sebagainya.
Biasanya tempat ini merupakan tempat yang menjadi pilihan untuk aktiviti hari keluarga, aktiviti luar sekolah dan aktiviti yang melibatkan kumpulan.
Jika anda bercadang untuk berkhemah di sini anda boleh berhubung dengan pihak pengurusan melalui maklumat berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Pasakon Beach Camp Site
- Hubungi: 014-355 3095, +60105834823
- Facebook Page: Pasakon Beach Camp Site
3. Pantai Manis
Merupakan pantai awam.
Pantai Manis merupakan lokasi yang agak popular bagi penduduk setempat untuk mengambil angin, bersiar-siar dan menikmati waktu senja.
Tempat ini biasanya agak meriah menjelang petang.
Mungkin juga anda ingin “memerah keringat” berjogging di sepanjang pantai ini?
Maklumat penting:
- Lokasi: Pantai Manis
- Facebook Page: Pantai Manis, Papar
4. Pantai Telinting
Pantai Telinting mempunyai landskap yang agak menarik.
Boleh dikatakan tempat ini kurang dikenali ramai mungkin sebab tidak begitu dipomosikan.
Walaubagaimanpun, jika anda inginkan sesuatu yang “lebih” di Pantai Telinting Papar, anda boleh berhubung dengan maklumat yang kami sertakan dibawah.
Mungkin anda boleh berkayak, memancing, menjala ikan atau mendaki Bukit Kinandukan dengan pakej berpatutan yang mereka tawarkan?
Atau jika anda ingin berkunjung ke sini untuk tujuan bersiar-siar atau menikmati senja, sila klik pautan lokasi kami berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Pantai Telinting
- Hubungi: 012-827 8939
- Facebook Page: Pantai Telinting
5. Anjung Soka
Bagaimana jika anda mengunjung Anjung Soka Cafe, Papar?
Mungkin anda boleh menikmati keindahan waktu senja sambil menikmati makanan kegemaran anda di tempat ini?
Diharapkan agar pihak pengurusan Anjung Soka Cafe dapat menjaga kebersihan pantai mereka.
Maklumat penting:
- Lokasi: Anjung Soka
- Hubungi: +60128690907
- Waktu Operasi: 08:00am-09:30pm
- Facebook Page: Anjung Soka Cafe
6. Beringgis Beach Resort
Beringgis Beach Resort mempunyai dataran pantai yang agak menarik!
Pusat peranginan ini menyediakan penginapan selesa, restoran dan pelbagai kemudahan untuk pengunjung dengan harga tertentu.
Anda boleh sahaja datang ke sini untuk bersiar-siar di pantai!
Maklumat penting:
- Lokasi: Beringgis Beach Resort
- Hubungi: 088-752 333, 60168324925 (Whatsapp)
- Laman web: www.beringgisbeachresort.com
- Facebook Page: Beringgis Beach Resort
7. Melinsung Beachwalk Cafe
Pantai yang agak menarik berdepan dengan Melinsung Beachwalk Cafe.
Jika anda bercadang untuk makan petang di luar rumah, tempat ini mungkin lokasi yang sesuai.
Makan dan minum di Melinsung Beachwalk Cafe selepas puas bersiar-siar di sepanjang pantai mungkin satu idea yang baik?
Maklumat penting:
- Lokasi: Melinsung Beachwalk Cafe
- Facebook Page: Melinsung Beachwalk Cafe
8. Star Ocean Estate
Star Ocean Estate merupakan lokasi peranginan menarik di Papar, Sabah dengan landskap pantai yang mengagumkan.
Jika anda bercadang inginkan tempat tinggal yang selesa, waktu yang panjang bersiar-siar di pantai, maka di sini mungkin lokasi yang sesuai.
Pelbagai aktiviti dengan kadar tertentu di sini termasuklah menunggang ATV di sepanjang pantai, berkhemah, kayak dan banyak lagi.
Maklumat penting:
- Lokasi: Star Ocean Estate
- Hubungi: 011-33022525, 019-8882808
- Facebook Page: Star Ocean Estate
9. Seaside Travellers Inn
Seaside Travellers Inn mempunyai pemandangan senja yang agak menarik!
Seperti Star Ocean Estate, tempat ini menyediakan penginapan selesa untuk pengunjung dan lengkap dengan restoran.
Anda tidak perlu pergi ke restoran berhampiran untuk mengalas perut!
Maklumat penting:
- Lokasi: Seaside Travellers Inn
- Hubungi: 088-750 555
- Laman web: www.seasidetravellersinn.com.my
- Facebook Page: Seaside Travellers Inn
10. Cabana Cafe
Bagaimana jika anda mencuba menu makanan di sini?
Tempat ini mempunyai pemandangan pantai yang agak menarik, namun kurang dikenali ramai.
Jika anda ingin bersiar-siar di pantai ini, maklumat berikut mungkin berguna untuk anda.
Maklumat penting:
- Lokasi: Cabana Cafe
- Hubungi: +6088752333
- Waktu Operasi: 07:00am-12:00pm
- Facebook Page: Cabana Cafe
Apa pendapat anda tentang perkongsian kami?
Jika ada pantai menarik di Papar, Sabah yang belum disenaraikan, anda boleh nyatakan di ruangan komen.
Terima kasih!