Lokasi dan infomasi tempat hiking yang menarik di sekitar Keningau Sabah.
Cuti hujung minggu kadangkala membosankan.
Apatah lagi jika hanya terperap di rumah dan menonton televisyen.
Bagaimana jika anda memanaskan badan dengan aktiviti hiking?
Sebenarnya banyak tempat hiking di Keningau yang mungkin anda belum tahu.
Jom baca senarai tempat hiking yang menarik di sekitar Keningau, Sabah.
Mungkin anda berminat untuk mencubanya?
Mendaki bersama keluarga dan anak-anak pasti seronok disamping menjaga stamina badan anda!
1. Bukit Trig Apin Apin
Pendakian melalui jaluran puncak bukit yang menyeronokkan.
Kiri dan kanan anda dipenuhi dengan pokok-pokok rendah yang menarik.
Menjanjikan pendakian yang agak santai dan tidaklah begitu memenatkan kerana anda leka dengan tumbuh-tumbuhan hijau di sekeliling.
Maklumat Penting:
- Lokasi: Bukit Trig, Apin-Apin
- Facebook Page: Bukit Trig
- Messenger: BukitTrig
2 . Bukit Lugas, Apin-Apin
Bukit yang agak mencabar untuk didaki.
Kiri dan kanan bukit agak curam.
Bagi anda yang murah berasa gayat, mungkin tidak sesuai untuk mendaki di tempat ini.
Maklumat Penting:
- Lokasi: Bukit Lugas
- Facebook Page: Bukit Lugas, Apin-Apin
3. Chanang Hill
Pendakian sejauh 4km mungkin agak mencabar di sini.
Sebelum mendaki, anda perlu mendaftar dan yuran masuk sebanyak RM3.oo seorang.
Yuran untuk guide pula adalah rm20.o0 untuk satu kumpulan.
Perjalanan adalah melalui ladang kelapa sawit dan getah sebelum sampai ke destinasi.
Ada baiknya anda menghubungi pihak pengurusan Chanang Hill sebelum mendaki untuk maklumat lanjut dan tempahan.
Maklumat penting
- Lokasi: Chanang Hill, Keningau
- Hubungi (Messenger): Chanang Hill
- Facebook: Chanang Hill
4. Bukit Mantaoi
Tempat hiking yang agak popular di Keningau, Sabah.
Menyediakan beberapa laluan untuk pendaki.
Sangat sesuai untuk pendakian bersama keluarga dan kanak-kanak kerana trek yang selamat dan tidak begitu curam.
Buat masa kini, kanak-kanak belum dibenarkan untuk mendaki (SOP PKPP).
Maklumat penting:
- Lokasi: Bukit Mantanoi
- Yuran Masuk: RM3.00 (Dewasa), RM2.00(Pelajar)
- Hubungi: 01130917962
- Facebook Page: Bukit Mantanoi
5.Gunung Trusmadi Via Apin-Apin
Gunung Trusmadi adalah puncak kedua tertinggi di Sabah dan menjanjikan penndakian yang agak nostaglic.
Pendakian adalah sejauh 4.3km daripada basecamp ke puncak Trusmadi.
Rasa penat anda pasti kurang dirasakan dengan persekitaran perjalanan yang mengagumkan, kiri-kanan hutan yang belum terusik.
Walaubagaimanapun, anda perlu menggunakan pakaian yang bersesuaian disebabkan anda perlu “bermesra” dengan pacat sepanjang pendakian.
Untuk informasi explorasi dan tempahan di Gunung Trusmadi, sila rujuk maklumat berikut:
Maklumat Penting:
- Hubungi: 014-3659528 (Stephanie J.)
- Facebook Page: Mount Trusmadi
6. Bukit Donguan
Antara bukit yang agak terkenal di Apin-Apin Keningau, Sabah.
Berdekatan dengan Bukit Mantanoi.
Agak popular namun pendakian adalah sedikit mencabar.
Anda dinasihatkan mendaki seawal jam 6 pagi untuk mengelakkan daripada matahari yang panas terik menjelang pukul 9.00 dan keatas.
Berikut merupakan waktu pendakian Bukit Donguan:
- Waktu operasi: 6.00 am hingga 5.00pm
Maklumat penting:
- Lokasi: Bukit Donguan
- Facebook Page: Bukit Donguan
- Hubungi: 012-806 4889
7. Bukit Indah
Laluan yang agak mencabar di hutan simpan Kimanis.
Menjanjikan pendakian yang agak menarik dan tidak membosankan.
Trek laluan terlindung dari panas matahari dan tidak begitu panas walaupun pada waktu tengahari.
Untuk maklumat lanjut dan rancangan untuk mendaki, sila lihat maklumat berikut:
Maklumat penting:
- Lokasi: Bukit Indah
- Hubungi: 017-863 4987
- Messenger: Bukit Indah
- Facebook page: Bukit Indah
8. Bukit Janda
Tempat hiking di Apin-apin berhampiran dengan Bukit Trig, Keningau.
Hanya sesuai untuk orang dewasa sahaja disebabkan pendakian yang agak mencabar, kiri-kanan trek agak curam!
Maklumat Penting
- Lokasi: Apin-Apin, Keningau
9. Bukit Selomitha
Bukit Selomitha terletak di Kg. Kitung, Keningau,10KM dari pusat bandar.
Antara yg menarik adalah air terjun, mendaki bukit Selomitha, panorama hutan asli dan pemandangan luas mata memandang dari atas bukit.
Panjang trek mengambil masa 1 jam hgga 2 jam bgantung kepada kelajuan peserta.
Maklumat Penting:
- Lokasi: Bukit Selomitha Hiking Trail & Recreation
- Facebook page: Bukit Selomitha Hiking Trail & Recreation
- Waktu operasi: 08:00am-05:00pm
- Hubungi: 011-2662 8878
10. Kulanga Hills
Kulanga Hills menjanjikan pemandangan menarik taktala anda berjaya menawan puncaknya!
Tempat hiking yang santai namun pasti mengeluarkan peluh jantan anda.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 35 minit.
Pendakian terbaik adalah pada waktu awal pagi dan petang.
Pemandangan sekitar pekan Keningau yang pastinya memukau dengan sinaran mentari senja yang keemasan.
Maklumat Penting:
- Lokasi: Bukit Kulanga
- Facebook page: Kulanga Hills Keningau
- Waktu operasi: 09:00am-05:00pm
- Hubungi: 013-830 8968
- Yuran masuk: RM5.00
- Tempat Pendaftaran: Puncak Bukit Kulanga
11. Kosimbut Hill
Berita baik untuk penggemar hiking di dareah kecil Sook, Kosimbut Hill adalah lokasi hiking dengan panorama menarik terutamanya pada waktu matahari terbit dan terbenam.
Bukit dengan ketinggian 534 meter serta jarak perjalanan sejauh 1.7km pasti memberikan pengalaman baharu untuk anda.
Jom perah keringat anda di sini!
Maklumat Penting:
- Lokasi: Kosimbut Hill
- Facebook page: Kosimbut Hill
- Waktu operasi: 09:00am-05:00pm
- Hubungi: 012-865 7664
- Whatapps: Kosimbut Hill Admin
- Yuran masuk: RM3.00
- Sijil: RM5.00
Bagaimana dengan perkongsian kami?
Jika ada lagi tempat hiking yang tidak tersenarai, sila nyatakan tempat tersebut dalam ruangan komen.
Kami alu-alukan senarai tempat hiking menarik di Keningau, Sabah yang lengkap dengan gambar, nombor untuk dihubungi dan lokasi.
Anda boleh hubungi kami di:
- Hubungi: exploresabah