Lokasi dan informasi lengkap terbaru, senarai sungai untuk rekreasi dan mandi-manda di Papar, Sabah!
Mandi sungai papar!
Papar terkenal dengan landskap sungai yang cantik, jernih dengan persekitaran alam flora fauna yang mengagumkan.
Baca juga:
Tidak hairanlah daerah Papar menjadi destinasi pengunjung untuk bermandi-manda terutama pada hujung minggu.
oh, ya!
Jika anda mencari penginapan keluarga di Papar, kami sediakan senarai terbaru untuk anda!
Sila ke pautan berikut:
Jom kita lihat senarai sungai yang popular dan terbaik untuk aktiviti riadah dan mandi manda di Papar, Sabah!
1. Mandalipau White Water View & Fishpond
Merupakan sungai untuk bermandi-manda yang sangat popular di Papar, Sabah.
Berkelah, memancing di tasik dan berkhemah adalah antara aktiviti di Mandalipau White Water View & Fishpond.
Pelbagai kemudahan disediakan seperti tempat bbq, pondok rehat dan sebagainya.
Yang menariknya anda berpeluang bermandi-manda dan menaiki rakit di sungai ini.
Pastinya suatu pengalaman baru bagi anda yang pertama kali mengunjungi tempat ini.
Anda perlu berhati-hati kerana sungai ini agak dalam.
Walaupun pihak pengurusan sentiasa memantau keselamatan pengunjung di sini, anda juga perlu berhati-hati terutamanya jika mandi bersama anak-anak.
Maklumat penting:
- Lokasi: Mandalipau White Water View & Fishpond
- Facebook Page: Mandalipau White Water View & Fishpond
- Hubungi: 013-879 0994
- Waktu Operasi: 08:00 pagi hingga 05.00 petang
2. Hidden Paradise Resort
Hidden Paradise Resort merupakan satu pusat peranginan tepi sungai yang sangat menarik dan agak popular di Papar.
Suasana persekitaran tempat ini sememangnya layak diberikan taraf “5 star” disebabkan keunikannya yang tersendiri.
Dengan mengekalkan konsep alam sekitar, tempat penginapan yang dibina sesuai dengan landskap persekitaran!
Menyediakan pakej penginapan terbaik, makanan, pelbagai aktiviti seperti berkayak, mandi sungai dan sebagainya!
Jika anda berminat untuk mengunjungi tempat ini, sila lihat maklumat berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Hidden Paradise Resort
- Facebook Page: Hidden Paradise Resort
- Hubungi: 011-1604 8010, 011-16628010, 011-16038010, 011-10996480
3. AA Campsite Kg. Bolotikon
Jika anda bercadang untuk berkhemah, bermandi-manda dan berkelah, AA Campsite merupakan tempat yang paling sesuai.
Kawasan sungai yang luas, jernih dan tidak begitu dalam amat sesuai untuk aktiviti mandi-manda bersama keluarga.
Makan tengahari dan barbeku di sini? mungkin suatu idea yang menarik!
Maklumat penting:
- Lokasi: AA Campsite kg Bolotikon Papar
- Facebook Page: AA Campsite kg Bolotikon Papar
- Hubungi: 012-827 4485
- Email: evelynlijunin@yahoo.com.my
- Waktu Operasi: 09:00 pagi – 05:00 petang
4. My Nurul Homestay
Homestay yang agak menarik kerana berhampiran dengan sungai yang jernih.
Walaubagaimanapun, sungai di sini agak dalam dan tidak sesuai untuk pengunjung yang tidak tahu berenang.
Anda boleh berakit, berenang dan berkayak di sini!
Disebabkan sungai yang agak dalam, maka kolam mandi yang cukup luas disediakan untuk anak-anak anda berseronok!
Maklumat penting:
- Lokasi: My Nurul Homestay
- Facebook Page: My Nurul Homestay
- Hubungi: 017-705 3872
- Laman Web: mynurulhomestay.blogspot.com
5. Tagal Dolungan Sumbiling Kg Kinolosodon Ulu Kimanis
Tagal Dolungan Sumbiling terletak di Ulu Kimanis Papar, Sabah.
Merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk aktiviti berkelah dan mandi-manda.
Sungai yang sangat sesuai untuk mandi-manda semua peringkat umur kerana sungai yang agak cetek dan selamat.
Berikut merupakan yuran masuk yang dikenakan oleh pihak pengurusan:
- 13thn ke atas: RM3
- 10 thn hingga 12 thn: RM1
- Pelancongan asing 13 thn ke atas: RM5
- Pelancong Asing 10 thn hingga 12 thn: RM3
Maklumat penting:
- Lokasi: Tagal Dolungan Sumbiling
- Facebook Page: Tagal Dolungan Sumbiling
- Hubungi: Pn. Cecelia (0198518924 / 0198955039), Pn. Derina (01133887950) En. Ben (0109578360)
6. Kimanis Kinolosodon Sumbiling Camp
Kem Kimanis Kinolosodon Sumbiling merupakan salah satu tempat menarik untuk aktiviti bersama keluarga seperti berkelah, barbeku dan bermandi-manda.
Sungai Kinolosodon yang agak jernih dan cetek sememangnya sangat sesuai untuk aktiviti mandi-manda semua peringkat umur.
Antara aktiviti di tempat ini ialah:
- Memberi makanan kepada ikan di sungai
- Jungle trekking ke Gua Kelawar
- Camping ground
- Rekreasi keluarga
Bagaimana jika anda bermalam di sini dan tidur di dalam khemah?
Mandi sungai, masak tepi sungai, duduk di tepi unggun api, sememangnya suatu pengalaman yang sukar dilupakan!
Maklumat penting:
- Lokasi: Kimanis Kinolosodon Sumbiling Camp
- Facebook Page: Kimanis Kinolosodon Sumbiling Camp
- Hubungi: 019-547 7524
Apa pendapat anda tentang sungai untuk mandi-manda di Papar, Sabah?
Jika ada sungai menarik yang tidak tersenarai, kami mohon agar anda nyatakan sungai tersebut di ruangan komen.
Jika anda perlukan penginapan di sekitar daerah Papar, kemudahan berikut pasti berguna untuk anda!
Gunakan menu carian penginapan dari Agoda dengan tawaran harga termurah berikut: