Senarai pantai dengan panorama senja yang indah di Kota Belud, Sabah.
Anda bercadang berkunjung ke Sabah?
Jadikan Kota Belud sebagai salah satu destinasi pelancongan anda.
Tidak dinafikan bahawa Daerah Kota Belud terkenal dengan pantai yang agak menarik dengan pasir yang putih berkilauan!
Jom lihat senarai pantai yang popular dan sering dikunjungi di Kota Belud, Sabah.
1. Cabana Retreat
Cabana Retreat mempunyai landskap pantai dan persekitaran yang indah dan mengagumkan.
Tempat yang agak ekslusif dengan kemudahan penginapan unik.
Cabana Retreat adalah pusat peranginan yang sering dilawati di Kota Belud, Sabah.
Untuk penerangan lanjut anda boleh pergi ke laman web dan facebook page Cabana Retreat berikut:
Maklumat penting:
- Lokasi: Cabana Retreat
- Hubungi: 013-885 0903
- Facebook page: Cabana Retreat
- Laman web: www.cabanaretreat.com
2. Dragon Pearl Beach Resort
Pantai yang sangat sesuai untuk aktiviti mandi-manda semua peringkat umur.
Bercuti bersama rakan-rakan dan keluarga di lokasi ini mungkin suatu idea yang bagus?
Alami pengalaman pemandangan senja yang mempersonakan di Pantai Dragon Beach Resort Kota Belud, Sabah!
Untuk tempahan dan maklumat lanjut anda boleh pergi ke pautan berikut atau menghubungi nombor yang kami sertakan.
Maklumat penting:
- Lokasi: Dragon Pearl Beach Resort
- Hubungi: +6011-27023145 atau +6013-8589336
- Facebook Group: Dragon Pearl Beach Resort
- Facebook Page: Dragon Pearl Beach Resort
3. The Haven Beachfront
Pemandangan senja yang mengagumkan di The Haven Beachfront.
Dengan pantai yang bersih, cantik dan mempersona, anda juga boleh menginap di chalet berhadapan dengan pantai!
Bayangkan anda sedang duduk di beranda chalet sambi menghayati senjakala dengan secawan kopi panas!
Untuk informasi lanjut dan menempah tempat ini sila lihat maklumat berikut:
Maklumat penting:
- Lokasi: The Haven Beachfront
- Hubungi: 017-832 2295
- Facebook page: The Haven Beachfront
4. Pantai Rangbulan
Pantai Rangbulan, lokasi yang tidak asing lagi bagi penduduk setempat di Kota Belud, Sabah.
Pantai yang sangat indah ini sentiasa menjadi lokasi yang dikunjungi hampir setiap hari.
Tambahan lagi, terdapat restoran makanan berdepan dengan pantai sekaligus menjadikan Pantai Rangbulan agak popular.
Destinasi terbaik untuk makan malam sambil menikmati keindahan matahari senja!
Maklumat penting:
- Lokasi: Pantai Rangbulan
- Hubungi: 014-558 5007
- Facebook page: Pantai Rangbulan
5. Usukan Cove Lodge
Usukan Cove Lodge merupakan salah satu pusat peranginan yang mempunyai pantai yang cantik.
Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini sekiranya anda menempah pakej yang disediakan oleh pihak pengurusan.
Ianya termasuklah menaiki feri ke pulau tedekat, berkayak, snorkeling dan banyak lagi.
Anda boleh sahaja menginap di sini jika tidak bercadang untuk menempah pakej khas.
Di sini anda boleh sahaja berkayak, mandi-manda atau paling tidak pun, duduk termenung menikmati suasana bunyi ombak dan panorama yang menarik.
Jika anda berminat dengan tempat ini, sila hubungi maklumat berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Usukan Cove Lodge
- Hubungi: 016-832 1248, 016-832 0369, 016-837 2000, 016-832 1418
- Facebook page: Usukan Cove Lodge
6. DRB Nanamun Beach
Pantai Nanamun merupakan pantai tumpuan ramai terutama pada waktu petang sama ada untuk bersiar-siar dan mandi manda.
Sesiapa yang pernah pergi ke sini pasti mengagumi keindahan suasana terutama pada waktu senja.
Terdapat juga pakej khas untuk aktiviti menarik yang dianjurkan oleh pihak DRB Nanamun Beach.
Pantai Nanamun juga menyediakan kemudahan “mini chalet” bagi mereka yang bercadang untuk bermalam di sini.
Mungkin chalet unik ini kegemaran anda?
Maklumat penting:
- Lokasi: DRB Nanamun Beach
- Hubungi: 010-9344740, 016-8545384, 013-5536960
- Facebook page: DRB Nanamun Beach
7. 3H Sunset Beach
3H Sunset Beach, terletak di Kg. Nanamun Kota Belud, Sabah.
Merupakan tempat rekreasi yang menyediakan pondok rehat untuk kemudahan awam.
Antara pantai terbaik di Kota Belud untuk melihat keindahan matahari “sunset“!
Maklumat penting:
- Lokasi: 3H Sunset Beach
- Hubungi: 012-8342020, 011-26774676
- Laman web: 3hsunsetbeach.business.site
8. Blue Bay Beach Club
Cantik, memukau dan luas!
Pelagai kemudahan disediakan dan tempat terbaik untuk meghiburkan anak-anak anda!
Untuk maklumat lanjut tentang pakej, aktiviti anda boleh whatsapp talian berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Blue Bay Beach Club
- Hubungi: 014-3501812, 012-8853435, 016-3661278
- Facebook Page: Blue Bay Beach Club
9. Ded’saan Beach Village
Pusat peranginan yang menyediakan pakej penginapan!
Bermandi-manda, bersiar-siar dan menikmati senja secara “maksimum” dengan menginap di Ded’saan Beach Village!
Informasi berikut mungkin berguna untuk anda!
Maklumat penting:
- Lokasi: Dèdsaan Beach Village
- Hubungi: 010-961 6838
- Facebook Page: Dèdsaan Beach Village
10. Aura Raudha Village Beach
AURA Raydhah Village, satu lagi lokasi pantai menarik di Kg Rampayan Laut, Kota Belud.
Yang menariknya, pihak pengurusan menawarkan pelbagai pakej untuk pengunjung antaranya ialah:
- Penginapan
- Berkhemah
- Majlis keluarga
- Katering
- Melihat kelip-kelip malam
- Melihat Proboscis Monkey berdekatan
Anda boleh sahaja datang ke sini untuk mengambil angin, bersiar-siar atau menikmati keindahan senjakala!
Maklumat penting:
- Lokasi: AURA Raudhah Village
- Hubungi: 013-885 5960
- Facebook Page: AURA Raudhah Village
11. Pantai Emas
Pantai awam yang sangat popular terletak di Kg. Pantai Emas, Kota Belud.
Sering dikunjungi oleh penduduk setempat dan sememangnya dinobatkan sebagai pantai dengan panoarama indah keemasan pada waktu senja!
Untuk mengunjungi tempat ini, panduan lokasi berikut mungkin berguna untuk anda!
Maklumat penting:
- Lokasi: Pantai Emas, Kota Belud
Apa pendapat anda dengan perkongsian kami?
Jika ada lagi pantai menarik di sekitar Kota Belud yang tidak tersenarai, anda boleh nyatakan pada bahagian komen.
Terima kasih kerana bersama kami!