Terbang bebas seperti burung selama 7 hingga 15 minit Paragliding Di Ranau, Sabah.
Jika anda tercari-cari lokasi paragliding terbaik, Daerah Ranau merupakan salah satu darinya!
Dengan hanya kos bermula daripada RM150, Anda kini boleh terbang dan melihat pemandangan menarik dari angkasa!
Anda teruja dan ingin tahu lebih lanjut?
Kami sediakan maklumat terperinci untuk anda!
Bagaimana cara ke Ranau?
Jika anda penduduk Sabah, rasanya tiada masalah untuk anda sampai ke Ranau, Sabah
Dengan kenderaan sendiri dan google maps sudah mencukupi.
Jika anda mungkin dari luar negeri, paling mudah adalah dengan menggunakan kereta sewa.
Dengan memandu kereta sewa dan google maps, pasti mudah untuk anda!
Lagipun perjalanan anda bebas dan dikawal sepenuhnya oleh anda!
Jika anda ingin menyewa kereta, informasi berikut mungkin berguna:
Pakej Kereta Sewa 1:
- Hubungi: 017-8989635
- Facebook page: Kereta Sewa Murah Kota Kinabalu Sabah
Pakej Kereta Sewa 2:
- Hubungi: 013-8680176
- Facebook page: Kereta Sewa Kota Kinabalu
Pakej Kereta Sewa 3:
- Hubungi: 010-9444956
- Facebook page: Kereta Sewa Kota Kinabalu
Pakej Kereta Sewa 4:
- Hubungi: 014-5639699
- Facebook page: Kereta Sewa Kota Kinabalu
Harga semasa paragliding
Terdapat 3 syarikat yang menguruskan serta menawarkan pakej aktiviti lasak ini iaitu:
- Ranau Borneo Paragliding
- Ranau Lohan Paragliding Valley
- Ranau Paragliding
Harga yang ditawarkan adalah bermula daripada RM150 hingga RM220 bergantung pada jumlah peserta.
Tempahan
Anda perlu menghubungi pihak pengurusan yang menawarkan pakej terlebih dahulu.
Biasanya tempahan perlu dibuat sehari sebelum anda ingin melakukan aktiviti “terbang” ini.
Pakaian & Kelengkapan
Pastikan anda memakai kasut, berseluar panjang dan atau berpakaian sukan.
Pakaian yang sesuai adalah penting untuk keselamatan, elakkan memakai skirt, seluar pendek dan selipar.
Tempat Pendaftaran
Pendaftaran adalah di sekitar Kompleks Sukan Ranau.
Untuk panduan lokasi sila klik pautan berikut:
Pendaftaran bagi Ranau Lohan Paragliding Valley &
Ranau Paragliding:
- Lokasi: Kompleks Sukan Ranau
Pendaftaran bagi Ranau Borneo Paragliding:
- Lokasi:Ranau Borneo Paragliding
Tempat Berlepas
Anda akan menaiki kereta pacuan 4 roda yang disediakan oleh pihak pengurusan pakej masing-masing.
Anda akan dibawa ke tapak penerbangan yang terletak di atas bukit.
Waktu Berlepas
Waktu pelepasan adalah seawal jam 10.00 pagi dimana waktu inilah tiupan angin dalam keadaan baik dan sesuai untuk penerbangan.
Namun begitu, anda perlu datang seawal yang mungkin untuk mengisi borang-borang berkaitan.
“Datang awal, terbang awal”
Semasa Penerbangan
Anda tidak perlu risau, kerana anda akan ditemani oleh “pilot” berpengalaman dan memandu arah anda!
Anda hanya perlu mengawal kamera “GoPro” anda.
Sudah pasti anda ingin mengabadikan saat-saat berada di udara! Mungkin pengalaman termanis anda?
Anda boleh menyewa kamera Gopro dengan pengurus pakej anda!
Sila maklumkan kepada mereka semasa membuat tempahan.
Agensi Pengurusan Paragliding Di Ranau
Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 agensi paragliding di Ranau yang terlibat dalam menguruskan “penerbangan” atau aktiviti ekstrem ini iaitu:
- Ranau Borneo Paragliding
- Ranau Lohan Paragliding Valley
- Ranau Paragliding
Anda hanya perlu tentukan syarikat “penerbangan” untuk anda!
Jom kita lihat pula tawaran untuk setiap syarikat tandem paragliding ini:
1. Ranau Borneo Paragliding
Ranau Borneo Paragliding menawarkan promosi untuk anda yang berminat “terbang”! dengan anggaran ketinggian 870 kaki.
Promosi RM160 untuk minimum 2 peserta bermula hari ini, 29 Julai 2020 hingga 31 Ogos 2020 sahaja.
Walaubagaimanapun, jika anda telah membuat tempahan sebelum 31 Ogos, anda boleh mendapat harga promosi walaupun bercadang untuk “terbang” selepas 31 Ogos 2020.
Promosi adalah termasuk sewa kamera GoPro.
Maklumat penting:
- Facebook page: Ranau Borneo Paragliding
- Harga Pakej: RM180 (Termasuk sewa kamera GoPro)
- Lokasi: Ranau Borneo Paragliding
- Hubungi (Tempahan): 017-3883112
- Waktu operasi: 09:00am- 04:00pm
- Masa di udara: 7 hingga 15 minit
- Tempat mendarat: Ranau Paragliding Park atau bergantung kepada “pilot” anda
2. Ranau Lohan Paragliding Valley
Lohan Paragliding Adventure juga menawarkan dengan harga yang sama seperti Borneo Adventure.
Tempat pertemuan atau pendaftaran adalah di Kompleks Sukan Ranau, Jalan Lohan Bongkud.
Lokasi pendaratan pula bergantung kepada “angin”. Jika boleh, “pilot” akan membawa anda mendarat di tempat anda berlepas tadi.
Tempat mendarat lain adalah di kampung berdekatan.
Kenderaan pacuan 4 roda pihak pengurusan pakej akan “mengambil” anda dan “pilot” di sana.
Diingatkan, anda perlu membuat tempahan sehari sebelum tarikh “penerbangan” anda!
Maklumat penting:
- Facebook page: Ranau Lohan Paragliding Valley
- Harga Pakej: RM180 (Termasuk sewa kamera GoPro)
- Lokasi: Ranau Lohan Paragliding Valley
- Hubungi (Tempahan): 011-1523 1253
- Waktu operasi: 09:00am-05:00pm
- Masa di udara: 7 hingga 15 minit
- Tempat mendarat: Kampung berdekatan atau bergantung kepada “pilot” anda
3. Ranau Paragliding
Terbang Tandem Paragliding di Ranau.
Ketinggian 870 kaki dari tapak pendaratan.
Tempat pertemuan di tempat letak kereta Kompleks Sukan Ranau.
Bayaran penuh hendaklah dibuat setelah menetapkan tarikh dan masa utk melakukan aktiviti.
Sekiranya cuaca tidak membolehkan aktiviti utk dilakukan pada tarikh yg dipilih, bayaran penuh akan dikembalikan atau peserta boleh menangguhkan aktiviti ke tarikh yang lain.
Semua peserta dinasihatkan supaya memakai kasut sukan dan berseluar panjang.
Tambahan RM30 seorang jika ingin merakamkan video dgn kamera GoPro resolusi tinggi.
Sediakan ruang sekurang-kurangnya 2GB di telefon bimbit anda untuk anda menyimpan file video ini nanti.
Maklumat penting:
- Facebook page: Ranau Paragliding
- Harga Pakej: RM150 (Tambahan RM30 untuk sewa kamera GoPro)
- Pakej Bukan Warganegara: RM220
- Lokasi: Ranau Paragliding
- Hubungi (Tempahan): 013-8650545
- Waktu operasi: 10:00am- 03:00pm
- Masa di udara: 7 hingga 15 minit
- Tempat mendarat: Ranau Paragliding Park
Adakah panduan ini mencukupi?
Jika ada kekurangan, sila kemukakan pada bahagian komen.
Kami akan kemaskini lagi artikel ini!