Senarai pulau di Kota Belud, Sabah dengan landskap menarik dan fenomena blue tears yang mengagumkan!
Anda mencari pulau terdekat di Kota Belud?
Kota belud merupakan salah satu daerah di Sabah, terletak lebih kurang 70km daripada Bandaraya Kota Kinabalu.
Terdapat 2 pulau di daerah ini yang agak popular dan merupakan lokasi yang sering dikunjungi pelancong.
Pulau ini terkenal dengan aktiviti snorkeling dan diving disebabkan airnya yang sangat jernih!
- Baca juga: 7 Alat Snorkeling Terbaik Malaysia 2024
Jom kita lihat senarai pulau di Kota Belud iaitu, Pulau Mantanani dan Pandan-Pandan.
1. Pulau Mantanani
Pulau Mantanani merupakan pulau yang terkenal di Sabah!
Terletak di Kota Belud, pulau ini merupakan destinasi wajib bagi kebanyakan pelancong darpada dalam dan luar negara!
Apa aktiviti utama di sini?
Snorkeling, melihat sinar biru pada waktu malam, bersiar-siar di pantai yang menarik dan mempersona, bermandi manda, fotografi dan banyak lagi!
Sebenarnya ada beberapa pusat peranginan di Pulau Mantanani ini.
Jika anda inginkan penginapan dan suasana yang menarik, ada beberapa resort yang mungkin sesuai untuk anda.
Terdapat juga pakej bajet murah yang agak berbaloi untuk anda kerana di Pulau Mantanani terdapat chalet dan juga homestay yang agak menjimatkan duit poket anda.
Untuk keselamatan anda dan juga memudahkan anda, pihak xploresabah mencadangkan agar anda membuat tempahan “jenis pakej” jika bercadang untuk mengunjungi pulau ini.
Maklumat berikut mungkin berguna untuk anda membuat tempahan:
Sutera At Mantanani Island
Harga pakej bermula daripada RM350 untuk seorang pengunjung.
- Lokasi: Sutera At Mantanani
- Facebook page: Sutera At Mantanani
- Laman web: www.suteraatmantanani.com
- Tempahan dan promosi: www.suteraatmantanani.com
- Hubungi: 088-303870, 088-317617
Rasa Sayang Mantanani Dive resort
Harga bermula daripada RM150 untuk seorang pengunjung untuk pakej 2 hari 1 malam!
Serta RM80 untuk daytrip daripada jeti di Kota Belud.
Untuk informasi selanjutnya, sila rujuk maklumat berikut:
- Lokasi: Rasa Sayang Mantanani Dive Resort
- Facebook page: Rasa Sayang Mantanani Dive Resort
- Hubungi: 017-811 3211
Pakej Pulau Mantanani Murah
Hanya RM85 (Pakej Kelip-kelip) seorang untuk dayrtip bermula daripada jeti Kota Belud.
Pakej 2 hari 1 malam (homestay) bermula daripada RM415 untuk seorang pengunjung.
Untuk keterangan lanjut sila rujuk maklumat berikut:
- Facebook page: Pakej Pulau Mantanani Murah
- Hubungi(whatsapp): 0143650408
Pakej Bajet Sabah
Daytrip bermula daripada RM120 seorang.
Pakej 2 hari 1 Malam (chalet) pula bermula daripada RM199 untuk family room, manakala RM299 untuk private room.
untuk informasi dan tempahan sila rujuk maklumat berikut:
- Facebook page: Pakej Bajet Sabah
- Hubungi: 014-718 9240
Mantanani Dream Holidays Sdn Bhd
Mantanani Dream Holiday menawarkan pakej 2 hari 1 malam terbaik iaitu RM200 untuk setiap pengunjung!
Pakej termasuk makan, penginapan, aktiviti snokerling, barbeku dan diving!
- Lokasi: Mantanani Dream Resort
- Facebook page: Mantanani Dream Holidays
- Hubungi: 016-8243731
2. Pulau Pandan-Pandan
Diving dan snorkeling bersama pelbagai spesis ikan di Pulau Pandan-Pandan!
Pulau Pandan-Pandan merupakan antara pulau yang menarik di Kota Belud Sabah!
Usukan Cove Lodge merupakan satu-satunya agensi pelancongan yang menawarkan pakej menarik ke Pulau Pandan-Pandan Kota Belud, Sabah!
Yang menariknya, pakej ke pulau ini agaklah berbaloi dan murah!
Dengan RM99 sahaja, anda boleh merasai semua keseronokan termasuklah trip ke Pulau Pandan-Pandan, Snokerling 2 kali, menaiki banana boat dan berkayak!
Jika anda ingin merasai panorama senja yang menggamit kenangan, pihak Usukan Cove Lodge juga ada menawarkan pakej penginapan terbaik!
Penginapan adalah serendah RM299 untuk 2 orang pengunjung, termasuk dalam pakej 2 hari 1 malam melibatkan aktiviti berikut:
- Penginapan
- Makan dan minum
- Banana Boat
- Snorkeling
- Berkayak
Anda berminat ? Terus sahaja hubungi maklumat berikut:
- Lokasi: Usukan Cove Lodge
- Facebook page: Usukan Cove Lodge
- Hubungi: 016-8320369, 016-8372000, 016-8321248, 016-8321418
Bagaimana dengan perkongsian kami?
Kongsi pengalaman anda berada di Pulau Kota Belud, Sabah dalam ruangan komen berikut!