Pulau di Kota Kinabalu Sabah dengan suasana yang indah dengan pantai yang
Inginkan senarai lengkap pulau-pulau di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu?
Pulau menarik untuk aktiviti snorkeling bersama keluarga atau rakan anda?
- Baca juga: 7 Alat Snorkeling Terbaik Malaysia 2024
Kami sediakan lokasi pulau, bagaimana cara untuk ke pulau, cadangan penginapan dan juga ejen pelancongan yang berpengalaman untuk mudahkan perancangan anda ke pulau-pulau di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.
Jom lihat senarai pulau berikut:
1. Pulau Manukan
Merupakan antara pulau yang terdapat di Taman Tunku Abdul Rahman, Sabah.
Merupakan pulau yang cantik dengan air laut yang jernih!
Untuk berkunjung ke pulau ini, anda perlu menaiki feri dengan mendapatkan tiket di Jesselton Point Ferry Terminal
- Lokasi: Jesselton Point Ferry Terminal
- Facebook Page: Jesselton Point Ferry Terminal
- Hubungi: 088-240709, 088-243708
- Laman web: jesseltonpoint.com.my
Kemudian anda boleh menghabiskan masa berjalan-jalan di pulau ini, bermandi-manda dan sebagainya!
Untuk memaksimakan keseronokan anda di pulau ini, ada baiknya anda menempah penginapan yang ada d sini.
Sutera Sanctuary Lodges menawarkan penginapan kelas tinggi yang agak murah!
Terletak berhampiran dengan Jeti Pulau Manukan, Sabah
Jangan lepaskan peluang ini!
Maklumat penginapan di Pulau Manukan:
- Lokasi: Sutera Sanctuary Lodges
- Facebook page: Sutera Sanctuary Lodges
- Hubungi: 0154-876 1800
- Waktu operasi: 09:00am-05:30pm
- Laman web: suterasanctuarylodges.com.my
Jika anda inginkan menempah pakej penuh seperti kemudahan penginapan, pelbagai aktiviti dan juga pengangkutan anda boleh menggunakan khidmat syarikat pelancongan tempatan seperti berikut:
Maklumat pakej lengkap Pulau Manukan:
- Facebook page: Pakej Bajet Sabah
- Hubungi: 014-718 9240
- Laman web: linktr.ee/pakejsabahbajet
2. Pulau Sulug
Pulau Sulug ini bersaiz kecil, tiada kemudahan lengkap untuk pelawat.
Namun begitu persekitaran pulau ini amat cantik kerana terdapat lambakan batu karang yang menghuni di dasar air sekitar 10 meter bawah laut.
Terkenal dengan selam skuba dengan panorama bawah air yang mempersona dengan kehadiran ular laut, penyu, pari-pari, ikan katak, terdapat banyak kupu-kupu laut yang pastinya memikat hati penyelam.
Untuk pergi ke Pulau Sulug, anda perlu menghubungi ferry operator berikut terlebih dahulu:
Maklumat penting:
- Lokasi: Pulau Sulug
- Ferry Operator: Island Hope Express
- Lokasi Ferry: Jesselton Point Ferry Terminal
- Hubungi: 012-8569690
- Email : islandhopeexpress@gmail.com
3. Pulau Mamutik
Merupakan antara pulau Taman Tunku Abdul Rahman.
Berikut merupakan aktiviti yang ada di sini:
Menyelam Scuba
Merupakan tempat latihan untuk Borneo Divers, PADI 5 Star IDC dan pusat menyelam.
Borneo Divers menawarkan kursus PADI dari Open Water Diver Course sehinggalah ke Instructor Development Course.
Terdapat pelbagai kemudahan dan peralatan menyelam di sini
Snorkeling
Tempat terbaik untuk snorkeling kerana berhampiran pantai berbatu atau bahagian depan pantai karang.
Pelancong boleh menikmati banyak snorkeling dan melihat karang warna ungu, Nemo, ikan Damsel, Ikan Parrot, Barracuda & spesies lain.
Pantai
Di Pulau Mamutik, anda boleh berjalan-jalan di pantai berpasir putih sepanjang 200 meter.
Terdapat banyak karang di beberapa kawasan berhampiran pantai.
Anda juga dapat menikmati pemandangan kota Kota Kinabalu dengan duduk bersantai di pulau, dan menikmati pemandangan dengan hanya berbaring di pantai.
Kedai Runcit & Cenderamata
Terdapat kedai runcit dan cenderamata untuk tetamu kami di Pulau Mamutik.
Mereka boleh membeli t-shirt, topi, sandal pantai, tuala, penghalau serangga, gegelung nyamuk, makanan ringan, minuman.
Penginapan
Tiada penginapan yang cukup selesa di tempat ini, namun anda boleh menginap di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan menaiki feri ke tempat ini.
Jika anda berminat untuk menerokai tempat ini anda boleh berhubung dengan pihak pengangkutan feri melalui maklumat berikut
Maklumat penting:
- Lokasi: Jesselton Point Ferry Terminal
- Facebook Page: Jesselton Point Ferry Terminal
- Hubungi: 088-240709, 088-243708
- Laman web: jesseltonpoint.com.my
Jika anda ingin mudahkan percutian anda, and boleh menggunakan pakej agen pelancongan yang dipercayai seperti berikut:
Anda boleh terus berhubung dengan mereka untuk pakej ke pulau-pulau di Kota Kinabalu.
Maklumat penting:
- Lokasi pejabat: Best Delight Travel and Tours
- Facebook Page: Best Delight Travel and Tours
- Hubungi: 088-738566, 019-8801550 7 016-8220696
- Laman web: www.bestdelight-tour.com
4. Pulau Gaya
Pulau Gaya bekeluasan 1,465 hektar termasuk dalam warta Taman Tunku Abdul Rahman.
Pulau yang hampir dengan Kota Kinabalu, Sabah.
Untuk pergi ke tempat ini anda perlu menempuh perjalanan menaiki feri selama 10 minit daripada terminal Jesselton Point.
Berikut merupakan maklumat mengenai stesen feri jika anda bercadang untuk mengunjung pulau ini:
- Lokasi: Jesselton Point Ferry Terminal
- Facebook Page: Jesselton Point Ferry Terminal
- Hubungi: 088-240709, 088-243708
- Laman web: jesseltonpoint.com.my
Disebabkan pulau yang agak besar, maka ada beberapa resort menarik di Pulau Gaya.
Bungaraya Island Resort merupakan salah satu tempat peranginan bertaraf 5 bintang yang terkenal di di Pulau Gaya.
Jika anda bercadang untuk merasai suasana keindahan di Bungaraya Islan Resort, maklumat berikut mungkin berguna untuk anda.
- Lokasi: Bungaraya Island Resort
- Facebook Page: Bungaraya Island Resort
- Hubungi: 088-380 390
- Laman web: www.echoresorts.com
Tempat peranginan seterusnya ialah Gaya Island Resort.
Disebabkan tempat ini merupakan peranginan bertaraf 5 bintang, sudah pastilah persekitarannya dan juga kemudahan yang disediakan agak “mewah”
Persekitaran resort ini juga seakan-akan “lukisan” teramat cantik dan mengagumkan!
Mungkin sekali-sekala anda perlu menikmati suasana indah seperti di tempat ini!
- Lokasi: Gaya Island Resort
- Facebook Page: Gaya Island Resort
- Hubungi: 018-9391100
- Laman web: www.gayaislandresort.com
Atau anda berminat dengan penginapan atas air di Pulau Gaya?
Gayana Marine Resort, juga dikenali sebagai Gayana Eco Resort, pastinya menjanjikan suatu pengalaman menarik, baru dan pemandangan mempersona dikala senja menjelma!
Jika anda berminat untuk menginap di sini, maklumat berikut mungkin anda cari!
- Lokasi: Gayana Marine Resort
- Facebook Page: Gayana Marine Resort
- Hubungi: 088-380 390
- Laman web tempahan: www.gayana-eco-resort.com
5. Pulau Sepanggar
Pulau Sepanggar merupakan sebuah pulau yang terletak di Teluk Sepanggar, Sabah.
Terdapat 2 tempat menarik di pulau ini iaitu Mari-Mari Sepanggar Island dan Dreamer’s Island Resort.
Merupakan tempat terbaik untuk aktiviti menyelam dan snorkeling!
Jangan risau, pihak pengurusan menyediakan pakej ini untuk anda!
Lagipun penginapan agak murah dan sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet rendah.
Maklumat penting:
- Lokasi: Mari-Mari Sepanggar Island
- Facebook Page: Mari-Mari Sepanggar Island
- Hubungi: 013-883 4921
- Laman web tempahan: mantananiisland.com/about-sepanggar.html
Untuk pergi ke tempat ini, anda hanya perlu menggunakan perkhidmatan feri yang boleh diperolehi di Jesselton Point.
Berikut merupakan maklumat mengenai Jesselton point:
- Lokasi: Jesselton Point Ferry Terminal
- Facebook Page: Jesselton Point Ferry Terminal
- Hubungi: 088-240709, 088-243708
- Laman web: jesseltonpoint.com.my
6. Pulau Sapi
Merupakan pulau yang agak popular dalam kalangan pelancong dari China dan Korea.
Pulau yang terkenal disebabkan air lautnya yang berwarna biru kehijauan dan anda boleh melihat dasar laut walaupun sedalam 10 meter!
Apa aktiviti di sini?
Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di Pulau Sapi termasuklah snorkeling, berkelah, bermandi-manda, bersiar-siar di sepanjang pantai yang cantik dan juga mendaki bukit!
Anda juga boleh berkhemah dan bermalam di sini. Kemudahan asas seperti bilik mandi, tandas juga ada disediakan di pulau ini.
Bayangkan anda berkhemah dan barbeku bersama rakan-rakan!
Pasti suatu pengalaman yang menyeronokkan!
Untuk pergi ke tempat ini, ada baiknya anda menempah perkhidmatan berbentuk pakej bagi melancarkan perjalanan anda.
Mungkin maklumat berikut membantu perancangan anda bercuti di sini.
Maklumat penting:
- Lokasi: Pulau Sapi
- Facebook Page: De’ Jesselton Of CJ
- Hubungi: 017-773 3588
- Laman web: Dejesseltonofcj.com
7. Pulau Ara Dinawan
Pulau Dinawan merupakan pulau milik persendirian yang terletak di selatan Kota Kinabalu.
Ianya mengambi masa lebih kurang 30 minit perjalanan untuk sampai ke pulau ini.
Air jernih seperti cermin serta hutan hujan tropika merupakan tarikan utama di sini!
Air laut yang jernih sememangnya sesuai untuk pengunjung menerokai ekosistem laut yang mengagumkan!
Pihak pengurusan juga menawarkan pelbagai pakej aktiviti menarik untuk pengunjung yang pasti menyeronokkan!
Bayangkan anda sedang duduk di kerusi malas, sambil melihat pemandangan lautan yang terbentang luas, disuatu senja yang indah!
Ataupun, anda berkayak, bermain ombak laut atau snorkeling?
- Lokasi: Ara Dinawan Island
- Facebook Page: Ara Dinawan Island
- Hubungi: 016-579 8181
- Laman web: www.ara-dinawanisland.com
Apa pendapat anda dengan senarai kami?
Ada lagi pulau berdekatan dengan bandaraya Kota Kinabalu yang kami tidak senaraikan?
Kongsikan nama pulau tersebut di ruangan komen! Kami sentiasa kemaskini maklumat dalam artikel ini.