Senarai pulau menarik di Sandakan untuk anda kunjungi!
Anda merancang untuk bercuti di pulau sekitar Sandakan?
Jom lihat senarai pulau terbaik dan menarik yang ada di Sandakan! Pulau yang popular di Sabah, khasnya di Sandakan.
Terkini, pelbagai tawaran dan potongan harga pakej untuk ke pulau-pulau di Sandakan.
Bagaimana jika anda memanfaatkan peluang ini?
1. Pulau Berhala
Ramai yang mungkin tahu lokai Pulau Berhala, namun ramai yang tidak pasti cara untuk mengunjungi pulau ini.
Hiking ke puncak Bohey Luyang merupakan aktiviti popular di sini.
Berhala Island ialah sebuah pulau yang berhampiran dengan bandar Sandakan.
Terdapat penduduk yang tinggal di pulau ini.
Untuk sampai ke pulau ini anda perlu menaiki Kapal atau Bot dari jeti Pasar Sandakan.
Lokasi jeti: Jeti Pasar Sandakan
Kami cadangkan agar anda datang secara berkumpulan untuk keselamatan diri dan suasana yang menyeronokkan.
Untuk pengetahuan anda, waktu operasi kapal dan bot bermula dari jam 8am-5pm.
Anda perlu sampai ke jeti pasar sandakan sebelum pukul 11:00 am kerana biasanya kapal akan bergerak antara pukul 11:00am dan 12:00pm.
Masa perjalanan dalam kapak atau bot adalah lebih kurang 15 hingga 20 minit.
Anda akan diturunkan di Jeti Pulau Berhala.
Kami cadangkan anda mengambil penduduk tempatan di sini sebagai penunjuk arah dan berikan sedikit saguhati kepada mereka.
Berikut merupakan kawasan perkampungan di Pulau Berhala.
Pantai yang menarik, hiking ke Bohey Luyang, meninjau rumah api antara yang menarik di sini!
Terdapat juga kem tentera di sini, jangan risau, keselamatan anda terjamin!
Untuk balik ke tanah besar Sandakan, jangan risau bot dan kapal penduduk kampung sentiasa ada.
Anda boleh sahaja menempah pengangkutan mereka!
Maklumat penting:
- Jenis perjalanan: Pergi dan balik (1 hari)
- Tambang bot/kapal: RM5.oo seorang
- Lokasi: Pulau Berhala
- Lokasi jeti: Jeti Pasar Sandakan
2. Pulau Libaran
Pulau Libaran merupakan antara pulau yang menjadi tumpuan pelancong di Sandakan Sabah.
Walai Penyu Resort merupakan pusat peranginan yang terkenal di Pulau Libaran.
Di sini, anda berpeluang mendapatkan informasi serta pengalaman mengenai pemuliharaan penyu, di mana penyu merupakan spesis terancam di Malaysia.
Untuk berkunjung dan merasai suasana pulau ini, informasi berikut mungkin berguna untuk anda.
Maklmat penting:
- Lokasi: Walai Penyu Conservation
- Facebook page: Walai Penyu Conservation
- Hubungi: 014-389 4677
- Laman web: www.walaipenyu.com
3. Turtle Island Park
Taman Pulau Penyu (diwartakan 1977) terletak 40km utara Sandakan di Laut Sulu dan terdiri dari Pulau Selingan, Bakungan Kecil dan Gulisan.
Taman ini adalah tempat yang selamat untuk penyu hijau dan burung belatuk yang terancam dan memberi peluang kepada pengunjung untuk menyaksikan pendaratan penyu.
Selingan, pulau terbesar, menempatkan markas taman, tempat penetasan penyu, tempat pelancongan dan kemudahan asas.
Dua pulau lain lebih banyak untuk aktiviti pemuliharaan.
Ia mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit untuk sampai di Selingan (Taman Pulau Penyu) di Sandakan, Sabah, Malaysia.
Jikan anda berminat untuk mengunjungi pulau ini, sila rujuk maklumat berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Selingan Turtle Island
- Facebook page: Selingan Turtle Island
- Hubungi: 011-2699 5157, 089-212711
- Laman web: selinganturtleisland.weebly.com
4. Pulau Langkayan
Pulau Langkayan Sandakan, juga dikenali sebagai “Syurga Laut Sulu” disebabkan keindahnya yang tiada tandingan!
Setiap pelancong yang datang ke pulau kecil ini pasti terpegun dengan kecantikkan dan panorama suasana pulau ini.
Setiap sudut pulau bagaikan tiada cacat-celanya.
Ditambah lagi dengan penginapan yang dibina agak klasik bersesuaian dengan pulau ini!
Dengan pantai yang bersih dan pasir yang putih bersinar.
Juga laut yang jernih menjadikan tempat ini pusat snorkeling dan diving yang paling digemari!
Anda teringin untuk berkunjung ke pulau ini?
Bagaimana jika anda luangkan masa menginap di Pulau Langkayan?
Alami sendiri suasana keindahan pulau ini, panorama senja dan juga merasa menu makanan laut yang enak di restoran pulau ini.
Disamping penginapan yang agak selesa!
Berikut merupakan maklumat yang mungkin anda perlukan.
Maklumat penting:
- Lokasi: Pulau Langkayan
- Facebook Page: Pulau Langkayan
- Tempahan: dive-malaysia.com
- Hubungi: 089-673 999
Apa pendapat anda mengenai senarai pulau di Sandakan?
Masih ada pulau yang tidak tersenarai?
Sila nyatakan dalam ruangan komen. Kami sentiasa kemaskini senarai ini dari semasa ke semasa.