Senarai destinasi pulau-pulau mengagumkan di Semporna, Sabah.
Bercadang untuk menerokai pulau yang ada di Semporna?
Ingin tahu lokasi pulau-pulau dengan panorama menarik yang sering dikunjungi pelancong di Semporna?
Nah, kami senaraikan pulau-pulau yang popular dan mengagumkan di Semporna, Sabah.
Daytrip, scuba diving, mendaki, snorkeling merupakan antara aktiviti yang anda boleh lakukan di pulau-pulau sekitar Daerah Semporna.
- Baca juga: Alat snorkeling terbaik Malaysia edisi 2024
Biasanya, aktiviti diatas merupakan pakej yang ditawarkan kebanyakan Agen Pelancongan di Semporna, Sabah.
1. Pulau Bodgaya
Antara pulau yang indah di Semporna.
Rumah atas air yang anda lihat dalam gambar merupakan rumah suku kaum bajau laut atau lebih dikenali sebagai Palau.
Untuk berkunjung ke tempat ini, sila rujuk maklumat berikut:
Maklumat penting:
- Lokasi: Bodgaya City Island
- Facebook Page: Bodgaya City Island
- Hubungi: 011-1617 7996
- Laman web: bodgayacityisland.com
2. Pulau Bohey Dulang
Merupakan salah satu daripada 8 pulau di Taman Marin Tun Sakaran.
Pulau Bohey Dulang mempunyai puncak yang tertinggi di Taman Marin Tun Sakaran.
Jika anda mendaki bukit pulau ini, anda akan dapat menikmati pemandangan yang sangat indah keseluruhan pulau yang membiru, sejauh mata memandang.
Maklumat penting:
- Lokasi: Pulau Bohey Dulang
- Facebook Page: Pulau Bohey Dulang
- Hubungi: 019-8965863
3. Pulau Sibuan
Merupakan pulau terkecil di Taman Marin Tun Sakaran.
Lokasi snorkeling terbaik! Air laut yang jernih membolehkan anda melihat dasar laut dengan jelas!
Terkenal dengan coral dasar laut yang cantik dan mengagumkan!
Pastinya suatu pengalaman terindah bagi anda yang pernah mengunjungi pulau ini!
Maklumat penting:
- Lokasi: Pulau Sibuan
- Facebook Page: Package Semporna Travel
- Hubungi: 017-4703320
4. Pulau Matabuan
Terkenal dengan terumbu karang yang cantik.
Lokasi snorkeling yang terbaik!
Maklumat penting:
- Lokasi: Pulau Matabuan
- Facebook Page: Package Semporna Travel
- Hubungi: 017-4703320
5. Pulau Timba-Timba
Pulau Timba-Timba terkenal dengan keindahannya.
Air laut yang bersih dan jernih bagaikan cermin sehinggakan anda boleh melihat terumbu karang di dasarnya!
Aktiviti utama di pulau peranginan ini ialah snorkeling, scuba diving dan freediving!
Lihat dalam gambar diatas, anda boleh melihat dasar laut dengan jelas!
Maklumat penting:
- Lokasi: Pulau Timba-Timba
- Facebook Page: Timba-Timba Island
- Hubungi: 089-765200
6. Pulau Mataking
Pulau Mataking adalah pulau persendirian milik penuh Reef Dive Resort yang dengan penginapan chalet kelas tinggi.
Mereka juga menawarkan pakej menyelam di sekitar pulau ini dan pulau berdekatan.
Maklumat penting:
- Lokasi: Pulau Mataking
- Facebook Page: Pulau Mataking
- Hubungi: 089-765200
7. Pulau Pom-Pom
Merupakan pulau besar yang indah di Semporna.
Sebenarnya ada beberapa pengendali pusat peranginan di Pulau ini.
Sememangnya salah satu tempat yang sangat sesuai untuk percutian yang menarik!
Jauh daripada kesibukan kota!
Untuk pelbagai pakej menarik, anda perlu hubungi maklumat yang kami sertakan berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: 2 Win Resort, Pulau Pom-Pom
- Facebook Page: 2 Win Resort, Pulau Pom-Pom
- Hubungi: 012-245 0691
8. Pulau Mabul
Ada yang mengatakan Pulau Mabul adalah salah satu destinasi fotografi-makro terbaik di dunia!
Menyelam scuba adalah aktiviti utama di sini.
Mungkin anda berpeluang menjumpai kuda laut, tapak sulaiman, ikan goby, ikan baji-baji, ‘pipefish’ dan belut ular semasa menyelam.
Aktiviti lain?
Snorkeling, kayak laut, bola tampar pantai serta berehat di kolam renang!
Maklumat penting:
- Lokasi: Pulau Mabul
- Facebook Page: Bodgaya City Island
- Hubungi: 011-1617 7996
- Laman web: bodgayacityisland.com
9. Pulau Kapalai
Pulau Kapalai merupakan salah satu pulau yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Hidupan laut yang unik dan pelbagai di terumbu karang di dasar laut menjadikan pulau ini sentiasa menjadi destinasi popular di kalangan para ‘penyelam’.
Jika anda berminat ke sini, maklumat berikut mungkin membantu melancarkan percutian anda!
Maklumat penting:
- Lokasi: Sipadan Kapalai Dive Resort
- Facebook Page: Sipadan Kapalai Dive Resort
- Hubungi: 089-765 200
- Laman web: www.sipadan-kapalai.com
10. Pulau Sipadan
Merupakan destinasi menyelam skuba antara yang terbaik di dunia!
Bersandarkan keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia, Pulau ini antara senarai 77 bentuk muka bumi yang ajaib di dunia!
Oleh itu, adalah sesuatu kerugian besar jika anda mengabaikan lokasi menyelam skuba terhebat di dunia ini!
Jom, luangkan masa anda mengunjungi dan merasai sendiri keajaiban Pulau Sipadan, Semporna!
Maklumat penting:
- Lokasi: Sipadan Kapalai Dive Resort
- Facebook Page: Sipadan Kapalai Dive Resort
- Hubungi: 089-765 200
- Laman web: www.sipadan-kapalai.com