Penggemar hiking, senarai tempat hiking di Kundasang untuk panduan anda!
Jika anda sedang mencari lokasi hiking di Kundasang, anda berada di artikel yang betul.
Kami senaraikan tempat hiking yang ada di sekitar Kundasang dengan maklumat penting seperti lokasi dan nombor untuk dihubungi.
Bagi penggemar hiking, kami juga senaraikan tempat-tempat hikinhg yang popular di serata bumi Sabah!
Baca juga:
Jom lihat senarai kami berikut:
1. Pyramid Hill
Lokasi terbaik untuk melihat pemandangan landskap Kundasang Ranau dengan ketinggian 1603 meter!
Sangat sesuai untuk anda yang ingin mendaki dalam masa yang singkat.
Bagaimana jika anda mendaki pada waktu petang dan menikmati hari senja di sini?
Jangan lupa bawa lampu suluh!
Mungkin anda akan mengalami sedikit kesukaran jika matahari mulai terbenam.
Maklumat penting:
- Lokasi: Pyramid Hill Registration
- Facebook page: Pyramid Hill
2. Sosodikon Hill
Sosondikon hill merupakan tempat hiking yang menjanjikan perjalanan menarik dengan ketinggian 1465 meter.
Jangan risau walaupun tempat ini sedikit mencabar, namun tidaklah terlalu jauh.
Anda pasti berpuas hati setelah sampai di puncak nanti!
Pemandangan menarik landskap Kundasang jelas kelihatan dari sini!
Maklumat penting:
- Lokasi: Sosondikon Hill
- Facebook Page: Sosondikon Hill
- Hubungi: 014-283 6047
3. Maragang Hill
Maragang Hill merupakan satu lokasi hiking yang popular di Sabah.
Tempat menarik ini dikelolakan oleh Mesilou ecotourism association (META)
Berketinggian 2232 meter, sememangnya agak tinggi berbanding dengan Pyramid Hill dan Sosondikon Hill.
Trek perjalanan yang agak menarik dengan pokok-pokok renek yang menghijau!
Mulai dibuka semula pada 1 Julai 2020.
Anda hanya perlu berhubung dengan nombor telefon berikut jika ingin membuat tempahan untuk pendakian!
Maklumat penting:
- Lokasi: Maragang Hill
- Facebook Page: Maragang Hill
- Hubungi: 016-2800959, 011-31603983, 010-9597846
4. Nulu Tinorindak
Terletak di Kg. Lembah Pantai Kundasang, Nulu Tinorindak merupakan bukit yang agak popular selepas Maragang Hill.
Mungkin disebabkan trek pendakian yang penuh mencabar, dengan flora fauna yang menyegarkan!
Perjalanan yang penuh nostaglic menjadikan anda lupa rasa lelah anda!
Apatah lagi jika anda “setkan” masa anda supaya dapat menghayati senja di puncak bukit ini!
Jangan lupa bawa kamera anda!
Maklumat penting:
- Lokasi: Nulu Tinorindak
- Facebook Page: Nulu Tinorindak
- Hubungi: 016-814 7673
- Laman web: nulutinorindak.wordpress.com
5. Bukit Dompurungon
Bukit Dompurungon, terletak di 4.1km daripada pusat Bombon Marakau, Ranau.
Bukit yang berketinggian 901 meter ini merupakan bukit yang popular untuk aktiviti hiking di Kg. Marakau, Ranau.
Yang menariknya, terdapat air terjun di Sungai Kibundu berhampiran denai laluan ke puncak Bukit Dompurungon!
Suasana alam flora fauna yang menyejukkan mata memandang serta trek yang tidak begitu sukar, pasti mudah anda untuk menawan puncak bukit!
Anda berminat untuk mendaki bukit ini?
Maklumat berikut mungkin anda perlukan.
Maklumat penting:
- Lokasi: Bukit Dompurungon Marakau
- Facebook Page: Bukit Dompurungon Marakau
- Hubungi: 013-877 2096
6. Bukit Lugas
Bukit Lugas terletak di Kg. Waang Ranau, Sabah.
Digelar bukit lugas disebabkan puncak bukit yang gondol dan ditumbuhi pokok kecil sahaja.
Namun, pendaki perlu berhati-hati disebabkan trek yang agak curam.
Maklumat penting:
- Lokasi: Bukit Lugas Kg.Waang Ranau
- Facebook Page: Bukit Lugas Kg.Waang Ranau
- Hubungi: 014-954 8389, 014-5560204
7. Bukit Kimondou
Suasana pendakian ke Bukit Kimondou agak unik kerana anda perlu menempuhi hutan belantara dan berbatu.
Yang menariknya, anda juga akan berpeluang melihat beberapa gua di sini!
Jika anda bercadang untuk menawan Bukit Kimondou, pastikan anda membawa bekal makanan yang secukupnya!
Maklumat penting:
- Lokasi: Kg. Debut Langsat, Ranau
- Facebook Page: Hiking Bukit Kimondou
- Hubungi: 013-5509959
8. Mantapok Nature
Gunung Mantapok terletak di Kg. Mantapok kawasan daerah Ranau.
Jarak daripada pekan Ranau ke Meet Point Junction ialah 65km.
Daripada Meet Point Junction, anda perlu memandu sejauh 14km jalan gravel/unpaved road untuk sampai ke kaki gunung ini.
Kampung Mantapok adalah sebuah kampung yg terpencil jauh daripada kawasan bandar dan terletak di kaki gunung Mantapok.
Antara yg menarik di gunung ini adalah flora dan fauna yang pelbagai dan trail yang menjanjikan kepuasan kepada para pendaki.
Periuk kera dan bunga orchid yang jarang dijumpai boleh dijumpai di sepanjang trek pendakian.
Pendakian ke puncak gunung Mantapok daripada Kg Mantapok ini di bawah seliaan Mantapok Nature.
Disebabkan pendakian yang agak mencabar, pendaki mestilah bersedia dari segi fizikal dan mental.
Maklumat penting:
- Lokasi: Kg. Mantapok, Ranau
- Facebook Page: Mantapok Nature
- Hubungi: 011-1512 7212, 017-8975744
- Masa pendakian: 5 hingga 8 jam
- Jarak pendakian: 8.8km
- Ketinggian Bukit: Mantapok Peak (1481m), Sting Peak (1580m)
9. Tambiau Forest House
Merupakan lokasi hiking dengan pemandangan yang cantik dan mempersona di puncak bukit terutama pada waktu matahari terbit dan terbenam.
Jarak pendakian adalah 3.6km pergi dan balik.
Maksimum bilangan pendaki untuk setiap kumpulan ialah 10 orang sahaja dengan 1 orang guide.
Terdapat dua pakej iaitu:
Pakej Mendaki Siang:
- Yuran 1 orang pendaki: RM6.00
- Bayaran untuk guide: RM45.00
- Jika 10 orang pendaki dan seorang guide maka yuran adalah sebanyak RM10.50 seorang
Pakej Mendaki Subuh:
- Yuran 1 orang pendaki: RM6.00
- Bayaran untuk guide: RM55.00
- Jika 10 orang pendaki dan seorang guide maka yuran adalah sebanyak RM11.50 seorang
Ringkas kata, jika hanya 5 orang pendaki, maka anda yuran menjadi lebih mahal.
Jangan lepaskan peluang anda mendaki di Tambiau Forest House!
Anda pasti berpuas hati dengan pemandangan yang menakjubkan di puncak bukit nanti.
Jika anda perlukan maklumat lanjut, anda boleh rujuk informasi berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Tambiau Forest House
- Facebook Page: Tambiau Forest House
- Hubungi: 012-894 9578, 014-3712717
10. Kg. Tiang Lama Eco Tourism
“Pendakian sungai” merupakan aktiviti utama yang agak lasak dan menarik di Kg. Tiang Lama Eco-Tourism.
Bermaksud anda berjalan menyusuri sungai dengan persekitaran flora fauna yang memukau, sedikit sebanyak menghilangkan rasa lelah anda!
Perlu bersedia dari segi fizikal dan mental kerana anda perlu berjalan kaki 5-6 jam!
Foto berikut merupakan lokasi “starting point” menyusuri sungai Widu!
Jika anda berminat dengan aktiviti menyusuri sungai Widu di Kg Tiang Lama, maklumat berikut mungkin anda perlukan.
Maklumat penting:
- Lokasi Kg. Tiang
- Facebook Page: Kg. Tiang Lama Eco Tourism
- Hubungi: 011-5901 1981
11. Daparak Hill
Lokasi hiking dengan pemandangan Gunung Kinabalu di puncak bukit!
Destinasi hiking yang baharu dibuka pada tahun ini, 2021.
Admin belum berpeluang untuk menerokainya disebabkan kawalan rentas zon!
Apapun informasi ini mungkin bagi anda yang berhampiran atau zon yang sama.
Jom rasai pengalaman mendaki di Daparak Hill, Kundasang.
Maklumat penting:
- Lokasi: Daparak Hill
- Facebook Page: Daparak Hill
- Yuran: Dewasa Rm3.00 dan percuma bagi kanak-kanak bawah 6 tahun.
- Hubungi: 019-8517191, 014-9550269, 016-8293617, 019-6489756
12. Aki-Aki Trail
Apa yang menarik di sini?
- Pemandangan gunung kinabalu daripada puncak bukit Aki-Aki Trail
- Suasana pemandangan menarik sepanjang perjalanan
- Panorama menarik pada waktu subuh dan senja di puncak bukit.
- Perjalanan mencabar sejauh 3.6km
- Ketinggian bulit @ gunung 1780 Meter!
Alami pendakian yang agak panjang, namun anda disajikan dengan pemandangan dan suasana flora fauna yang mengagumkan!
Anda bercadang untuk memendaki bukit ini?
Hubungi sahaja maklumat yang tertera dibawah.
Anda boleh hubungi pihak pengurusan melalui nombor telefon ataupun messenger pada facebook page mereka.
Maklumat penting:
- Lokasi: Aki-Aki Trail
- Facebook Page: Aki-Aki Trail
- Hubungi: 011-3266 4710