Lokasi tempat menarik di Beaufort Sabah yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri!
Beaufort terkenal dengan Sungai Klias yang menjadi habitat utama monyet jenis Proboscis.
Disamping itu, terdapat juga beberapa tempat menarik di sini selain daripada hutan paya bakau yang memukau.
Jom lihat senarai lengkap kami berikut.
Mungkin anda bercadang untuk mengunjungi daerah ini?
1. Klias River Cruise
Bersiar-siar di sepanjang Sungai Klias sambil melihat binatang liar yang mungkin tidak ada di tempat anda seperti proboscis monkey, macaques, buaya dan sebagainya.
Menghirup udara segar dan menghayati keindahan hutan paya baau yang pasti memukau!
Perjalanan menaiki bot yang cukup selesa, santai dan penuh dengan kejutan!
Jangan lupa bawa bersama kamera anda!
Maklumat penting:
- Lokasi: Klias River Cruise
- Facebook Page: Klias River Cruise by Borneo Authentic Adventure
- Laman web: kliasrivercruise.com
- Hubungi: 019-807 3159
2. Weston Wetland
Biasanya tempat ini menjadi tumpuan pelancong daripada Korea dan China.
Sekali sekala mungkin anda boleh membawa keluarga dan anak-anak untuk mengembara menaiki bot dan menikmati keindahan hutan paya bakau di sini.
Anda berpeluang untuk melihat monyet proboscis, pelbagai habitat burung dan banyak lagi.
Trip bermula pada waktu petang bagi membolehkan anda melihat ribuan kelip-kelip menerangi suasana menjelang senja!
Maklumat penting:
- Lokasi: Weston Wetland Adventure
- Hubungi: 016-526 3321
3. Pantai Pimping
Pantai yang sentiasa menjadi tumpuan masyarakat sekitar daerah kecil Membakut, Beaufort.
Berkelah, bersiar-siar, mandi-manda dan menikmati keindahan senja merupakan antara aktiviti di pantai Pimping.
Jika anda berminat untuk ke bersiar-siar di sini, maklumat berikut mungkin berguna untuk anda!
Maklumat penting:
- Lokasi: Pantai Pimping
4. Tamu Beaufort
Jika anda sedang bercuti di Beaufort, luangkan masa anda untuk pergi ke Tamu Beaufort.
Tamu ini hanya diadakan sehari dalam seminggu iaitu pada hari Sabtu bermula seawal pukul 6.00 pagi.
Bagaimana jika anda selaraskan masa percutian anda dengan waktu operasi tamu ini?
Siapa tahu anda berkenaan dengan produk tempatan yang dijual di sini?
Maklumat penting
- Lokasi: Tamu Beaufort
- Masa Operasi: 06:00am-12:00pm
- Hari: Sabtu
5. Bukit Bendera Beaufort
Bukit bendera juga termasuk antara tarikan utama di Beaufort, Sabah.
Bukit yang berketinggian 1399 meter ini sentiasa dikunjungi untuk aktiviti lasak, hiking.
Sememangnya suatu keseronokan dan kepuasan yang tidak dapat digambarkan jikalau anda berjaya menawan puncak bukit ini.
Trek yang agak mencabar mungkin mengujakan anda?
Anda peminat hiking?
Jom cuba daki Bukit Bendera Beaufort pula!
- Maklumat penting:
- Lokasi: Bukit Bendera, Beaufort
6. Garama Explorer River Cruise
Merupakan tempat yang agak menarik di Beaufort, Sabah.
Pakej yang hampir sama seperti Klias River Cruise dan Weston Wetland Adventure!
Pengunjung berpeluang menaiki bot dan menyusuri sungai Garama pada waktu petang dan melihat pelbagai spesis haiwan di sungai ini.
Waktu malam pula, melihat kunang-kunang!
Untuk tempahan dan maklumat terperinci, ada baiknya anda hubungi nombor yang kami sertakan berikut.
Maklumat penting:
- Facebook Page: Garama Explorer River Cruise
- Laman web: kliasrivercruise.com
- Hubungi: 016-8413230, 088-388 570
7. Selagon Agro Farm
Pusat penternakan madu kelulut yang terbesar di Beaufort, Sabah.
Anda boleh membeli madu kelulut dan pelbagai produk daripada madu kelulut di sini.
Terdapat juga produk pertanian lain yang unik dijual di sini!
Maklumat penting:
- Lokasi: Selagon Agro Farm
- Facebook Page: Selagon Agro Farm
- Hubungi: 011-1955 9789
- Waktu Operasi: 09:00am-06:00pm
8. Homestay Kg. Suasa
Tempat penginapan berunsurkan tradisi dan unik!
Apa yang menarik di sini?
Anda dapat melihat taman bunga-bungaan yang cantik, pergi ke taman arnab, memancing di kolam dan sebagainya!
Kampung ini menyediakan pelbagai pakej pelancongan menarik!
Mungkin anda teringin menaiki perahu dan mendayung di kolam yang luas?
Maklumat penting:
- Lokasi: Homestay Kg. Suasa
- Facebook Homestay Kg. Suasa
- Hubungi: 013-8656022
9. Binalaan Garden
Anda sedang mencari tempat untuk bermandi-manda?
Bagaimana jika anda mengunjungi Taman Pelancongan Binalaan Garden Kpg Batu 64, Beaufort?
Sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan anak-anak.
Yang menariknya, anda boleh sahaja membawa makanan dari luar, bbq, boleh menikmati keindahan semulajadi sungai Padas, memanah, memberi makan ikan, dan banyak lagi!
Pakej penuh hanya RM8 dewasa & RM5 kanak-kanak! anda boleh mandi, meluncur dan memanah!
Terbaru, Binalaan kini mempunyai bilik dengan kadar sewa harian bermula daripada RM 80.00 untuk 1 malam!
Anda juga boleh berkhemah di sini dengan membawa khemah sendiri atau menyewa khemah dengan harga serendah RM 20.00 untuk satu malam!
Maklumat penting:
- Lokasi: Binalaan Garden
- Facebook Homestay Kg. Suasa Binalaan Garden
- Hubungi: 012-621 6149
- Waktu operasi: 08:00am-07:00pm
- Laman web: binalaan-garden.business.site