Himpunan tempat menarik di Kinarut, Papar untuk destinasi kunjungan hujung minggu anda!
Perlukan panduan tempat menarik di Kinarut?
Jika anda bercadang untuk bercuti atau perlukan informasi destinasi menarik di Kinarut Papar, artikel ini mungkin anda perlukan!
Panduan lengkap dan informasi penting mengenai destinasi menarik semuanya kami sediakan dalam artikel ini.
Baca juga:
Jom lihat senarai kami berikutnya!
1. Borneo Paradise Beach Hotel
Menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga di Borneo Paradise Beach Hotel mungkin merupakan satu idea yang baik?
Mandi di kolam renang bersama anak-anak atau bersiar-siar di pesisiran pantai Borneo Paradise Kinarut, Papar!
Mungkin lebih afdal jika anda terus menginap di sini? agar dapat menghayati suasana dengan tenang dan tidak terburu-buru!
Penginapan bermula daripada RM66 sahaja buat masa sekarang!
Maklumat penting:
- Lokasi: Borneo Paradise Beach Hotel
- Facebook page: Borneo Paradise Beach Hotel
- Hubungi: 088-752666
- Waktu operasi: 08:00am-05:00pm
- Laman web: www.borneoparadisehotel.com
2. Rabbit Garden Lok Kawi
Luangkan juga sedikit masa anda untuk meninjau arnab-arnab di sini.
Berswafoto bersama rakan-rakan dan arnab di sini!
Ada juga binatang lain seperti ayam hutan dan spesis burung berikut!
Maklumat penting:
- Lokasi: Rabbit Garden Lok Kawi
- Facebook page: Rabbit Garden Lok Kawi
- Waktu Operasi: 09:00am- 05:00pm
3. Ara Dinawan Island Resort
Seterusnya menaiki bot dan melancong ke Pulau Ara Dinawan pula!
Pulau terdekat dengan Kinarut, dan mungkin anda belum mengenali pulau ini?
Pakej harian, atau bermalam di pulau yang “awesome” ini supaya anda dapat menikmati keindahan pulau ini sepenuhnya siang, petang, senja dan malam!
Snorkeling dan berkayak di suatu senja nan indah, mana satu pilihan anda?
Anda teruja? hubungi terus nombor berikut!
Maklumat penting:
- Lokasi: Ara Dinawan Island Resort
- Facebook page: Ara Dinawan Island Resort
- Hubungi: 016-5798181
- Whatsapp: wasap.my/60165798181
4. Sunborneo Island Resort
Terletak di Pulau Dinawan, Sunborneo Island Resort menyediakan penginapan yang agak selesa serta persekitaran yang menarik kepada pengunjungnya!
Menginap dan menjelajah di sekitar pulau ini merupakan aktiviti yang menarik di sini!
Jika anda bercadang ke Pulau Dinawan, tempat ini juga merupakan lokasi yang menarik selain daripada Ara Dinawan Resort yang berdekatan.
Untuk maklumat mengenai aktiviti dan tempahan, hubungi sahaja maklumat yang kami sertakan berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Sunborneo Island Resort
- Laman web: Sunborneo Island Resort
- Hubungi: 019-817 7888
5. Marudu Dinawan Sabah
Juga salah satu resort menarik terletak di Pulau Dinawan, Kinarut!
Dengan penginapan yang berwarna warni, menjadikan tempat ini agak unik dan cantik.
Di sini, anda berpeluang untuk berkayak, snokerling dan bersiar-siar di pesisiran pantai yang indah dan jernih.
Pesisiran pantai yang cantik dan dijaga rapi!
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi sahaja maklumat yang kami sertakan berikut.
Maklumat penting:
- Hubungi: 016-8058913, 012-8692779
- Facebook page: Marudu Dinawan Sabah
6. Seaside Traveller Inn
Seaside Traveller Inn itubuhkan pada tahun 1988.
Terletak di tepi pantai, diberkati dengan pemandangan yang menakjubkan dan matahari terbenam yang menakjubkan.
Tempat ini mempunyai 25 bilik, kafe dan kolam renang.
Destinasi yang sering menjadi tumpuan untuk majlis perkahwinan, ulang tahun, pembinaan pasukan dan mesyuarat.
Jom bercuti bersama keluarga dan insan tersayang di sini!
Maklumat penting:
- Lokasi: Seaside Traveller Inn
- Facebook page: Seaside Traveller Inn
- Hubungi: 088-750 555
- Laman web: www.seasidetravellersinn.com.my