Tempat menarik di daerah Kota Belud Sabah, lengkap dengan maklumat, terkini dan popular!
Daerah Kota Belud, tidak asing lagi di mata penduduk di Malaysia khasnya. Banyak tempat menarik yang popular di daerah ini.
Pelbagai lokasi ekopelancongan, pantai, tempat berkelah dan rekreasi yang indah dan cantik di Kota Belud, Sabah.
Polumpung Melangkap, Ekopelancongan Nohuntu dan banyak lagi, pasti anda pernah mendengar tempat menarik ini!
Bagi anda yang belum pernah datang ke Kota Belud, ataupun anda bercadang untuk mengunjungi tempat ini, kami sediakan panduan untuk anda.
Jom lihat senarai tempat menarik di Kota Belud secara terperinci!
Baca juga:
- 11 Pantai Dengan Landskap Menarik Di Kota Belud
- 2 Pulau Di Kota Belud Dengan Panorama Mengagumkan!
- 20 Tempat Hiking Menarik Di Kota Belud
- 10 Lokasi Menarik Sungai untuk Mandi Manda di Kota Belud
Jika anda mencari penginapan keluarga di Kota Belud, kami sediakan senarai terbaru untuk anda!
Sila ke pautan berikut:
1.Polumpung Melangkap Camp Site
Merupakan tempat menarik yang paling digemari di Kota Belud, Sabah.
Sungai yang cetek, jernih dengan batu berkilauan menjadikan tempat ini cukup “perfect” ditambah lagi dengan latar belakang Gunung Kinabalu!
Di sini anda boleh:
- Berkhemah di tapak perkhemahan yang disediakan
- Berbabeku
- Berkelah
- Bermandi-manda di sungai
Cuaca juga agak sejuk dan segar terutamanya pada waktu malam.
Kini, Polumpung melangkap mempunyai cabin penginapan sendiri!
Anda tidak perlu bersusah-payah untuk mencari tempat penginapan terdekat.
Mandi dan menginap di Polumpung Melangkap atau bersantai di balkoni sambil menikmati keindahan pemandangan sungai!
Maklumat penting:
- Lokasi: Polumpung Melangkap View Camp Site
- Facebook page: Polumpung Melangkap View Camp Site
- Hubungi: 011-3624 4723
- Laman web: officialpmvcs.com
- Waktu operasi: 08:00am-05:00pm
2. Eco Camp Bayayat Kadamaian
Merupakan tempat menarik yang terletk di Kg. Kadamaian, Kota Belud.
Pelbagai pakej aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini iaitu:
- Water tubing
- Berkayak
- Berakit sepanjang 8 kilometer
- Berkhemah
- Berkelah
- Berbarbeku
- Berenang bersama ikan yang jinak
- Aktiviti unggun api
Anda juga boleh mencuba pakej mendaki Bukit Singkung melalui trek yang disediakan.
Jika anda bercadang untuk menginap di sini, pihak pengurusan juga meyediakan pondok dan khemah dengan kadar sewaan tertentu.
Tandas dan bilik mandi? Jangan risau, semuanya ada!
Maklumat penting:
- Lokasi: Eco Camp Bayayat Kadamaian
- Facebook page: Eco Camp Bayayat Kadamaian
- Hubungi: 019-812 2287, 014-280 7919, 013-875 0172
3. Nohutu Eco-Tourism
Nohutu Eco-Tourism yang terletak di Kampung Melangkap, Kota Belud.
Tempat yang menarik untuk aktiviti bersama keluarga, rakan-rakan ataupun mungkin melibatkan aktiviti sekolah?
Berkhemah, mandi-manda merupakan aktiviti yang paling menyeronokkan di sini.
Terdapat juga pondok disediakan jika anda ingin bermalam di sini dengan kadar sewa yang berpatutan.
Seperti Polumpung Melangkap, tempat ini juga berlatarkan gunung kinabalu!
Bayangkan anda sedang minum secawan kopi sambil menikmati pemandangan Akinabalu yang tersergam indah!
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk informasi penting berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Nohutu Eco Tourism
- Facebook page: Nohutu Eco Tourism
- Hubungi: 011-3165 1130, 013-846 4382 & 019-746 7600
- Laman insta: instagram.com/nohutueco
4. Pantai Mantanani
Pulau Mantanani merupakan antara pulau yang cantik dan indah di Sabah.
Pasir putih, laut yang jernih, lokasi snorkeling terbaik dan senja nan merah yang sungguh menakjubkan!
Baca juga:
Bagaimana untuk pergi ke tempat ini?
Ada baiknya anda menempah pakej lengkap walaupun mungkin sedikit mahal.
Namun, anda tidak perlu risau memikirkan tentang pengangkutan, tempat tinggal, makanan dan sebagainya.
Anda hanya perlu membawa barangan kelengkapan diri anda sahaja!
Pakej terbaik adalah seperti berikut:
PAKEJ KOTA BELUD KE PULAU MANTANANI
Pakej Harian:
- Snorkeling: RM195/pax
Pakej 2 Hari 1 Malam:
- Homestay RM385/1 orang
- Homestay RM770/2 orang
- Homestay RM1,155/3 orang
Pakej 3 Hari 2 Malam:
- Homestay RM625/1 orang
- Homestay RM1,250/2 orang
- Homestay RM1,875/3 orang
Pakej Melihat Kelip-Kelip:
- RM85 seorang
Pakej yang telah disediakan termasuklah:
- Penghantaran dari Hotel ke Pulau – pulau ke hotel.
- Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
- Tempat penginapan berhawa dingin.
- Tuala mandi dan tandas di sediakan.
Jika anda berminat untuk eksplorasi Pulau Mantanani Kota Belud, sila rujuk maklumat berikut:
Maklumat penting:
- Lokasi: Pulau Mantanani
- Facebook page: Pulau Mantanani
- Hubungi: 014-3650408
5. Tamu Ahad Kota Belud
Tamu Ahad Kota Belud, merupakan salah satu tarikan utama pengunjung.
Tamu Kota Belud diadakan pada setiap hari Ahad bermula seawal 6.00am
Jika anda becadang untuk datang mengunjungi Kota Belud, ada baiknya anda selaraskan masa dengan hari tamu diadakan.
Banyak barangan tempatan yang dijual di sini dengan harga yang agak murah!
Mungkin anda ingin membeli tanda mata dibawa balik ke tempat anda?
Maklumat penting:
- Lokasi: Tamu Ahad Kota Belud
6. Eco-Pelancongan Family Tindian Komuzo
Tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga!
Terdapat pondok rehat disediakan di sini dengan kadar sewa tertentu.
Aktiviti utama di sini ialah mandi-manda, bersantai dan barbeku bersama keluarga!
Sungai yang landai, agak sesuai untuk anak-anak anda bermain dan mandi di sini.
Maklumat penting:
- Lokasi: Eco-Pelancongan Family Tindian Komuzo
- Facebook page: Eco-Pelancongan Family Tindian Komuzo
- Hubungi: 016-8476388
7. Kowatuan ECO Edu-Tourism
Kowatuan Eco Edu-Tourism merupakan satu badan pengurusan khas yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti hiking, dan jungle trekking dan bermandi-manda di 10 buah air terjun!
Namun, tempat ini lebih sesuai kepada mereka yang minat aktiviti sederhana lasak dan kurang sesuai untuk kanak-kanak.
Pengembaraan mendaki bukit, berjalan ke lokasi air terjun mungkin sesuatu yang anda minati?
Untuk informasi lanjut anda boleh lihat dan hubungi nombor berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Kg. Sayap, Kota Belud
- Facebook page: Kowatuan ECO Edu-Tourism
- Hubungi: 014-284 0822, 017-828 8438
8. Tagal Village Ecotourism Talungan
Melihat ikan sungai yang jinak, bermandi-manda, barbeku, berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan adalah antara aktiviti di Tagal Talungan.
Terdapat juga water tube (pelampung) disediakan dengan kadar sewa yang agak murah.
Air sungai yang bersih dan jernih, sejuk dan segar pasti mengujakan anda!
Aktiviti barbeku dan mandi sungai di Tagal Talungan mungkin suatu idea yang bagus!
Maklumat penting:
- Lokasi: Tagal Village Ecotourism Talungan
- Facebook page: Tagal Village Ecotourism Talungan
- Hubungi: 012-894 7801
9. Kilombun Homestay
Sungai yang jernih, homestay dan kolam renang!
Bayangkan anda menginap di homestay yang jauh dari kesibukan kota dengan deburan air sungai sambil meninjau anak-anak yang sedang mandi di kolam renang.
Atau anda sedang berendam di sungai berbatu yang jernih dan dingin.
Kilombun Homestay merupakan tempat yang terbaik untuk aktiviti, bersantai bersama keluarga tersayang!
Untuk maklumat lokasi dan tempahan, sila hubungi nombor berikut.
Maklumat penting:
- Facebook page: Kilombun Homestay
- Hubungi: 014-203 0050, 011-25436189
10. Sondot View Camp
Sondot view merupakan tempat yang sangat strategik untuk aktiviti berkumpulan, berkeluarga dan bermandi-manda.
Sungai yang cetek sememangnya sangat sesuai untuk aktiviti mandi-manda semua peringkat umur.
Anda boleh bermalam dengan berkhemah di sini serta menyewa pondok rehat dengan kadar yang agak murah!
Kawasan yang agak lapang dan luas menjadikan tempat ini sering dikunjungi terutama pada musim cuti sekolah.
Anda boleh menyewa kemudahan memasak seperti tong gas, gas stove dan juga peralatan memasak di sini.
Terlupa beli barang makanan?
Jangan risau, anda boleh membeli barangan asas di kedai runcit di sini tanpa perlu ke pekan terdekat!
Pondok rehat lengkap dengan air paip untuk kemudahan membasuh pinggan, makanan dan sebagainya!
Maklumat penting:
- Lokasi: Sondot View Camp
- Facebook page: Sondot View Camp
- Hubungi: 012-8247260, 014-3540322, 019-8315520, 011-25275302 & 011-29952235
11. NariouCraft and Eco Tourism
NaroiuCraft menyediakan pelbagai pakej ke tempat menarik seperti berjalan kaki sejauh 1.75km ke Taman Kipungit.
Di sini, anda akan berpeluang untuk melawat bunga rafflesia, menerokai 4 buah gua, menikmati khazanah hutan dan mandi air terjun!
Selain itu, NariouCraft juga menawarkan pakej melawat ke Air terjun Kuminangkad dengan berjalan kaki sejauh 4.7km.
Anda mestilah bersedia dari segi fizikal untuk pakej ini.
Pakej seterusnya ialah mendaki Bukit Kagarasan dengan perjalanan sejauh 4.7km.
Untuk pakej ini, anda perlu bermalam (berkhemah) dan bersedia dari segi fizikal dan mental kerana ianya melibatkan aktiviti pendakian!
Disebabkan kadar pakej setiap aktiviti yang mungkin berubah-ubah mengikut keadaan semasa, ada baiknya anda menghubungi pihak pengurusan melalui maklumat berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: NariouCraft and Eco Tourism
- Facebook page: NariouCraft and Eco Tourism
- Hubungi: Mr Jackson (016-8488609), Mr Avie (014-9550 690), Miss Rupina (010-9486773) & Miss Erwatty (014-6506030)
12. Eko Pelancongan Liogu ku Silou-silou
Eko Pelancongan Liogu ku Silou-Silou mempunyai landskap sungai yang berbeza dimana terdapat pokok-pokok yang membantu meredupkan suasana sungai.
Anda boleh mandi-manda pada bila-bila masa tanpa memikirkan panas cahaya matahari!
Kawasan sungai berbatu dan air yang jernih, beberapa pondok rehat yang strategik di tepi sungai menjadikan destinasi ini tempat riadah keluarga yang sesuai!
Ringkas kata, Eko Pelanconga Liogu Ku Silou-silou merupakan tempat menarik di Kota Belud yang sesuai untuk keluarga!
Maklumat penting:
- Lokasi: Eko Pelancongan Liogu ku Silou-silou
- Facebook page: Eko Pelancongan Liogu ku Silou-silou
- Hubungi: 014-978 5922
- Waktu operasi: 08:00am-22:00pm
13. Eko Pelancongan Tomodu Paradise
Tomodu Paradise mungkin tempat yang anda belum pernah kunjungi.
Seperti Eko pelancongan yang lain, tempat ini merupakan pusat rekreasi sungai.
Di sini, anda boleh menaiki rakit, mandi dengan menggunakan water tube (pelampung) berehat dan barbeku di pondok dan pelbagai aktiviti lagi.
Atau, bagaimana jika anda berkhemah di tempat ini?
Bagi mendapatkan informasi terperinci mengenai tempat ini, sila berhubung dengan pihak pengurusan Eko Pelancongan Tomodu Paradise melalui maklumat berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Eko Pelancongan Tomodu Paradise
- Facebook page: Eko Pelancongan Tomodu Paradise
- Hubungi: 014-3723393, 010-3238090, 013-8999308
14. Pelancongan Tagal Kg. Lingkubang
Tempat yang menarik untuk rekreasi di Kg. Lingkubang Kota Belud, Sabah.
Antara aktiviti di sini ialah:
- Mandi manda di sungai Kadamaian dengan air sungainya berasal dari gunung Kinabalu.
- Ber “SPA” dengan ikan jinak
- Berkhemah,
- BBQ dan sebagainya!
Air sungai yang jernih, berbatu dan cetek sesuai untuk aktiviti mandi-manda semua peringkat umur!
Rumah penginapan juga disediakan bagi anda yang ingin bermalam di sini!
Untuk tempahan penginapan dan maklumat lain, anda boleh rujuk informasi berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Pelancongan Tagal Kg. Lingkubang
- Facebook page: Pelancongan Tagal Kg. Lingkubang
- Hubungi: 017-833 6634
- Laman web: pelanconganlingkubang.weebly.com
- Waktu operasi: 08:00am-05:00pm
15. Eko Pelancongan KalangadanKu Kg. Nahaba
Satu lagi tempat rekreasi yang sangat popular untuk bermandi-manda terletak di Kg. Nahaba, Kota Belud.
Sungai yang cetek, luas dan jernih dan sangat sesuai untuk aktiviti bermandi-manda bagi semua peringkat umur.
Pelbagai kemudahan dengan bayaran sewa tertentu iaitu:
Pondok (siang)
- Pondok (bermalam)
- Pelampung
- Khemah pasang siap
- Mini dewan
- Kemudahan asas tandas & bilik mandi
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan sungai menarik ni, anda boleh gunakan maklumat berikut:
Maklumat penting:
- Lokasi: Eko Pelancongan KalangadanKu Kg. Nahaba
- Hubungi: 0142007616, 01114195349, 017 829 3305
- Facebook page: Eko Pelancongan KalangadanKu Kg. Nahaba
16. Cabana Retreat
Pantai yang indah dan mempersona terutamanya pada waktu senja.
Cabana Retreat mempunyai landskap pantai dan persekitaran yang indah dan mengagumkan.
Tempat yang agak ekslusif dengan kemudahan penginapan unik.
Cabana Retreat adalah pusat peranginan yang sering dilawati di Kota Belud, Sabah.
Untuk penerangan lanjut anda boleh pergi ke laman web dan facebook page Cabana Retreat berikut:
Maklumat penting:
- Lokasi: Cabana Retreat
- Hubungi: 013-885 0903
- Facebook page: Cabana Retreat
- Laman web: www.cabanaretreat.com
17. Daradaat View
Anda masih lagi mencari tempat rekreasi yang menarik di mata anda?
Bagaimana pula dengan Daradaat View? Tempat menarik yang setaraf dengan Polumpung Melangkap!
Kelebihan tempat ini ialah sungai yang tidak begitu deras dan cetek!
Sangat sesuai untuk aktiviti mandi-manda semua peringkat usia.
Lagipun, ada pondok rehat disediakan!
Sambil melihat-lihat anak-anak anda seronok bermandi-manda, mungkin anda boleh membakar satay atau barbeku di pondok yang disediakan!
Untuk keterangan lanjut, hubungi sahaja nombor yang kami sertakan!
Maklumat penting:
- Lokasi: Daradaat View
- Hubungi: 016-552 7612
- Facebook page: Daradaat View
18. Air Terjun Wasai Kg. Podos
Air Terjun Wasai, tempat yang agak meanarik untuk bermandi manda dan berkelah!
Bagaimana jika anda mengisi masa hujung minggu anda dengan berkelah di lokasi menarik ini?
Mandi manda dan makan tengahari serta barbeku, mungkin satu idea yang bagus?
Antara aktiviti utama di sini ialah:
- Melihat bersiar-siar dan mandi air terjun Wasai
- Menginap di farmstay
- Unggun Api
- Barbeku
Yuran masuk adalah RM2.00 untuk dewasa dan percuma bagi kanak-kanak berumur 12 tahun dan kebawah.
Kadar sewa untuk penginapan adalah RM15.00 termasuk bilik dan dapur.
Maklumat penting:
- Lokasi: Air Terjun Wasai Kg. Podos
- Hubungi: 014-685 9513
- Facebook page: Air Terjun Wasai Kg. Podos
- Masa operasi: 09:00am-05:00pm
19. Porohon Garden & Lodge
Tempat riadah dan habiskan cuti hujung minggu dengan aktiviti menarik seperti barbeku dan bermandi-manda!
Kemudahan penginapan juga lengkap bagi anda yang bercadang untuk bermalam di sini.
Namun, hubungi pihak pengurusan tempat ini terlebih dahulu untuk tempahan penginapan anda.
Maklumat penting:
- Lokasi: Porohon Garden & Lodge
- Hubungi: Puan Jurinah Okit (011 14120218), Encik Neumin Sabanting (017 9607850) & Encik Kingfier Missin (017 8171021)
- Facebook Page: Porohon Garden & Lodge
20. Pak Tuah Coral Beach Homestay
Salah satu tempat yang menawarkan penginapan dan pakej memancing dengan menggunakan rakit berbumbung!
Anda gemar memancing? mungkin lokasi ini terbaik untuk anda!
Luangkan masa bersama keluarga menginap di homestay di sini, dalam masa yang sama anda memancing menggunakan rakit berbumbung!
Lokasi memancing berdekatan yang pasti mendatangkan hasil.
Anak anda juga berpeluang bermain pasir dan bermandi-manda di pantai.
Anda bercadang untuk menerokai tempat menarik ini?
Sila lihat maklumat berkaitan berkikut:
Maklumat penting:
- Facebook page: Pak Tuah Coral Beach Homestay
- Hubungi: 011-3694 1760
- Lokasi: Pak Tuah Coral Beach
21. Minakit Retreat
Anda meminati aktiviti berkhemah?
Minakit Retreat merupakan lokasi perkhemahan dengan suasana menarik dengan flora fauna yang pastinya memukau.
Apa yang pasti, pengalaman berkhemah di sini merupakan suatu yang “rare” bagi anda!
Namun, untuk sampai ke tempat ini, anda disarankan menggunakan kereta lasak 4×4 disebabkan keadaan jalan yang agak licin terutamanya pada musim hujan.
Jangan lupa luangkan masa anda bermandi-manda di sungai berdekatan.
Anda hanya perlu berjalan kaki sejauh 600 meter untuk sampai ke sungai ini!
Untuk pergi ke lokasi ini, maklumat berikut mungkin penting untuk anda
Maklumat penting:
- Facebook page: Minakit Retreat
- Hubungi: 014-804 2365
- Lokasi: Minakit Retreat
Apa pendapat anda mengenai senarai tempat menarik di Kota Belud yang kami sajikan?
Masih ada yang belum tersenarai?
Atau anda ingin kami siarkan lokasi peranginan anda?
Hubungi saja kami di facebook page kami berikut:
- Facebook page: eksplorasisabah