Blog terbaik rujukan tempat menarik di daerah Papar, Sabah!
Perlukan panduan tempat menarik di Papar?
Jika anda bercadang untuk berkunjung ke Papar, jangan lupa pergi ke tempat menarik yang kami senaraikan berikut!
Baca juga:
Jika anda berkunjung di Papar dan perlukan penginapan homestay atau hotel, artikel berikut mungkin boleh anda jadikan rujukan:
Tempat menarik resort, pantai, tempat reakreasi, bunga dan banyak lagi!
1. Papar Riverfront
Salah satu tempat rekreasi terletak di pekan Papar, Sabah.
Tempat yang dijaga rapi dan lokasi yang biasanya dijadikan tempat utama untuk “snap” gambar kenangan!
Jika anda berminat untuk ke tempat ini, maklumat lokasi berikut mungkin berguna untuk anda.
Maklumat penting:
- Lokasi: Papar Riverfont
- Facebook Page: Papar Riverfront
2. One Sabayu Nursery
Syurga bunga!
Terdapat pelbagai jenis bunga dijual di sini!
Tempat yang luas, landskap yang menarik dan bunga-bunga pelbagai spesis.
Bunga, pokok, rumput hiasan, benih bunga, tanah organik dan banyak lagi!
Maklumat penting:
- Lokasi: One Sabayu Nursery
- Facebook Page: One Sabayu Nursery
- Hubungi: 019-853 7520
- Waktu Operasi: 08:00am-05:00pm
3. Lawren Garden Centre
Pelbagai jenis bunga dijual di sini menjadikan tempat ini agak menarik dan cantik.
Peminat bunga? Mungkin anda ingin membeli bunga di sini?
Jika anda berminat pergi ke sini, mungkin maklumat berikut berguna untuk anda.
Maklumat penting:
- Facebook Page: Lawren Garden Centre
- Hubungi: 016-817 5152
- Waktu Operasi: 09:00am-05:00pm
4. Janis Cactusecculents
Disebabkan bunga-bunga kaktus di tempat ini yang unik dan pelbagai, maka Janis Cactusecculents disenaraikan sebagai salah satu tempat menarik!
Mungkin anda peminat bunga kaktus?
Banyak spesis bunga kaktus dijual di sini. Mungkin ada spesis kaktus yang anda inginkan jadikan hiasan taman di rumah?
Maklumat penting:
- Lokasi: Janis cactusecculents
- Facebook Page: Janis cactusecculents
- Hubungi: 017-817 3509
5. Mondikot Deer Camp
Jauh daripada kesibukan kota, bertemakan alam semulajadi, bunyi cengkerik dan unggas hutan dikala malam menjelma, Itulah tema Mondikot Deer Camp.
Tempat menarik bertemakan alam semulajadi di Papar ini sesuai untuk anda yang inginkan ketenangan dan berasimilasi dengan alam semulajadi!
Bunyi deburan arus sungai, mandi sungai sememangnya amat menenangkan dan menyeronokkan.
Aktiviti utama di sini? berkhemah, berkayak, berakit melihat burung dan sebagainya!
Sangat sesuai untuk aktiviti berkumpulan, sekolah dan keluarga!
Maklumat penting:
- Lokasi: Mondikot Deer Camp
- Facebook Page: Mondikot Deer Camp
- Hubungi: 019-880 1597
6. Mandalipau White Water View & Fishpond
Merupakan tempat menarik yang sangat popular di Papar!
Berkelah, memancing di tasik dan berkhemah adalah antara aktiviti di Mandalipau White Water View & Fishpond.
Banyak kemudahan disediakan seperti pondok rehat, tempat barbeku dan sebagainya!
Pastinya suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi anda yang pertama kali datang ke sini!
Disebabkan sungai yang agak dalam, anda perlu ada kemahiran asas berenang jika ingin mandi di sungai ini.
Maklumat penting:
- Lokasi: Mandalipau White Water View & Fishpond
- Facebook Page: Mandalipau White Water View & Fishpond
- Hubungi: 013-879 0994
- Waktu Operasi: 08:00 pagi hingga 05.00 petang
7. Hidden Paradise Resort
Hidden Paradise Resort sememangnya tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar Papar.
Sesiapa yang pernah mengunjungi tempat ini pastinya amat berpuas hati dengan pakej yang disediakan!
Tempat yang sering menjadi tumpuan!
Dengan mengekalkan konsep alam sekitar, tempat penginapan yang dibina sesuai dengan landskap persekitaran!
Menyediakan pakej penginapan terbaik, makanan, pelbagai aktiviti seperti berkayak, mandi sungai dan sebagainya!
Jika anda berminat untuk mengunjungi tempat ini, sila lihat maklumat berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Hidden Paradise Resort
- Facebook Page: Hidden Paradise Resort
- Tempah Penginapan: Ovai Hidden Paradise Resort
8. Langkah Syabas Beach Resort
Langkah Syabas Beach Resort merupakan tempat peranginan yang menyediakan pakej penginapan.
Tidak hairanlah jika tempat ini mempunyai pantaiyang cantik dan bersih, terjaga dan suasana pemandangan yang mempersonakan ketika senja.
Jika anda ingin mengunjungi tempat ini, sila rujuk maklumat yang kami sediakan untuk anda!
Maklumat penting:
- Lokasi: Langkah Syabas Beach Resort
- Tempah Penginapan Agoda: Langkah Syabas Beach
- Facebook Page: Langkah Syabas Beach Resort
- Laman web: www.langkahsyabas.com.my
9. Pantai Manis
Merupakan pantai awam.
Pantai Manis merupakan tempat menarik yang agak terkenal bagi penduduk setempat untuk mengambil angin, bersiar-siar dan menikmati waktu senja.
Biasanya ramai orang mengunjungi tempat ini menjelang petang dan senja!
Berjogging di sepanjang pantai mungkin suatu idea yang baik?
Atau sekadar merenung jauh, menghayati deburan ombak laut dan senjakala yang mempersona?
Maklumat penting:
- Lokasi: Pantai Manis
- Facebook Page: Pantai Manis, Papar
10. Pantai Telinting
Pantai Telinting mempunyai landskap yang agak menarik.
Boleh dikatakan tempat ini kurang dikenali ramai mungkin sebab tidak begitu dipomosikan.
Untuk aktiviti lebih mencabar, sila rujuk pada maklumat yang kami sertakan berikut.
Berkayak atau mendaki bukit? Ada aktiviti lain yang lebih mencabar selain bersiar-siar dipantai!
Maklumat penting:
- Lokasi: Pantai Telinting
- Hubungi: 012-827 8939
- Facebook Page: Pantai Telinting
11. Lembah Impian Residence & Campsite
Lembah Impian Residence & Camsite menyajikan pemandangan berbukit seluas 7 ekar yang semula jadi, sungai kecil dan dibumbui dengan pelbagai jenis pokok buah-buahan.
Juga menyediakan penginapan jenis standard dan ‘hostel’ dengan kapasiti total 70 orang di bangunannya yang baru dibina.
Tempat yang agak strategik untik aktiviti perkhemahan!
Bayangkan anda sedang berkhemah di tepi anak sungai yang tenang dan damai sambil menikmati barbeku kegemaran anda!
Tempat ini sangat sesuai untuk perjumpaan keluarga atau pejabat, tempat berpasukan, majlis perkahwinan dan lain-lain yang untuk ketenangan, kedamaian dan privasi penuh!
Maklumat penting:
- Lokasi: Lembah Impian Residence & Camping
- Hubungi: 016-8016251, 012-8033463 & 017-2200142
- Facebook Page: Lembah Impian Residence & Camping
12. Tree House Ponohuan
Alami suasana unik dan pengalaman menginap rumah diatas pokok hanya di Tree House Ponohuan, Papar!
Donna Tree House semestinya antara senarai “hot” lokasi penginapan unik.
Rumah atas pokok dan bermandi-manda di sungai yang jernih pastinya suatu pengalaman baru bagi anda.
Pastinya agak seronok habiskan cuti bersama keluarga di sini bukan?
Berenang, terapung dengan pelampung atau bersantai di rakit berbumbung!
Dengan suasana desa yang tenang dan mempersona.
Anda berminat? Segera hubungi maklumat berikut:
- Facebook page: Tree House Ponohuan
- Hubungi: 016-2456680, 017-8984272
- Lokasi: Ponohuan Homestay
Jika anda perlukan penginapan di sekitar daerah Papar, kemudahan berikut mungkin berguna untuk anda: