Himpunan tempat menarik di Penampang, Sabah!
Lokasi peranginan, riadah dan tempat mandi manda yang pasti membuatkan anda rasa teruja!
Jika anda berada di Kota Kinabalu, jangan lupa berkunjung ke daerah Penampang!
Penampang, merupakan salah satu daerah berdekatan dengan Kota Kinabalu yang mempunyai landskap sungai yang cantik dan sangat sesuai untuk bermandi manda!
Jom lihat senarai tempat menarik yang ada di sini!
1. Sinilou Kibambangan Water Park
Jika anda mencari tempat menarik yang sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, kami cadangkan Sinilou Kibambangan Water Park!
Rekreasi yang lengkap dengan kolam renang, sungai untuk bermandi manda, landskap bertemakan alam sekitar sememangnya digemari anak anda!
Tempat yang sangat sesuai untuk bersantai semasa hujung minggu, barbeku dan berkumpul bersama keluarga!
Maklumat penting:
- Lokasi: Sinilou Kibambangan Water Park
- Facebook Page: Sinilou Kibambangan Water Park
- Hubungi: 013-8930728
- Waktu operasi: 08:00am-06:00pm
2. Tagal Tinopikon Park
Tagal Tinopikon Park merupakan sebuah lokasi yang terletak di Kampung Notorus, Penampang.
Bersantai sambil barbeku bersama keluarga, berenang dan bermain air merupakan aktiviti utama di sini!
Mungkin pengalaman pertama anak anda meniti jambatan gantung?
Tarikan utama lokasi ini adalah Tagal yang mana membawa maksud “kawasan larangan memancing”.
Ia merupakan sebuah kawasan yang diuruskan oleh masyarakat setempat.
Disini, anda berpeluang memberikan makanan kepada ikan sungai yang agak “jinak”!
Maklumat penting:
- Lokasi: Tagal Tinopikon Park
- Facebook Page: Tagal Tinopikon Park
- Hubungi: 017-8623833
- Waktu operasi: 08:00am-06:00pm
3. Peranginan Taman Dolime
Destinasi yang sangat sesuai untuk bersantai bersama keluarga pada hujung minggu.
Homestay dan kemudahan asas untuk pengunjung juga disediakan di sini!
Aktiviti menarik termasuklah barbeku di pondok yang telah disediakan dan juga mandi sungai!
Maklumat penting:
- Lokasi: Taman Dolime
- Facebook Page: Taman Dolime
- Hubungi: 019-5371711 (DOLIME) atau 016-5443135 (MELIA)
- Waktu operasi: 08:00am-04:30pm
4. Pusat Perlancongan Dan Rekreasi Motung Lotung Kibunut
Merupakan pusat rekreasi yang sangat popular di Kg. Kibunut, Penampang.
Maklumat penting:
5. Kamagi Riverside Retreat & Recreational Home
Kamagi Riverside Retreat adalah tempat yang indah untuk bersantai di tepi sungai yang damai dan sejuk pada hari panas terik.
Rasa lembap dalam kepanasan? Datanglah bermandi-manda dan sejukkan badan anda di sini!
Suasana yang tenang dengan bunyi deburan sungai dan persekitaran yang menghijau!
Sekali sekala kunjungila tempat ini bersama keluarga dan anak-anak anda.
Menginap dan menghayati suasana ketenangan di sini sambil bermandi-manda pasti meninggalkan seribu satu kenangan kepada anda!
Maklumat penting:
- Lokasi: Kamagi Riverside Retreat
- Facebook Page: Kamagi Riverside Retreat
- Hubungi: 016-8378713
- Laman web: kamagi.weebly.com
6. Turongou Farmstay
Turongou Farmstay terletak di Kg. Kimbabagan, Putaton Penampang, Sabah.
Pemanduan mengambil masa 45 minit dari bandar Kota Kinabalu dan 15 minit dari Tamu Donggongon, Penampang.
Tempat yang sangat sesuai untuk rekreasi.
Gian memancing? anda boleh memancing dan melepaskan ikan di sini!
Antara aktiviti menarik di tempat ini ialah memancing, berkhemah, barbeku dan bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini, penginapan disediakan dengan kadar sewa tertentu.
Maklumat penting:
- Lokasi: Turongou Farmstay
- Facebook Page: Turongou Farmstay
- Hubungi: 016-8347350
7. Diana Homestay dan Tapak Perkhemahan
Diana Homestay merupakan tempat rekreasi yang menyediakan beberapa homestay diperbuat daripada buluh.
Merupakan tempat yang agak menarik untuk aktiviti berkhemah, bersantai dan juga hari keluarga.
Terdapat pelbagai kemudahan termasuklah kemudahan asas seperti bilik mandi dan tandas, mini dewan, pondok tepi sungai yang cantik!
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila rujuk informasi berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Diana Homestay dan Tapak Perkhemahan
- Facebook Page: Diana Homestay dan Tapak Perkhemahan
- Hubungi: 012-849 2878, 088-710607
8. Crystal Farm Bridge
Penampang sememangnya terkenal dengan landskap sungai yang menarik.
Tempat menarik ini terletak di Kg. Kibunut, Penampang.
Tempat yang menjadi tumpuan untuk mandi manda dan rekreasi pada cuti hujung minggu!
Untuk maklumat lanjut sila lihat informasi yang kami sertakan berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Crystal Farm Bridge
- Facebook Page: Crystal Farm Bridge
- Hubungi: 010-948 1227
9. North Borneo Lost World
Terletak di Kg Sosopon Notoruss, North Borneo Lost World menawarkan beberapa aktiviti menarik iaitu:
- Jungle & River Trekking
- Berkhemah
- Mandi-manda
- Barbeku@ BBQ
- Melihat arnab di Rabbit Farm
- Memberikan makanan kepada ayam kampung!
Anda ingin menginap di sini? penginapan desa dengan kadar sewa yang agak berpatutan!
Maklumat penting:
- Lokasi: North Borneo Lost World
- Facebook Page: North Borneo Lost World
- Hubungi: 012-8346689, 013-8372407 & 013-5440113
10. Jessal Homestay and Jessal’s Rabbit Garden
Luangkan masa anda untuk melihat arnab-arnab yang comel di sini.
Anak anda pasti sukakan binatang yang agak comel ini!
Maklumat penting:
- Lokasi: Jessal’s Rabbit Garden
- Facebook Page: Jessal’s Rabbit Garden
- Hubungi: 016-8126881
11. Aki Sarapung Camping Site
Merupakan lokasi rekreasi yang pasti membuatkan anak anda teruja!
Kemudahan kolam renang, pondok rehat yang unik merupakan salah satu tarikan utama di Aki Sarapung Camping Site!
Tempat menarik di Penampang ini juga menyediakan pondok yang agak luas dan sesuai untuk aktiviti keluarga atau berkumpulan dan mungkin sambutan hari jadi?
Bagaimana jika anda meluangkan masa untuk bermalam dan berkhemah di sini?
Maklumat penting:
- Lokasi: Aki Sarapung Camping Site
- Facebook Page: Aki Sarapung Camping Site
- Hubungi: 017-832 6670
- Waktu operasi: 08:00am- 06:00pm
12. Crocker Range, Inobong sub-station
Merupakan tempat menarik di Penampang bertemakan alam sekitar menghijau.
Barbeku, hiking, jungle trekking dan camping merupakan aktiviti yang agak popular di tempat ini.
Terdapat beberapa tapak perkhemahan dengan persekitaran menarik serta lengkap dengan kemudahan asas seperti pondok rehat, tandas dan kemudahan air.
Dengan pemandangan senjakala yang agak menarik!
Sila hubungi pihak pengurusan taman ini melalui icon “send messsge” pada facebook page berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Crocker Range, Inobong sub-station
- Facebook Page: Crocker Range, Inobong sub-station
- Waktu operasi: 08:00am- 05:00pm
13. PogunBakau River Lodge & Recreation
PogunBakau River Lodge & Recreation, lokasi percutian dengan persekitaran yang cantik dan dijaga rapi!
Bermandi manda di kolam renang atau di sungai yang cetek, luas dengan air yang dingin?
Anda teruja?
Hubungi sahaja maklumat yang kami sertakan berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: PogunBakau River Lodge & Recreation
- Facebook Page: PogunBakau River Lodge & Recreation
- Hubungi: 016-827 7522
14. Monurali Stream Garden
Terletak di jalan Madsiang Kipuvo Penampang, merupakan satu lagi lokasi rekreasi yang agak menarik untuk rekreasi hujung minggu.
Bermandi-manda di kolam, barbeku dan bersantai di pondok rehat yang disediakan dan memancing, antara aktiviti yang popular di sini!
Maklumat penting:
- Lokasi: Monurali Stream Garden
- Facebook Page: Monurali Stream Garden
- Hubungi: 012-565 8805
Apa pendapat anda dengan senarai kami?
Ada lagi lokasi menarik yang tidak tersenarai, sila hubungi kami atau nyatakan terus destinasi menarik di Penampang dalam ruangan komen dibawah.
Kami akan kemaskini senarai ini dari semasa ke semasa!