Himpunan lokasi dan maklumat penting tempat menarik di Pitas, Sabah!
Anda bercadang untuk mengunjungi Pitas?
Ingin tahu mengenai tempat-tempat menarik yang popular di Pitas?
Artikel kami membantu percutian anda ke daerah ini.
Jom lihat senarai tempat pelancongan terbaik di Pitas Kota Marudu, Sabah.
1. Pitas Bay View
Merupakan lokasi tepi laut yang agak menarik dan terkenal di Pitas, Sabah.
Mungkin anda boleh singgah sebentar di tempat yang agak berwarna-warni ini?
Lokasi paling strategik dan terbaik untuk fotografi anda!
Agak rugi jika anda tidak singgah di sini jika mengunjungi Pitas.
Maklumat penting:
- Lokasi: Pitas Bay View
- Hubungi: 011-16111521
2. Pitas Mangrove@ Rosob
Terletak di Kg. Rosob, berhampiran dengan SK. Rosob, Pitas.
Merupakan hutan paya bakau dengan “titian” yang agak panjang dan diwarna dengan corak yang agak menarik!
Bagaimana jika anda luangkan masa untuk ke tempat ini?
Terletak di Kampung Rosob, Pitas dan berdekatan dengan sekolah SK Rosob.
Buat masa ini, lokasi tempat menarik ini belum didaftarkan di Google Maps, namun tidak sukar untuk sampai ke sini.
Gunakan sahaja lokasi sekolah SK. Rosob yang kami sertakan berikut.
Cuba bertanya kepada penduduk kampung lokasi tepat agar anda tidak tersesat!
Maklumat penting:
- Lokasi: Pitas Mangrove@ Rosob
3. Floating Coral Bar, Pitas
Merupakan tempat yang agak unik dan menarik!
Juga dikenali sebagai pulau terapung di Pitas.
Secara ringkasnya, untuk mengunjungi tempat ini anda perlu menempah pakej khas yang diuruskan oleh pihak pengurusan seperti yang kami nyatakan dalam maklumat penting dibawah.
Perjalanan adalah bermula dengan menaiki bot selama 30 minit dari Jeti Marina, Kudat.
Pakej yang ditawarkan lengkap dengan makanan sedap dan pelbagai aktiviti menarik.
Antara aktiviti di sini adalah seperti berkayak, snokerling dan banyak lagi.
Untuk tempahan pakej, anda boleh lihat secara terperinci di archhangelborneo.com.
Maklumat penting:
- Lokasi: Floating Coral Bar
- Facebook page: Floating Coral Bar
- Hubungi: 010-308 7331 (whatsapp)
- Laman web: archangelborneo.com
4. Piniapat Hill
Tempat hiking dengan pemandangan mengagumkan di Pitas!
Anda pastinya agak teruja dengan bukit dengan trek yang dihiasi dengan bunga-bungaan yang berwarna warni ini.
Luangkan masa anda untuk mengujungi tempat ini bersama keluarga!
Pasti anak-anak anda gembira dapat bersiar-siar di petang hari di tempat yang cantik ini!
Yuran sebanyak RM2.00 dikenakan untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak berumur antara 7 hingga 11 tahun.
Maklumat penting:
- Lokasi: Piniapat Hill
- Facebook page: Piniapat Hill
- Hubungi: 013-603 1936
5. Indah Chalet Bengkoka
Alami “keseronokan” bercuti sambil memancing!
Bagi anda yang gemar memancing, bagaimana jika anda jadikan lokasi ini sebagai salah satu lokasi memancing anda.
Mungkin anda bernasib baik seperti mereka?
Penginapan yang agak selesa dengan kadar sewa yang menarik!
Anda juga tidak perlu risau mencari makanan terdekat.
Restoran makanan laut sedap ada di sini!
Maklumat penting:
- Lokasi: Indah Chalet & Restaurant
- Facebook page: Indah Chalet Pitas
- Hubungi: 019-314 9019
6. Bagang View Hill
Merupakan salah satu tempat menarik di Pitas untuk aktiviti lasak.
Trek “hiking” dengan 3 trail yang berbeza!
Mungkin anda boleh jadikan tempat ini untuk membuang “kalori” berlebihan anda?
Maklumat penting:
- Lokasi: Bagang View Hill