Tempat menarik di Sandakan bilamana anda bercadang untuk melancong di daerah terkenal ini!
Anda mencari maklumat tempat menarik, penginapan selesa dan senarai lokasi percutian di Sandakan, Sabah?
Kami sediakan lokasi menarik terbaru untuk panduan perutian anda!
- Baca juga: 4 Pulau Mempersona Di Sandakan, Sabah
Senarai yang lengkap dengan nombor untuk dihubungi, pautan website, tempahan dan juga lokasi tepat.
Ringkas kata, anda tidak perlu bersusah payah mencari maklumat tempat di tuju lagi.
Jom lihat senarai tempat menarik di Sandakan, Sabah 2023 kami sediakan khas untuk anda!
1. Uncle Tan Wildlife Adventures
Eksplorasi bersama Uncle Tan Wildlife Adventure!
Bagi pencinta alam, aktiviti eksplorasi, kemandirian, perkhemahan hutan, melihat binatang liar, jungle trekking adalah antara aktiviti yang mengujakan anda!
Menyusuri Sungai Kinabatangan terkenal dengan habitat semulajadi flora dan fauna yang jarang dijumpai di Sabah!
Berkhemah di hutan, jungle trekking di hutan yang belum pernah terusik pastinya suatu pengalaman yang mengujakan.
Jangan lepaskan peluang pengembaraan ini dengan mengembara bersama Uncle Tan Wildlife Adventure, agen pelancongan pengembaraan yang terkenal di Sabah.
Alami pengalaman baru pengembaraan yang mengujakan, menyeronokkan dan penuh dengan panorama semulajadi terindah!
Maklumat penting:
- Lokasi: Uncle Tan Wildlife Adventures
- Facebook page: Uncle Tan Wildlife Adventures
- Hubungi: 016-824 4749
- Laman web: www.uncletan.com
2. Sandakan Crocodile Farm
Tempat menarik di Sandakan yang wajib dikunjungi!
Pelbagai spesis buaya, binatang liar lain seperti rusa, arnab, burung merak, burung unta, kura-kura, pelbagai jenis ikan yang cantik!
Dengan yuran masuk RM10 seorang!
Maklumat penting:
- Lokasi: Sandakan Crocodile Farm
- Tempah hotel dalam lingkungan 5km: Senarai Hotel Di Sandakan
- Facebook page: Sandakan Crocodile Farm
- Hubungi: 089-660666
3. I Love Sandakan
Lokasi menarik untuk sesi fotografi semasa anda mengunjungi Sandakan!
Luangkan masa anda untuk bersiar-siar dan menikmati waktu senja di sini!
Maklumat penting:
- Lokasi: I Love Sandakan
- Tempah hotel dalam lingkungan 5km: Senarai Hotel Di Sandakan
- Facebook page: I Love Sandakan
4. Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre
Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok terletak di Hutan Simpan Sepilok – Kabili, 24 km dari Sandakan, Sabah.
Pusat ini dikhususkan untuk memelihara dan mengkaji spesies orang utan yang semakin pupus di dunia ini.
Bagi anda yang ingin melihat “kehidupan” orang utan dari dekat, jom datang ke sini!
Maklumat penting:
- Lokasi: Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre
- Tempah hotel dalam lingkungan 5km: Senarai Hotel Di Sandakan
- Facebook page: Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre
- Hubungi: 089-531 180
- Laman web: www.orangutan-appeal.org.uk
5. Nature Lodge Sepilok
Merupakan penginapan yang menarik dan strategik kerana berdekatan dengan Rainforest Discovery Centre, Borneo Sunbears Conervation dan Orang Utan Rehabilitation Centre!
Lihat sahaja suasana penginapan ini!
Pasti anda berasa sangat penat setelah sehari suntuk mengujungi tempat menarik berdekatan.
Nature Lodge Sepilok merupakan penginapan yang strategik, dekat dan sangat sesuai untuk merehatkan badan anda!
Maklumat penting:
- Lokasi: Nature Lodge Sepilok
- Facebook page: Nature Lodge Sepilok
- Tempah Penginapan Nature Lodge Sepilok di Booking.com
- Hubungi: 013-863 6263
- Laman web: www.naturelodgesepilok.com
6.Rainforest Discovery Centre
Alami pengembaraan flora fauna dengan berjalan di jambatan gantung sejauh 365 Meter di Rainforest Discovery Park!
Luangkan masa anda melihat pelbagai spesis kayu-kayan berharga dengan suasana hutan yang menyeronokkan hanya di Rainforest Discovery Centre.
Luangkan masa anda untuk membawa anak-anak ke sini, berikan mereka “masa” untuk menerokai dan mengalami hutan hujan di Sabah!
Maklumat penting:
- Lokasi: Rainforest Discovery Centre
- Facebook page: Rainforest Discovery Centre
- Hubungi: 013-896 6898
- Laman web: www.forest.sabah.gov.my
7. Paganakan Dii Tropical Retreat
Kadangkala ada waktunya kita ingin bersendirian, mungkin bersendirian bersama keluarga.
Sudah pasti anda perlu tempat dan suasana yang sesuai.
Apa pendapat anda dengan Paganakan Dii Tropical Retreat?
Lokasi yang agak menarik dan sesuai?
Maklumat penting:
- Lokasi: Paganakan Dii Tropical Retreat
- Tempah di Agoda: Paganakan Dii Tropical Retreat
- Facebook page: Paganakan Dii Tropical Retreat
- Hubungi: 012-868 1005
- Laman web: www.paganakandii.com
8. Sepilok Nature Resort
Gabungan alam semulajadi dengan binaan bangunan yang unik merupakan keistimewaan tempat menarik di Sadakan ini, Sepilok Nature Resort.
Konsep mengekalkan keindahan alam semulajadi dengan landskap yang teratur, menjadikan suasana penginapan ini agak menakjubkan terutama pada waktu malam.
Tidak hairanlah jika penginapan ini sering ditempah dan agak penuh terutama pada musim cuti.
Anda juga boleh menginap di sini dengan tempahan online di Tripadvisor!
Maklumat penting:
- Lokasi: Sepilok Nature Resort
- Facebook page: Sepilok Nature Resort
- Tempah penginapan di Agoda: Sepilok Nature Resort
- Tempah penginapan: Sepilok Nature resort di Tripadvisor
- Hubungi: 089-673 999
9. Labuk Bay Sandakan
Alami pengalaman menyeronokkan melihat Proboscis Monkey dengan lebih dekat lagi di Labuk Bay Sandakan!
Mungkin menjadi suatu pengalaman baharu bagi anda ataupun ahli keluarga anda?
Maklumat penting:
- Lokasi: Labuk Bay Sandakan
- Facebook page: Labuk Bay Sandakan
- Hubungi: 089-672133, 012-818 8696
10. Santai Pantai Pasir Putih Sandakan
Jika anda berkunjung ke Sandakan, luangkan masa anda untuk mencuba menu yang ada di Santai Pantai Pasir Putih, Sandakan.
Tempat makan yang menarik berhampiran dengan Pantai Pasir Putih!
Nikmati makanan kegemaran anda sambil menghayati keindahan senja!
Dengan pelbagai menu yang menyelerakan! Dari western food kepada makanan laut yang segar!
Maklumat penting:
- Lokasi: Santai Pantai Pasir Putih Sandakan
- Tempah hotel dalam lingkungan 5km: Senarai Hotel Di Sandakan
- Facebook page: Santai Pantai Pasir Putih Sandakan
- Hubungi: 012-818 8818
11.Harbour Mall Sandakan
Mencari Shopping Mall terbesar di Sandakan?
Harbour Mall Sandakan, merupakan pusat membeli belah yang terbesar dan agak terkenal di daerah ini.
Mungkin setelah penat mengunjungi seluruh pelusuk tempat menarik di Sandakan, anda ingin “mencuci mata” pula.
Harbour Mall, pilihan terbaik!
Maklumat penting:
- Lokasi: Harbour Mall
- Facebook page: Harbour Mall
- Tempah hotel dalam lingkungan 5km: Senarai Hotel Di Sandakan
- Hubungi: 089-276888
- Laman web: www.harbourmallsandakan.com
12. Sepilok Jungle Resort
Merupakan lokasi penginapan menarik yang dikelilingi oleh tumbuhan menghijau!
Menginap di sini, seolah-olah berada di tengah hutan tebal dengan bunyi chengkerik dan unggas hutan!
Resort yang lengkap dengan kolam mandi dan persekitaran menarik untuk anda bersiar-siar!
Jom tempah penginapan ini dengan harga rendah untuk 2 orang pengunjung!
Maklumat penting:
- Lokasi: Sepilok Jungle Resort
- Tempah penginapan di Agoda: Sepilok Jungle Resort
- Facebook page: Sepilok Jungle Resort
- Hubungi: 089-533 031
- Laman web: www.sepilokjungleresort.com
13. Trig Hill
Tempat menarik di untuk anda melihat pemandangan sebahagian daripada muka bumi Sandakan, Sabah.
Juga merupakan lokasi terbaik santai pada waktu petang, fotografi dan makan malam di restoran makanan laut di puncak Trig Hill.
Anda perlu memandu untuk sampai ke puncak bukit ini!
Maklumat penting:
- Lokasi: Trig Hill Sandakan
- Facebook page: Trig Hill Sandakan
14. Bukit Sim Sim
Lokasi hiking menarik berdekatan dengan Bandar Sandakan, Bukit Sim-Sim.
Bukit yang sentiasa dikunjungi oleh penduduk setempat untuk tujuan hiking dan menikmati pemandangan menarik dari puncak bukit!
Maklumat penting:
- Lokasi: Bukit Sim Sim
- Facebook page: Bukit Sim Sim
15. Rumah Agnes Keith
Rumah Agnes Keith menyimpan sejarahnya yang tersendiri.
Secara ringkasnya, Agnes Keith merupakan seorang penulis berasal daripada Amerika.
Tinggal di Borneo (Sabah) dan menuliskarya mengenainya.
Beliau tinggal di rumah yang dinamakan British Colonial Gorvenment Quarters, Newlands yang pada masa ini merupakan “landmark” terkenal di Sandakan.
Kemudian disebabkan perang dunia ke 2, beliau melarikan diri.
Apabila balik ke Borneo semula, rumahnya telah hangus dibakar.
Beliau kemudiannya membina semula rumah tersebut dengan rekaan yang serupa seperti sebelumnya dan tinggal di rumah tersebut sehingga tahun 1952.
Hari ini, rumah Agnes Keith diperbaiki semula dan dijadikan sebagai muzium.
Rumah ini merupakan tempat terbaik untuk anda memahami dan mengetahui lebih mendalam mengenai Agnes Keith dan keluarganya melalui dokumen, foto dan potret.
Maklmat penting:
- Lokasi: Agnes Keith House
- Facebook page: Agnes Keith House
- Hubungi: 089-222 679
16. Ba Lin Rooftop Restaurant
Restoran atas bumbung yang agak unik!
Mungkin pengalama pertama anda untuk menikmati juadah kegemaran anda di atas bumbung dengan pemandangan yang menarik!
Pelbagai menu makanan sedap di sini!
Anda lihat sahaja makanan dalam gambar, pasti membuatkan anda terliur!
Maklmat penting:
- Lokasi: Ba Lin Rooftop Restaurant
- Facebook page: Ba Lin Rooftop Restaurant
- Hubungi: 089-272 988, 0 12-8498006
17. Sandakan Memorial Park
Merupakan taman peringatan bagi para tawanan perang yang menderita dan terkorban di sini, semasa Kawad Maut Sandakan.
Kawad Maut Sandakan ialah kejadian paling buruk diketahui dalam siri kejadian yang mengakibatkan kematian sehingga 6,000 orang awam hamba kerahan Indonesia dan tahanan perang pihak Berikat, yang ditahan oleh Empayar Jepun semasa Perang Pasifik semasa Perang Dunia II, di kem penjara di Borneo Utara.
Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa perbarisan, hanya 6 yang diketahui terselamat selepas perperangan.
Juga dibina untuk memperingati penderitaan dan pengorbanan orang-orang tempatan semasa perang dunia ke II.
Maklmat penting:
- Lokasi: Sandakan Memorial Park
- Facebook page: Sandakan Memorial Park
- Hubungi: 089-275 400
18. Sejati Walk Mall
Selepas sehari suntuk menjelajah tempat menarik di Sandakan, luangkan masa anda untuk mengunjungi tempat ini!
Sejati Walk Mall merupakan mall yang baru dibuka pada tahun 2019 dan kini padat dengan pelbagai aneka jenis kedai.
Bersiar-siar dan makan malam di sini mungkin satu idea yang baik?
Maklmat penting:
- Lokasi: Sejati Walk Mall
- Facebook page: Sejati Walk Mall
- Hubungi: 089-633 280, 010-9577201
- Laman web: sejatiwalk.com.my
19. Muzium Warisan Sandakan
Muzium Warisan Sandakan terletak di tingkat pertama bekas bangunan pentadbiran British administration untuk Sandakan.
Muzium ini memaparkan sejarah bandar tersebut sebelum dan selepas perang.
Pelbagai artifak termasuk barang dagang sistem barter, kelengkapan pejabat tulen pada 1920-an dan kelengkapan pertanian tradisional.
Potret pemimpin tempatan dan pemandangan awal bandar tersebut dipamerkan utama dengan pameran yang menarik perhatian ialah mural dinding besar Sandakan pada tahun 1935 di ruang depan muzium.
Maklmat penting:
- Lokasi: Sandakan Heritage Muzium
- Hubungi: 088-225033
20. Walai Penyu Conservation Park Libaran
Terletak di Pulau Libaran, Walai Penyu Resort merupakan satu lokasi penginapan menarik dan juga pusat pemuliharaan penyu.
Dengan bercuti di pulau ini anda berpeluang untuk melihat penyu bertelur dan proses pemuliharaan penyu dengan lebih dekat lagi.
Dalam masa yang sama jangan lupa bersiar-siar di sekitar Walai Penyu Resort yang menarik!
Maklmat penting:
- Lokasi: Walai Penyu Conservation
- Facebook page: Walai Penyu Conservation
- Hubungi: 014-389 4677
- Laman web: www.walaipenyu.com
20. Indah Jaya Water Park
Jika anda bercuti di Sandakan bersama keluarga dan anak-anak, luangkan sedikit mas anda mengunjungi Indah Jaya Waterpark.
Anak-anak anda pasti seronok bermain air di sini!
Maklmat penting:
- Lokasi: Indah Jaya Water Park
- Facebook page: Indah Jaya Water Park
- Hubungi: 089-201 811
21. Pasar Umum Sandakan
Tempat yang mesti anda lawati ketika berada di sini, Pasar Umum Sandakan.
Mengapa?
Barangan di tempat ini agak murah terutamanya makanan laut kering.
Mungkin anda dapatkan makanan laut kering yang tidak ada di tempat tinggal anda?
Pelbagai jenis barangan unik juga dijual di sini, anda perlu datang ke pasar ini untuk lihat dan meninjau barangan yang dijual di sini!
Maklmat penting:
- Lokasi: Pasar Umum Sandakan
22. Sepilok Forest Edge Resort
Sepilok Forest Edge Resort merupakan satu lagi tempat menarik di Sandakan yang menawarkan pakej penginapan bercirikan keindahan hutan!
Landskap tumbuh-tumbuhan menghijau ini, menjadikan anda seolah-olah berada di “taman dalam hutan rimba”!
Jika anda berkunjung ke Sandakan, lokasi penginapan ini merupakan tempat yang sangat sesuai untuk anda dan keluarga!
Bersiar-siar di kawasan resort sambil melihat keindahan flora fauna yang mengasyikkan di sini.
Maklmat penting:
- Lokasi: Sepilok Forest Edge Resort
- Facebook page: Sepilok Forest Edge Resort
- Hubungi: 016-523 3190
- Laman web: www.sepilokforestedgeresort.com
23. Imbak Canyon Conservation Area
Merupakan khazanah hutan di Sabah yang dilindungi dan diwartakan selepas Maliau Basin dan Lembah Danum.
Bagi pencinta alam semulajadi, Imbak Canyon merupakan satu lagi tempat menarik, khazanah hutan dan mengagumkan.
Imbak Canyon memiliki banyak khazanah yang ditawarkan termasuk kepelbagaian flora dan fauna, pemandangan indah air terjunnya, jenis spesies burung…
Ringkas kata, penerokaan baharu!
Pengunjung dapat menikmati suasana di Imbak dengan bermalam di Chalet, Resthouse, Hostel, atau stesen Penyelidikannya.
Untuk pergi ke tempat ini, sila rujuk maklumat berikut.
Maklmat penting:
- Lokasi: Imbak Canyon Conservation Area
- Facebook page: Imbak Canyon Conservation Area
- Hubungi: 088-326 317
- Laman web: imbakcanyon-borneo.com.my
24. Tawai Rainforest Camp Telupid
Tawai Rainforest Camp merupakan pusat rekreasi pelancongan yang berada 5 KM daripada pekan Telupid.
Air terjun Tawai juga merupakan salah satu air terjun yang terdapat terdapat di Sabah dan terletak di bahagian pendalaman daerah Telupid Sabah.
Air terjun ini mempunyai ketinggian 95 meter pastinya merupakan satu tarikan utama di sini!
Terdapat kemudahan untuk pengunjung termasuklah:
- Chalet
- BBQ
- Tandas
- Pondok Rehat
Antara aktiviti menarik di sini ialah:
- Mendaki
- Berkelah
- Jungle Trekking
Untuk maklumat lanjut mengenai tempat menarik ini, sila rujuk informasi berikut:
Info Penting:
- Facbook Page: Tawai Rainforest Camp
- Lokasi: Tawai Rainforest Camp
- Hubungi: +6089521743
- Waktu Operasi: 08:00am hingga 05:00pm
25. Bukit Nenas
Apa yang menarik di sini?
- Hiking dengan trek yang agak mudah dan landai
- Boleh camping
- Melihat matahari terbenam yang mempersona!
Info Penting:
- Lokasi: Bukit Nenas, Kampung Karamunting
- Yuran: Percuma
26. Bukit Sundang
Apa yang menarik di sini?
- Lokasi terbaik untuk hiking secara santai
- Suasana pemandangan menarik terutamanya pada waktu senja
- Salah satu lokasi yang bagus untuk camping
- Jalan denai yang redup sesuai untuk hiking sepanjang waktu siang.
Info penting:
- Lokasi: Bukit Sundang
- Facebook Page: Bukit Sundang