Himpunan tempat dan lokasi menarik di Semporna untuk panduan percutian anda di Sabah.
Nak tahu tempat menarik di Semporna?
Anda bercadang untuk bercuti di tempat yang tekenal dengan pulau yang cantik dan mempersona ini?
Jom lihat senarai kami pula.
Artikel ini membantu anda untuk dalam eksplorasi anda khasnya di Semporna, Sabah.
Mungkin ada tempat menarik yang kami senaraikan belum pernah anda kunjungi?
1. Bukit Tengkorak Archaeological Heritage Site
Merupakan tapak arkeologi berhampiran dengan Jalan Tampi-Tampi, 10 km daripada pekan Semporna.
Tempat ini dinamakan “Bukit Tengkorak” disebabkan ahli arkeologi telah menjumpai beberapa jenis tengkorak di sini.
Tapak arkeologi yang terpenting di Malaysia dan Asia Tenggara.
Hasil kajian mendapati Bukit Tengkorak adalah salah satu tapak pembuatan tembikar tanah yang terbesar sekali di Asia Tenggara pada zaman Neolitik.
Maklumat penting:
- Lokasi: Bukit Tengkorak
- Facebook Page: Bukit Tengkorak Archaeological Heritage Site
- Hubungi: 013-890 2076, 089-222679
- Waktu Operasi: Isnin-Selasa: 09:00-17:00, Rabu: 09:00-16:00, Khamis-Ahad: 09:00-17:00
2. Scuba Tiger Semporna Holiday Resort
Merupakan resort tepi pantai dan atas air yang agak unik!
Disamping persekitaran lokasi peranginan yang strategik, cantik dan mempersona, Scuba Tiger Semporna juga menawarkan pakej menarik kepada pengunjung!
Antaranya ialah:
- Mendaki bukit di pulau-pulau terdekat
- Menyelam & snorkeling
- Mengunjungi pulau-pulau terkena di Semporna
Tempat penginapan ini juga lengkap dengan restoran dengan menu yang “wow”!
Anda boleh sahaja datang ke sini untuk menginap ataupun mengambil angin!
Maklumat penting:
- Lokasi: Scuba Tiger Semporna Holiday Resort
- Facebook Page: Scuba Tiger Semporna Holiday Resort
- Hubungi: 019-8216996
3. Muzium Tun Sakaran
Musium Tun Sakaran merupakan muzium dua tingkat berdasarkan konsep bangunan dua tingkat rumah tradisional masyarakat Bajau Semporna dan Lepa-Lepa.
Muzium ini menempatkan sudut pameran koleksi Tun Sakaran, khazanah warisan daerah-daerah pantai timur khususnya di Semporna termasuk biografi dan koleksi mantan Yang DiPertua Negeri Sabah,Tun Sakaran Dandai.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai muzium ini anda boleh mengunjungi tempat ini melalui informasi berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Muzium Tun Sakaran
4. Parapat Water Village
Parapat Water Village merupakan lokasi penginapan terapung terletak di Tanjung Parapat, Semporna.
Alami suasana penginapan yang menyeronokkan pengalaman tinggal di atas air!
Bayangkan anda sedang duduk di balkoni sambil menikmati suasana senja di tempat ini!
Atau anda mungkin cuba menurunkan joran dan memancing di sini?
Maklumat penting:
- Lokasi: Parapat Water Village
- Facebook Page: Parapat Water Village
- Hubungi: 017-8648980
5. 2Win Hill Park
Merupakan destinasi peranginan yang terletak di tempat yang tinggi dan pastinya menjanjikan pemandangan persekitaran yang menakjubkan.
Juga merupakan tempat menarik yang menyediakan pakej penginapan yang agak selesa.
Tempat ini juga sering dikunjungi untuk lokasi penggambaran “pre-wedding”.
Penginapan yang unik berbentuk kubah serta berhawa dingin pastinya menjanjikan keselesaan kepada pengunjung.
Nikmati kepuasan maksimum dengan menginap di tempat ini!
Maklumat penting:
- Lokasi: 2Win Hill Park
- Facebook Page: 2Win Hill Park
- Hubungi: 016-8359290
- Waktu operasi: 08:00am-05:00pm
6. Mydin Lodge Semporna
Jika anda merancang untuk bercuti di Semporna, bagaimana jika anda menginap di Mydin Lodge Semporna?
Mungkin pengalaman pertama anda menginap di atas air!
Restoran dan tempat tinggal yang selesa! Makanan laut yang segar dan pastinya sedap di restoran ini.
Mereka juga menawarkan pakej mengunjungi pulau cantik terdekat!
Maklumat penting:
- Lokasi: Mydin Lodge Semporna
- Facebook page: Mydin Lodge Semporna
- Hubungi: 016-3680049
7. Pakalangan Bay
Pakalangan Bay, 20km daripada pekan Semporna, merupakan satu lagi tempat rekreasi menarik!
Sangat sesuai untuk anda berehat, bergambar dan mungkin membawa anak-anak bersiar-siar di tempat ini.
Pondok rehat juga disediakan!
Sekali-sekala mungkin anda boleh berkelah di sini dan makan tengahari di pondok yang disediakan?
Untuk informasi lanjut dan panduan lokasi sila rujuk maklumat dibawah.
Maklumat penting:
- Lokasi: Pakalangan Bay
- Facebook page: Pakalangan Bay
8. Taman Tanaman Anggur
Biasanya anggur hanya tumbuh di tempat yang sejuk.
Namun terdapat taman tanaman anggur di Semporna!
Satu-satunya ladang yang menguasahakan anggur di Daerah Semporna!
Mungkin anda teringin mengunjung tempat ini? dapatkan tips cara tannam anggur daripada mereka?
Juga bersiar-siar di ladang anggur sambil mengambil gambar kenangan!
Maklumat penting:
- Lokasi: Taman Tanaman Anggur
- Facebook page: Taman Tanaman Anggur
- Hubungi: 013-9571304
- Waktu operasi: 09:00am-05:00pm
9. Tampi Tampi Resort
Tampi Tampi Resort merupakan satu lagi destinasi peranginan menarik atas air di Semporna.
Lokasi peranginan ini agak terkenal kerana persekitarannya yang cantik serta laut yang jernih dan bersih.
Bagaimana jika anda menjadikan tempat ini sebagai lokasi penginapan anda jika mengunjungi daerah Semporna?
Atau anda makan malam bersama keluarga di sini sambil mengambil angin?
Maklumat penting:
- Lokasi: Tampi Tampi Resort
- Facebook page: Tampi Tampi Resort
- Hubungi: 017-8325012
10. Sipadan Kapalai Dive Resort
Juga disebut sebagai “paradise on stilts” , berdiri di atas lautan celebes merupakan antara pulau terbaik dan terindah di dunia!
Air yang kebiruan dan sangat jernih sehinggakan anda boleh melihat dasar laut dan pelbagai hidupan laut yang menakjubkan!
Rata-rata pengunjung yang datang ke sini sangat terpegun dengan keindahan suasana tempat ini dan pastinya teringin datang ke sini lagi!
Baca juga: 10 Pulau Menarik Dan Mengagumkan di Semporna, Sabah
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, rujuk maklumat berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Sipadan Kapalai Dive Resort
- Facebook page: Sipadan Kapalai Dive Resort
- Hubungi: 089-765 200
- Laman web: www.sipadan-kapalai.com
11. Mushrooms
Anda mencari penginapan di Semporna?
Bagaimana jika anda mencuba penginapan yang agak menarik ini?
Tentu anak-anak anda teruja untuk datang dan menginap di tempat ini.
Maklumat penting:
12. Nusakuya Resort
NUSAKUYA RESORT merupakan resort terapung yang terletak di luar Semporna, Sabah Malaysia dengan inisiatif pemuliharaan batu karang!
Kemudahan bilik dengan Katil Queen Deluxe.
Bilik dengan bilik mandi, kipas udara & siling, tv dan air mineral & buah percuma.
Bayangkan anda menginap di hotel terapung ini, pastinya suatu pengalaman baru bagi anda!
Hubungi sahaja nombor yang kami sertakan untuk pertanyaan lanjut dan tempahan!
Maklumat penting:
Apa pendapat anda tentang tempat menarik di semporna yang kami kongsikan?
Jika ada tempat menarik yang belum disenaraikan, kami mohon anda nyatakan pada ruangan komen.
Kami akan kemaskini perkongsian ini dari semasa ke semasa!