Senarai panjang dan maklumat lengkap tempat menarik di Tambunan, Sabah.
Daerah Tambunan, terletak di Pedalaman Sabah juga mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi.
Jika anda bercadang untuk berkunjung ke daerah jelapang padi di sini, maka jadikan artikel ini sebagai panduan lokasi anda.
Berikut merupakan tempat yang bagus di Tambunan untuk merealisasikan eksplorasi atau jelajah anda di Sabah!
1. Air Terjun, Mahua
Dibawah jagaan Taman-Taman Sabah, Air Terjun Mahua merupakan salah satu tarikan utama di Tambunan.
Di sini anda boleh bermandi-manda dibawah air terjun, berehat di pondok-pondok yang disediakan, bergambar dan menikmati keindahan flora fauna.
Bilik mandi dan tandas juga disediakan di kawasan ini untuk kemudahan pengunjung.
Bercuti bersama keluarga di sini adalah satu idea yang menarik!
Maklumat penting:
- Lokasi: Air Terjun Mahua
- Hubungi: 012-345 6789
2. Gunung Trus Madi
Gunung Trus Madi merupakan gunung kedua tertinggi di Sabah selepas Gunung Kinabalu.
Pengalaman mendaki gunung Trus Madi tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Gunung Kinabalu.
Namun untuk merasai keindahan semulajadi sepanjang perjalanan pendakian, anda perlulah bersedia dari segi kekuatan fizikal.
Pendakian Gunung Trus Madi melalui Kaingaran Trail adalah sangat mencabar disebabkan banyak laluan yang agak curam.
Untuk keterangan lanjut, sila lihat maklumat berikut:
Maklumat penting:
- Lokasi: Mt. Trus Madi
- Hubungi: 087-331651
- Facebook Page: Mt. Trus Madi
- Laman Web: Mount Trusmadi Climb
- Messenger: mtrusmadi
3. Borneo Kiim Resort
Terletak di atas bukit, membolehkan anda sebahagian besar daripada landskap Daerah Tambunan, Sabah.
Tempat ini menjanjikan kepuasan dalam aspek keindahan semulajadi, pemandangan yang mengagumkan serta udara yang sejuk dan nyaman.
Ditambah lagi dengan suasana senja yang indah!
Namun, jalan masuk ke sini tidak begitu sesuai dengan kereta sedan.
Disebabkan jalan tidak berturap, maka anda disarankan menggunakan kereta pacuan 4 roda bagi memastikan anda sampai di sini tanpa halangan.
Harga promosi terkini (March 2021) bermula daripada Rm300 hingga RM450!
Bayangkan anda sedang menyejukkan badan di kolam persendirian dengan panorama atas bukit yang menarik!
Maklumat penting:
- Lokasi: Borneo Kiim Resort
- Hubungi: 011-1079 5218
- Facebook Page: Borneo Kiim Resort
- Laman Web: www.borneokiim.com
- Tempah Bilik: Borneo Kiim
4. Gunung Alab
Jika anda ingin ke Kota Kinabalu melalui jalan lama iaitu, Jalan Tambunan-Kota Kinabalu, luangkan masa anda untuk berehat di sini.
Cuaca yang sejuk, udara segar dan nyaman dengan secawan kopi panas semestinya cukup untuk mengurangkan rasa penat anda setelah memandu kereta beberapa ketika.
Maklumat Penting:
- Lokasi: Gunung Alab
- Hubungi: 019-870 0162
- Messenger: gunungalabmotel
- Facebook Page: Gunung Alab
5. Salt Trail
Alami perjalanan yang lasak di Salt Trail (laluan garam) sejauh 35.8 KM
Salt trail merupakan jalan utama yang digunakan oleh masyarakat kaum Dusun pada masa lalu dimana mereka berjalan kaki daripada Tambunan ke Inobong Penampang.
Tujuannya adalah untuk membawa hasil hutan dan digantikan dengan garam dengan orang pesisir laut.
Maka perjalanan di sini sudah pasti menjanjikan suatu pengalaman yang menarik bagi anda yang gemarka aktiviti lasak.
Untuk mencuba laluan ini anda boleh rujuk maklumat berikut:
Maklumat penting:
- Facebook Page: Salt Trail
- Laman Web/Hubungi: Lugai Lugai Tours
- Email: lugailugai@outlook.my
6. Sinurambi Tambunan
Jika anda berkunjung ke Tambunan, jangan lupa luangkan masa untuk pergi di sini.
Di sini anda berpeluang melihat sebahagian besar daerah Tambunan, Sabah dari tempat tinggi.
Mungkin waktu matahari terbenam merupakan masa yang terbaik anda kunjungi tempat ini?
Maklumat penting:
- Lokasi: Tambunan View Point
- Facebook Page: Sinurambi Tambunan
7. Gunung Wakid
Tempat menarik yang sesuai bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak.
Gunung Wakid merupakan salah satu tempat yang sering dikunjungi oleh pendaki tempatan dan juga dari negara luar.
Jika anda berminat untuk menndaki gunung ini, maklumat berikut mungkin berguna untuk anda.
Maklumat penting:
- Lokasi: Gunung Wakid
- Facebook Page: Gunung Wakid
- Hubungi: 013-899 1857
- Laman Web: sabahanclimbers.com
8. Batu Gong
Jika dilihat secara luaran, batu ini sama seperti batu-batu yang biasa anda lihat.
Namun tahukah anda bahawa batu ini mampu menghasilkan bunyi seperti gong apabila dipalu?
Anda boleh datang sendiri untuk mempercayainya!
Maklumat penting:
9. Tandarason TVRC
Jika anda inginkan percutian yang penuh dengan aktiviti, mungkin TVRC tempat yang sesuai?
Tandaraon TVRC Tambunan menyediakan pelbagai aktiviti dengan harga yang berpatutan.
Antaranya ialah:
- Paddle Boat
- Mini Splash Pool
- Berkayak
- Flooting Bamboo Gazebo
- WaterPark
- Fish Feed
Tiket masuk juga agak murah iaitu:
- Dewasa : RM2.50
- Kanak-kanak. : RM1.00
Berikut merupakan informasi penting yang anda perlukan untuk ke tempat ini:
Maklunat penting:
- Facebook Page: Tandarason Resort
- Lokasi: Tandarason Resort
- Hubungi: 087-774 076
- Lama Web: tandarasonresorttambunan.com
10. Tugu Peringatan Mat Salleh
Terletak di Kg. Tibabar, Tambunan bertujuan untuk memperingati Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu, lebih dikenali Mat Salleh.
Mat Salleh yang berketurunan Bajau Suluk, terkenal dengan penentang penjajahan British di Sabah.
Tugu ini dibina oleh British untuk memperingati kota utama Mat Salleh yang kukuh dan sukar ditembusi British pada masa tersebut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Tugu Mat Salleh
11. Tamu Pisompuruan Square
Jika anda melancong di Tambunan Sabah, selaraskan masa anda dengan waktu tamu ini beroperasi.
Pelbagai barangan unik, produk tempatan yang dijual dengan harga yang agak murah di sini.
Jangan lepaskan peluang anda untuk ke tamu di sini.
Mungkin ada produk tempatan yang menarik di mata anda?
Maklumat penting:
- Lokasi: Tamu Pisompuruan
- Hari dan Masa Operasi: Setiap Khamis bermula pukul 6.00 pagi
12. Bukit Kolindasan
Pemandangan yang sungguh mengagumkan dari atas Bukit Kolindasan.
Di sini anda boleh melihat sawah padi yang luas terbentang dan kehijauan bukit-bukau yang memukau.
Redup mata memandang!
Namun, anda perlu “memerah keringat” untuk sampai ke puncak bukit.
Jarak perjalanan adalah kurang daripada 1km dengan cerun yang agak mencabar.
Maklumat penting:
- Lokasi: Bukit Kolindasan
- Facebook Page: Bukit Kolindasan
13. Rabbit Farm Tambunan
Rabbit farm kini ada di Tambunan Sabah!
Di sini, anda berpeluang untuk membelai dan memberi makan kepada arnab-arnab comel ini.
Tiket masuk:
- Dewasa: RM5.00
- Kanak-kanak: RM2.50
Jika anda ingin lawati tempat ini, sila rujuk maklumat berikut:
Maklumat penting:
- Lokasi: Rabbit Farm Tambunan
- Facebook Page: Rabbit Farm Tambunan
- Hubungi (whatsapp): 014-6792148 atau 010-3901304
14. Bongkud Hill
Terletak di Kg. Bongkud berhampiran dengan Rabbit Farm, tempat ini juga dikatogerikan sebagai tempat yang agak menarik terutamanya bagi anda yang meminati aktiviti hiking.
Mungkin sebelum singgah di Rabbit Farm, ada baiknya anda mendaki bukit ini terlebih dahulu.
Suatu kepuasan yang tidak terhingga apabila anda tiba di puncak bukit!
Anda dihidangi dengan pemandangan menarik di sini!
Maklumat penting:
- Lokasi: Rabbit Farm Tambunan
- Facebook Page: Rabbit Farm Tambunan
- Hubungi (whatsapp): 014-6792148 atau 010-3901304
15. Jr&Les Riverside Cottage
Tempat menarik di Tambunan yang mungkin ramai tidak tahu!
Apa aktiviti yang boleh anda lakukan di sini?
Mandi kolam renang, berkhemah, bersiar-siar, barbeku, aktiviti bersama keluarga dan banyak lagi!
Ingin menginap dan menghabiskan masa di sini? Cottage disediakan dengan harga yang berpatutan!
Maklumat penting:
- Lokasi: Jr & Les Riverside Cottage
- Facebook Page: Jr & Les Riverside Cottage
- Hubungi (whatsapp): 013-5206795, 0198738140
- Email: dodong5512@gmail.com
16. Libang Riverside Tambunan
Aktiviti di sini?
Rekreasi, berkhemah dan mendaki!
Jom kunjungi tempat ini!
Maklumat penting:
- Lokasi: Libang Riverside, Kg. Libang Laut
- Facebook Page: Libang Riverside Tambunan
- Hubungi (whatsapp): 019-8089595, +6593702466
17. Wakid Survival Camp Site
Peminat camping dan hiking, mungkin anda perlu mencuba aktiviti ini?
Berkhemah di Wakid Trail mungkin suatu pengalaman yang baru?
Bersantai di tepi sungai, berehat dan bermalam di pondok rehat buluh mungkin perkara baru bagi anda juga?
Sederhana namun menyeronokkan, sambil mengimbau cara hidup masyarakat lalu, rumah buluh dan masak menggunakan kayu api!
Semasa berkhemah, ambil masa anda meninjau di seluruh kawasan, mandi dan melihat sungai dan sawah padi terbentang meluas!
Jika anda teruja, jom rujuk maklumat berikut!
Maklumat penting:
- Lokasi: Wakid Survival Camp Site
- Facebook Page: Wakid Survival Camp Site
- Hubungi (whatsapp): 014-6792148, 011-35338454
- Laman web: www.wakidborneo.com
18. Mix Riverpool
Terletak di Kg. Sunsuron, Tambunan merupakan lokasi rekreasi yang bagus untuk keluarga.
Kurangkan penggunaan gajet oleh anak anda dengan membawa mereka bermandi-manda di sini!
Sambil barbeku dan makan tengahari di pondok rehat yang tersedia.
Untuk lokasi tepat, sila berhubung dengan pihak pengurusan melalui talian berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Kg. Sunsuron
- Hubungi: 011-36529113 (Jaih), 014-5570798 (Evin)
Apa pendapat anda dengan senarai kami?
Anda ada tempat menarik baru di Tambunan, Sabah yang ingin anda perkenalkan?
Kongsikan lokasi anda kepada kami di ruangan komen!
Atau anda terus hubungi pihak kami!
Kami akan kemaskini senarai ini setiap masa.