Himpunan tempat menarik di sekitar Tamparuli, Sabah!
Anda bercadang untuk berkunjung ke Tamparuli?
Atau mungkin anda ingin tahu tempat menarik yang ada di sekitar daerah ini?
Tempat rekreasi keluarga, rekreasi dengan rakan-rakan ataupun anda ingin “memerah keringat” mendaki bukit?
Kami ada senarai untuk anda!
Jom baca artikel selanjutnya!
1. Bukit Kusai
Peminat aktiviti hiking, pendakian yang agak santai di Bukit Kusai.
Suasana pemandangan agak menarik jika mendaki menjelang petang!
Pastikan cuaca baik dan cerah!
Maklumat penting:
- Lokasi: Starting Point Bukit Kusai
2. Bukit Perahu
Merupakan lokasi hiking yang terkenal dan digemari di Tamparuli, Sabah.
Pendakian terbaik ialah seawal jam 6 pagi dan 4 petang untuk fotografi terbaik
Jika bernasib baik, anda boleh melihat pemandangan Gunung Kinabalu dari puncak Bukit Perahu!
Untuk sampai ke sini, maklumat berikut mungkin anda perlukan.
Maklumat penting:
- Lokasi: Bukit Perahu
- Facebook Page: Bukit Perahu
- Hubungi: 016-8305365
- Laman web: bukit-perahu-tamparuli.blogspot.com
3. Jambatan Gantung Tamparuli
Rasai pengalaman meniti jambatan gantung yang agak panjang di Pekan Tamparuli, Sabah.
Tempat menarik di Tamparuli yang sering dikunjungi oleh pelancong luar negeri!
Mungkin pengalaman pertama bagi anda?
Untuk panduan lokasi, sila rujuk maklumat berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Jambatan Gantung Tamparuli
4. Tamu Tamparuli
Diadakan sekali dalam seminggu iaitu pada setiap hari Rabu.
Kami syorkan anda selaraskan masa percutian anda dengan waktu tamu di Tamparuli.
Luangkan masa anda bersiar-siar di tamu ini!
Siapa tahu, ada barangan unik tempatan yang menarik minat anda?
Maklumat penting:
- Lokasi: Tamu Tamparuli
- Hari dan waktu operasi: Setiap Rabu (06:00am-12:00pm)
5. Sondoton Riverside Malba
Merupakan pusat rekreasi sesuai untuk keluarga dan berkumpulan.
Aktiviti utama di sini ialah:
- Berkelah
- Berkhemah
- Memancing dan melepaskan ikan
- Bamboo rafting
- Hiking Bukit Trig
Kemudahan asas seperti tandas, bilik mandi ada disediakan di sini.
Maklumat penting:
- Lokasi: Sondoton River Side & Recreation Centre
- Facebook page: Sondoton River Side & Recreation Centre
- Hubungi: 013-8791256, 019-8429674
6. Pusat Rekreasi Bambangan
Pusat Rekreasi Bambangan Tamparuli, menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk anda!
Tempat rekreasi hujung minggu, barbeku, santai dan mandi sungai yang terbaik untuk dewasa dan kanak-kanak!
Terdapat juga anak sungai yang cetek sesuai untuk kanak-kanak bermandi manda.
Antara aktiviti menarik di sini:
- Hiking Kodoi, Cempedak & Agaragas Hill
- Berkhemah
- Rekreasi keluarga
- Barbeku
Pastinya suatu pengalaman yang menarik!
Kami juga sediakan pautan video suasana Pusat Rekreasi Bambangan terbaru (6 April 2021) khas untuk anda melalui video klip berikut:
Rujuk informasi berikut sekiranya anda bercadang untuk berkunjung ke sini!
Maklumat penting:
- Lokasi: Pusat Rekreasi Bambangan Lama
- Facebook page: Pusat Rekreasi Bambangan Lama
- Hubungi: 019-8938387
7. Borneo Orchard House
Borneo Orchard House menyediakan suasana penginapan dengan berlatarkan alam sekitar yang damai!
Bayangkan anda tinggal di rumah yang dikelilingi oleh tumbuhan menghijau, waktu malam dengan bunyi serangga dan unggas hutan!
Dengan suasana senja yang menarik!
Tempat yang paling afdal untuk tenangkan minda!
Maklumat penting:
- Lokasi: Borneo Orchard House
- Facebook page: Borneo Orchard House
- Hubungi: 014-5654361
- Laman web: borneoorchardhouse.com
8. Dogis River View
Jika anda bercadang untuk bermandi-manda atau bersantai bersama keluarga, Dogis River View mungkin pilihan yang sesuai di Tamparuli.
Anda bebas barbeku, mandi sungai, berkhemah, berkelah dan sebagainya di sini!
Pondok rehat juga disediakan untuk pengunjung.
Sungai yang cetek dengan aliran yang tenang, sesuai untuk aktiviti mandi-manda semua peringkat usia.
Maklumat penting:
- Lokasi: Dogis River View
- Facebook page: Dogis River View
- Hubungi: 014-771 9980
- Waktu operasi: 09:00am-05:00pm
9. Sondoton View
Jika anda inginkan rekreasi yang jauh di kampung, suasana yang tenang dan dikelilingi dengan flora fauna, bagaimana jika anda mengunjungi Sondoton View?
Tempat yang mungkin tidak dikenali ramai namun mempunyai landskap yang agak menarik!
Homestay, sungai untuk bermandi-manda ada di sini!
Sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga!
Untuk tempahan dan pertanyaan, sila rujuk maklumat berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Sondoton View
- Facebook page: Sondoton View
- Hubungi: 019-8938387
10. Murug-Turug Waterfall
Murug-Turug Waterfall terletak lebih kurang 11km daripada pekan Tamparuli, melalui jalan Tamparuli-Ranau.
Anda beberapa pakej yang disediakan dengan “trail” yang berlainan untuk sampai dan menikmati keindahan Murug-Turug Waterfall.
Terdapat juga pakej berkhemah dengan harga tertentu.
Aktiviti yang ditawarkan oleh pihak Murug Turug Eco Tourism termasuklah:
- Hiking dengan laluan 3km hingga 8km
- Camping
- Mandi sungai
Anda perlu berpakaian sesuai untuk hiking seperti berkasut dan pakaian yang sesuai!
Untuk mengetahui mengenai pakej dengan lebih lanjut sila hubungi (whatsapp) maklumat yang kami berikan berikut.
Maklumat penting:
- Lokasi: Murug-Turug Waterfall
- Facebook page: Murug-Turug Waterfall
- Hubungi: 011-26390786, 019-8827511, 0 16-6671057
11. Mara-Kara Hill & Eco Tourism
Mara-Kara Hill & Eco Tourism, Kg. Sinalapak Tamparuli merupakan satu lagi lokasi menarik sesuai untuk peminat hiking!
Terletak di jalan Tamparuli-Ranau, Sabah.
Dengan pendakian yang agak mencabar sejauh 8.22km, anda perlu bersedia terutamanya dalam aspek fizikal dan mental.
Bukit setinggi 641 meter ini sememangnya dipenuhi dengan laluan yang curam dan bertali.
Bersediakah anda?
Jika ya, jom hubungi pihak pengurusan untuk tempahan!
Maklumat penting:
- Lokasi: Mara Kara Hill & Eco Tourism
- Facebook page: Mara Kara Hill & Eco Tourism
- Hubungi: 013-8895853
12. Monggiland Waterfall
Anda yang gemarkan cabaran, bagaimana pula jika anda mendaki dan jungle trekking di Mogilland Waterwall Eco Tourism?
Hiking sejauh 9km dengan liku-liku perjalanan yang mencabar pastinya suatu yang menyeronokkan bagi anda yang meminati aktiviti lasak!
Maklumat berikutmungkin berguna untuk anda yang berminat untuk menerokai salah satu tempat menarik di Tamparuli ini!
Maklumat penting:
- Lokasi: MoggiLand Waterfall
- Facebook page: MoggiLand Waterfall
- Hubungi: 018-973 9337
Apa pendapat anda dengan perkongsian kami?
Jika ada tempat menarik di Tamparuli yang tidak tersenarai, sila nyatakan dalam ruangan komen!