Saya Achilles Leo Joseph, seorang pendidik jauh di pedalaman,terasing dengan dunia luar, pengembara bermusim, penjelajah dan pengejar pengalaman baru.
Merupakan anak jati Sabah, Negeri Dibawah Bayu yang terkenal dengan puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu.
Berketurunan asli, suku kaum Dusun dan berasal dari daerah pedalaman, Sook Keningau, Sabah.
Anak kampung, menanam & menuai padi bukit, mencari tuhau, lombiding, menjerat haiwan di hutan, memancing, berburu, bermain gasing, mandi sungai sehari suntuk, menoreh, membersihkan semak samun kebun getah..itulah sebahagian kecil kehidupan saya masa lalu.
Pendidikan?
Peringkat Rendah: Bermula daripada Sekolah Rendah Rancangan Belia (1990-1995), Sekolah menengah Gunsand (1996-1998), Sekolah Teknik, Keningau (1999-2000), Matrikulasi Sains, Kolej Ibukota Kinabalu(2001-2002),
Peringkat Tinggi: Ijazah Sarjana Muda Kimia Industri, Universiti Malaysia Sabah, (2002-2005), KPLI Sains Sekolah Rendah I4P, Pulau Pinang, (2010) dan Ijazah Sarjana Pendidikan Sains Universiti Malaysia Sabah, (2016-2018).
Minat saya? Menjelajahi destinasi baru, mencari lokasi tersembunyi, mempromosi, menceritakan keistimewaan setempat khasnya untuk negeri dibawah bayu, Sabah (North Borneo) tempat saya dilahirkan.
Maka, bagi mengabadikan segala memori, suka duka, idea dan panduan tempat baru jelajah@eksplorasi di Sabah, xploresabah dot com pun diwujudkan.
Di Xploresabah, kami memberikan maklumat terperinci, panduan lokasi dan review untuk membantu anda memahami masyarakat, budaya dan seterusnya berhasil memperolehi pengalaman perjalanan yang unik dan tidak dapat dilupakan.
Anda bercadang untuk menerokai bumi Sabah?
Blog ini panduan terbaik untuk anda!
Selamat membaca!